Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sebuah Kereta Mikro ‘Biasa’ Dengan Pengubahsuaian Audio Lengkap

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-02-05
in SHOW OFF, UTAMA
0

Didatangkan dari seorang pengusaha kedai ‘nursery’ bunga dan perkakasan taman, kereta ini tidaklah menampilkan sesuatu yang luarbiasa. Metodologi pembinaannya hampir sama dengan apa yang lazimnya kita lihat dalam arena SPL ini. Ia adalah satu contoh sebuah kereta mikro boleh menampung sejumlah peralatan audio yang banyak. Bukan itu sahaja, beberapa sentuhan kecil menjadikan pemasangan audio padanya kelihatan tidak kaku begitu sahaja.

Memulakan pengubahsuaian ialah pemasangan pemain utama cakera padat Pioneer DEH-P5450B. Jika anda biasa dengan barisan Pioneer, P5450B ini antara pemain yang versatil. Model pertamanya diperkenalkan pada awal 2000, kemudian ia berevolusi menjadi pemain 1-din Dvd dengan monitor bermotor dan pemain SD tunggal namun pemain asas CD DEH adalah yang paling ‘kental’ di pasaran. Ia digunakan dengan meluas sebagai pembaca medium cakera padat yang lasak.

Pemain ini disambungkan kepada 2 unit pre-amp Bomb 7 saluran. Terima kasih kepada output RCA berkembar pemain tadi dan tidak menyusahkan pemasangnya menukar satu saluran kepada komponen ‘high-to-low’ dan merosakkan signal asal. Kesemua penalaan bunyi diambilalih oleh kedua-dua pre-amp tadi.

Dari sini, isyarat diperkuatkan dengan kuasa dari empat unit amplifer yang berbeza-beza fungsinya. Amplifier tersebut terdiri daripada 2 unit amplifier 4 channel Adams Digital ADS-80.4 dan 2 unit lagi merupakan amplifier monoblock Adams Digital siri Energy EXA-2500.1D. Barisan amplifier ini disusun di belakang kerusi dengan kekotak binaan khas dibina terlebih dahulu. Di dalam kotak tersebut ialah empat unit woofer 12” Adams Digital EDW6512 dengan lapan selinder angin untuk memaksimakan penghasilan keluar frekuensi rendah.

Di sudut keliling belakangnya pula ialah 10 unit mid bass Adams Digital sekali lagi dari siri Energy, EX-600 yang disusun dengan kemas demi memastikan ianya mampu muat di lokasi yang terhad. Fabrik merah-hitam dilapiskan sebagai hiasan akhir dan 2 unit tweeter jenis horn juga buatan Adams Digital dipasangkan di bahagian atas melengkapkan pusingan mid bass dan frekuensi tinggi kereta ini.

Untuk mendapatkan hasil akhir bunyi yang optimum, keratan rentas pada ‘tailgate’ dibuat dengan mengasingkan pintu bukaan ke atas kepada dua bahagian. Ia mengingatkan saya kepada Honda Civic EG 2 pintu yang mana kaca dan pintu belakangnya dibuka secara berasingan. Tapi dalam edisi Kancil ini. Pintu bawah dibuat degan lebih kreatif di mana ia dibuka kekiri dan engsel asal kekal membuka kaca ke bahagian atas.

Bagi membina sistem audio dengan modifikasi seperti yang dapat dilihat pada Kancil ini, seseorang itu haruslah mempunyai visi yang mampu melihat hasil akhirnya. Dalam erti kata yang lain, deria dan kepekaan memainkan peranan yang sangat penting. Tidaklah nanti orang kata, modifikasi entah apa-apa. Kancil ini sangat cemerlang dari kedua-dua sudut. Sama ada dari sistem audio mahupun modifikasi tubuhnya. Jadi, benarlah kehebatan yang dimiliki pemiliknya. Tidak guna juga kalau berduit tetapi serahkan secara bulat-bulat kepada installer. Bila tidak menepati citarasa, segala sumpah seranah terhambur. Kasihan!

Kesimpulannya, Kancil ini adalah antara barisan contoh produksi semula sebuah kereta mikro ‘biasa’ menjadi contoh pengubahsuaian audio yang lengkap, bersedia untuk pertandingan ataupun sekadar hiburan di hujung minggu. Pemiliknya turut memiliki sebuah Vios yang dipasangkan dengan sistem SQL dan sebuah Wira yang digunakan untuk ‘main-main’ malam minggu. Ah. Hidup memang seronok kalau banyak duit!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 42

Previous Post

Permulaan Yang Biasa Menjadi Luar Dari Kebiasaan

Next Post

Kehidupan Lebih Dinamik Dan Bermakna

Next Post

Kehidupan Lebih Dinamik Dan Bermakna

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved