Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sebuah Kereta Dengan Sistem Audio Yang Jujur Dan Serius!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Saya mesti akui apabila pertama kali melihat kereta ni di Danga Bay, Johor Bahru, saiz rodanya membuatkan saya tergamam. Ini kali pertama saya lihat sebuah Honda Accord dipadankan dengan rim bersaiz 22 inci. Jika ia sebuah SUV, mungkin ia bukan perkara yang asing tetapi bagi sebuah sedan, ia memang jarang berlaku. Dalam perbualan pendek bersama pemiliknya, beliau memberitahu akan menukarkan lagi rim gergasi ini kepada saiz yang lebih besar – 24 inci!!!

Adakah ia satu trend baru?

Tidak juga, sebab rekaan seperti ‘Hellaflush’ dan ‘Bosozoku’ bukanlah sesuatu yang baru. Namun ia terhad pada saiz yang logik diterima akal lah. Biasanya kalau untuk untuk sebuah sedan, saiz paling maksimum pun 20 inci. 22 inci ini sebenarnya dah keterlaluan. Tapi jika anda seorang yang eksentrik tentang sesuatu yang besar, apa salahnya!

Bagaimana pula dengan sistem audionya?

Tidaklah ekstrem, tapi kami berbangga untuk menyiarkannya. Keseluruhan sistem Accord ini banyak dibantu oleh sokongan platform asasnya. Pertama, ia sebuah sedan penuh yang paling besar dalam kelasnya, kedua, sistem audio asalnya agak bagus untuk dijadikan unit mula, dan ketiga, ruang butnya memang cukup besar sehingga mampu menampung sebuah monitor bersaiz 32 inci skrin rata.

Sistem kereta ini agak ringkas dan ‘straight forward’. Laluan pembinaan audionya tidak begitu kompleks malah pemasangan di bahagian kabin juga hampir tidak langsung menampakkan ianya sebuah kereta audio yang dibina dengan serius. Apa yang kelihatan ialah rangkaian pemain asal Accord yang merupakan pemain jenis binadalam. Dalam banyak kereta di era ini, saya rasa, pemain Accord adalah yang paling ‘rata’ dari segi rekaletak butangnya sehinggakan menukar pemainnya amat jarang dilakukan. Rekaan rata tersebut meliputi unit kawalan alat hawa dingin dan juga tombol utama yang mendominasi keseluruhan alat kawalan.

Pemain ini masih boleh diharap. Justeru, untuk memastikan isyaratnya diperkuatkan, seunit pre-amp dipasangkan agar isyarat dapat disilangkan dan dikawal secara ‘independent’. Dari pre-amp ini, keseluruhan sistem dihantar sepenuhnya ke bahagian belakang.

Sebanyak 3 unit woofer 12” Performance dipasangkan di bahagian but. 2 unit woofer diletakkan di bahagian sisi dalam kotak khas dan satu lagi ‘ditanam’ di bahagian lantai yang mengambil posisi tayar ganti. Kesemua woofer ini mendapat bekalan kuasa daripada amplifier Performance PF-170C dan dengan keupayaan ketiga-tiga woofer ini, ternyata masalah bunyi bass yang kurang daripada sebuah sedan yang bersaiz besar sudah diselesaikan.

Kelihatan speaker yang tergantung di bahagian but ialah set speaker 6” Bazoka. Tidak mahu menggunakan ruang penutup but sebagai posisi pemasangan, ia adalah lokasi alternatif yang agak kemas pemasangannya. 2 unit speaker jenis coaxial dan 2 unit tweeter Bazoka tadi mendapat bekalan kuasa daripada amplifier 2 channel Performance PF-602.

Unit terakhir yang mungkin paling dominan ialah sebuah skrin tv LCD panasonic 32 inci yang ‘disandarkan’ di bahagian sempadan but. Saya juga tidak sangka bahawa skrin ini boleh muat dalam sebuah bonet kereta sedan! Unit visual ini mendapat signal daripada pemain DVD LA Power yang disorokkan dalam glove box depan.

Jika bunyi di bahagian kokpit ini sudah cukup bingit untuk dimainkan, sudah pasti pemilik Accord ini mahukan yang terbaik ketika memandu. Jalan penyelesaian diambil dengan menggantikan speaker panel pintu depan kepada 2 unit speaker komponen Performance PF-65 yang diperkuatkan dengan amplifier 4 channel Performance PF-604. 2 unit lagi dipasangkan di bahagian belakang.

Ini bukanlah kereta dengan limpahan LED atau bunyi yang memenangi pertandingan audio kategori SPL. Ia adalah sistem individu yang dibina dengan citarasa tersendiri. Ia sistem yang ringkas, berkualiti dan peningkatan kualiti bunyi yang boleh dibanggakan. Secar jujurnya saya suka kombinasi begini. Cuma jangan sampai rim 24 inci lah!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 33

Previous Post

Direstorasi Penuh, Kini Harganya Mencecah Angka 6 Digit!

Next Post

Sebanyak 19,685 Unit Mazda Di Malaysia Dipanggil Semula!

Next Post

Sebanyak 19,685 Unit Mazda Di Malaysia Dipanggil Semula!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved