Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sebuah Intrepretasi Kualiti Bunyi Sebenar?

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-07-30
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sebuah Intrepretasi Kualiti Bunyi Sebenar?

Rasanya baru semalam Honda Malaysia melancarkan kereta ni dan dalam tak sedar juga, model generasi terbaharu sudah dilancarkan di luar negara. Tidak keterlaluan dikatakan di waktu ini untuk kereta dalam segmennya, Honda Accord generasi ke lapan ini masih lagi mendahului dari segi rekabentuk. Ia masih anggun kelihatan jika dibandingkan dengan pesaingnya Toyota Camry terbaru dan juga Nissan Teana.

Sebuah kereta yang sporty-mahal tidak selalunya didatangkan dengan sistem audio yang bagus. Itu adalah realiti kerana jika mahukan sistem yang benar-benar bagus, ia hanya kedapatan pada kereta model premium. Ada beza antara mahal dan premium kerana kereta-kereta ini dicipta untuk pasaran yang berbeza. Misalnya, jika anda membeli BMW F30 sekalipun, sistem bunyinya tidaklah sehebat Lexus IS250 dengan talaan Mark Levinson. Begitu juga sebuah set-up bunyi dari Bang & Oluffsen dalam R8 yang bakal ‘membungkus’ mana-mana sistem bunyi Mercedes S Class.

Peningkatan sistem bunyi dalam kereta adalah alternatif yang selalunya dibuat oleh pemilik kereta yang mahukan sistem bunyi premium. Namun belanjanya tidaklah murah jika kualiti sebenar sistem SQ (sound Quality) mahu dibina. Dari pemilihan peralatan, pemasang dan penala, semuanya mesti selari kerana segala yang bersangkut-paut dengan teori pasang-tala ini akan menentukan samada pelaburan RM50,000 bakal berhasil atau hanya akan berakhir dengan sistem bunyi setaraf yang berharga RM5,000.

Pemilik Honda Accord ini cuba untuk mengekalkan profil bahagian kabinnya sebaik mungkin. Justeru, beliau mengelakkan dari menukar pemain utama asal kereta ini yang terbina dalam. Sebahagian besar butang-butang audio dan kawalan utamanya terletak bersama. Lagipun, pemain ini masih mampu memproses media dengan baik dan apa yang diperlukan ialah pemproses luaran yang mempunyai reputasi bagus untuk memproses signal sekundernya.

Pemproses Alpine PXA-H800 adalah jawapannya. Jika anda mengikuti senario pemasangan sistem audio bertemakan SQ, pemproses H800 pasti menjadi antara senarai popular pilihan tuner tempatan. Kaedah pemproses yang tepat dan mudah juga menjadikan pemproses analog-digital ini digemari ramai. Dari pemproses ini, saluran keluar dikekang kepada 3 hala untuk mendapatkan staging bunyi yang mudah dilaras diakhir pengubahsuaian nanti.

Saluran pertama menyusur kepada seunit amplifier 4 Channel German Maestro Five Series AB.4.85.10. Amplifier ini bertindak membentuk pola kuasa kepada susunan bunyi depan. Ia terdiri dari 2 unit mid bass German Maestro SV6509.A dan dua unit tweeter German Maestro juga. Gabungan speaker ini dipasangkan dalam lokasi asal tanpa sedikitpun kelihatan menjadikan profil dalaman kereta ini kekal seperti keluaran kilang.

Turut tidak kelihatan ialah set speaker komponen yang menggantikan speaker belakang kereta ini. Tiada apa yang hendak ditonjolkan kerana ia sememangnya tidak kelihatan langsung. Set yang dimaksudkan ialah German Maestro CS6508 yang mendapat kuasa dari amplifier 4 Channel German Maestro Five Series AB.4.85.10 yang juga amplifier sama memacu satu lagi gugusan komponen speaker di bahagian but belakang.

Ringkas? Nanti dulu. Sila buka but belakang.

Di sini terbentang interpretasi sebenar arah tuju dan minat pemiliknya. Corak pemasangannya dibuat ekstensif dengan penggunaan perspex menutup setiap peralatan yang digunakan. Penggunaan LED pelbagai warna melengkapkan lagi pakej pengubahsuaian tersebut. Mengakhiri set-up ini ialah seunit woofer German Maestro 5W12 yang mendapat kuasa dari amplifier monoblock Five Series D1.1000.10 juga dari German Maestro.

Kereta ini masih nampak bersahaja sebagai sebuah set eksekutif untuk dipandu ke pejabat atau membawa pelanggan makan tengahari di sebuah Hotel mewah. Saya lebih cenderung ke arah konsep begini. Nampak ringkas tapi berjaya menghasilkan kualiti yang tersembunyi. Bak kata pepatah melayu, “Diam-diam ubi berisi”.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 44

Previous Post

A Street Produce

Next Post

Proton Perluaskan Rangkaian Pengurusan Kereta Terpakai

Next Post

Proton Perluaskan Rangkaian Pengurusan Kereta Terpakai

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved