Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sebuah Demonstrasi Sistem Audio Yang Kompleks

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-12-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Perang dalam industri automotif merupakan perkara lazim dalam perniagaan. Sejak kereta pertama dibuat oleh Henry Ford untuk produksi massa, industri automotif telah berubah 100 tahun berikutnya dengan kegiatan perniagaan berlandaskan industri hiliran. Jika Ford Model T merupakan kereta asas yang murah, malah lebih murah dari membeli sebuah kuda pada tahun 1903, hari ini kereta murah tidak lagi dianggap sebagai pelopor pasaran. Industri berkaitan automotif telah mengubah perspektif penghasilan kenderaan daripada sebuah pengangkutan menjadi ikon kepada individu. Negara yang bangkit selepas perang seperti Jepun telah menvariasikan kereta kepada alat pengangkutan yang lebih kompleks.

Aksesori seperti bodykit, pemilihan warna dan trimming serta sistem audio telah merevolusikan kenderaan. Itu sukar dinafikan, namun dalam industri ini juga telah menghasilkan industri ketiga yang tidak kurang pentingnya. Jika bukan kerana permintaan dan sambutan masakan syarikat penala dan vendor seperti HKS, APEXi, Magnetti Marelli, Gembala, AC Schnitzer boleh hidup. Itu baru berbicara tentang kit badan dan peralatan prestasi tinggi. Bila menyebut tentang jenama audio, mungkin senarainya boleh dibuat jambatan antara Semenanjung Malaysia hingga Sarawak.

Audio ialah berkenaan dengan berapa seriusnya anda untuk melibatkan diri. Duit banyak? Tak tahu nak buat apa? Telinga yang sensitif? Apa juga alasannya, sistem bunyi adalah tentang kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sudah tentu, ianya perlu dinilai dengan telinga.

Perodua Rusa yang dipaparkan kali ini adalah contoh demonstrasi sistem audio yang kompleks dari sebuah set berkualiti tinggi dari jenama Adams Digital. Jika anda pengikut audio kenderaan, lebih baik angguk sahaja kepala bila orang bercerita tentang Adams. Jika anda tak pernah dengar, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Samada anda tinggal terlalu jauh di pedalaman atau anda belum khatam dalam dunia audio tempatan.

Pemain audio pilihan Rusa ini ialah Kenwood KDC-9023R. Ia antara pemain berkelajuan tinggi yang cukup sesuai untuk menghantar isyarat teliti bagi pembinaan sistem yang rumit. Tidak seperti versi moden yang boleh disambung dengan iPod atau bacaan isyarat WMA, pemain ini lebih asas namun dengan lensa bacaan sensitif yang menghasilkan kualiti bunyi terbaik dalam kelasnya. Pemain ini menyalurkan isyarat kepada dua saluran utama. Satu untuk tona bunyi dengan frekuensi rendah manakala satu lagi untuk frekuensi tinggi dan sederhana.

Untuk konfigurasi bunyi bass, set RCA pertama dihalakan kepada pre-amp ADP-100MS yang digandingkan bersama crossover AD-3980. Bila memiliki sebuah pemain yang bagus dan teliti, kemudiannya diisyaratkan oleh pemotong frekuensi yang bagus dan sensitif, hasilnya ialah isyarat rendah yang ditapis sepenuhnya sebelum diletupkan oleh 10 buah subwoofer AD-W12.1D.

Memasang subwoofer sebanyak itu sudah tentulah memerlukan bekalan kuasa yang secukupnya. Susunan subwoofer tersebut dibuat dengan sokongan amplifier monoblok ADS-2400.1D yang memacu setiap empat subwoofer dan baki 2 subwoofer lagi dipandu oleh amplifier monoblock AD-1500. Kesemua subwoofer ini dipasangkan di bahagian but belakang sementara 1 unit ditanam di bahagian kabin tengah. Pemasangan subwoofer ke dalam kenderaan bukan sahaja berkenaan dengan berapa cantik ia boleh diletakkan, ia juga tentang kualiti dan corak pemasangan agar setiap udara yang dipam keluar dari belakang subwoofer tersebut mampu mengalunkan nada rendah yang betul. Ia perlu selari dengan frekuensi dan ruang legar yang cukup agar sub yang bagus mampu menghasilkan dentuman bass yang betul.

Bunyi mid pula diproses oleh pre-amp ADP-502. Berbeza dengan pre-amp untuk bass, unit ini lebih sesuai untuk memotong frekuensi sederhana dan tinggi. Ia disambungkan kepada crossover aktif Audio Focus AF-168 yang kemudiannya membahagikan saluran kepada 16 unit mid speaker dan 4 buah tweeter. Speaker mid AD666P berukuran 6.5 inci ini berkongsi kuasa dari power amp ADS-80.2. Teknik pemasangan power amp 2 ohm tersebut dilakukan dengan membahagikan 1 saluran untuk 1 speaker yang berjumlah 4 power amp kesemuanya. Apabila ia berkenaan dengan bunyi mid tajam dan jelas, perkongsian (bridging) saluran biasanya menyebabkan bunyi distort yang sukar dielakkan.

Untuk frekuensi tinggi, tweeter AD5.iT dipadankan bersama dengan gugusan mid speaker tadi. Oh ya. Dipasangkan bersama dengan rangkaian sub di bahagian but belakang. Amplifier yang bertanggungjawab memandu tweeter ini ialah power A-70.4.

Dengan segala jenis peralatan audio yang dicurahkan pada Rusa ini, ia telah berubah menjadi sebuah kenderaan demo audio yang bukan sahaja mempamerkan bunyi yang solid, ia datang dengan gaya yang memikat. Tidak dinafikan, sesetengah kenderaan audio yang menggemparkan dihasilkan dengan corak pemasangan carca-merba dan wayar yang berselirat.

Rusa ini pula dipasangkan dengan hampir tiada wayar kelihatan di lantai. Setiap posisi peralatan dipasang kemas, malah kapasitor 2 farad Adams yang bertugas menstabilkan bekalan arus elektrik disusun kemas di atas lantai tengah. Setiap komponen power amplifier samada dipasang dalam ‘bilik’ khas ataupun dalam perumah buatan custom dan dibalut PVC.

Akhirnya, anda dapat sebuah kereta yang memiliki dentuman bunyi menggerunkan dan gaya sebuah Rusa pasar malam yang kemas di luarnya. Namun suka saya ingatkan, lebih baik beredar bila nampak kelibat kereta ini.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 10

 

 

Previous Post

Volkswagen Beri Jaminan 12 Tahun Bebas Karat

Next Post

Supercar Milik Bekas Pemain Orlando Magic, Tampil Lebih Luas Dan Unik

Next Post

Supercar Milik Bekas Pemain Orlando Magic, Tampil Lebih Luas Dan Unik

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved