Sahabat Sepanjang Perjalanan
Setiap kali berbicara tentang perakam video digital, perkara utama yang melintas difikiran pastinya kelebihan peranti ini dalam merakam peristiwa-peristiwa penting yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti tanpa mengambil kira fungsi yang lain. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai pengguna di luar sana membeli dan memasang perakam video digital dalam kenderaan masing-masing sebagai peranti keselamatan untuk melindungi diri sendiri khususnya apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Tahukah anda, ramai pemandu mempunyai masalah setiap kali memulakan pemanduan kerana skeptikal tentang keadaan atau insiden-insiden yang tidak diduga di sepanjang perjalanan. Golongan ini merasakan adalah lebih selamat jika ditemani seseorang. Sekurang-kurangnya, mereka tidak bersendiri sekiranya perkara tidak diingini berlaku.

Tanpa mengira jarak perjalanan sama ada jauh mahupun dekat, anda tidak lagi berseorangan dengan adanya perakam video digital. Sebagaimana seorang sahabat yang setia, perakam video digital merakam segala peristiwa yang berlaku di sepanjang perjalanan. Rakaman ini boleh dimainkan semula pada bila-bila masa, malah boleh disimpan sebagai kenangan untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Itupun mengikut selama mana yang anda mahu. Hebat, bukan?

Bijak Memilih Perakam Video Digital Yang Berkualiti
Disebabkan permintaannya semakin tinggi di pasaran, banyak pengeluar mengambil kesempatan ini dengan mengeluarkan perakam video digital. Bukan semua perakam video digital yang membanjiri pasaran hari ini hebat. Tanpa mengetahui tentang produk yang dikeluarkan, pengguna membeli kerana yakin dengan fungsi serta kualiti yang dikeluarkan. Akhirnya, ada yang mendapati perakam video digital ini tidak mampu berfungsi seperti yang diharapkan.
Jika anda benar-benar inginkan sebuah perakam video digital yang bukan sahaja berkualiti malah tampil bergaya, Blaupunkt adalah jawapannya. Bagi makluman anda, Blaupunkt telah mengeluarkan beberapa perakam video digital mengikut keperluan dan citarasa para pengguna. Salah satu perakam video digital yang sudah pun berada di pasaran ialah BP 3.1A FHD.

Fungsi Optimum
Sebagaimana perakam video digital Blaupunkt yang lain, BP 3.1A FHD ini direka agar dapat berfungsi secara optimum selain mempunyai beberapa ciri istimewa. Peranti ini turut dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi menarik seperti keluasan sudut pandang 140°, ia juga mempunyai keupayaan untuk dikendalikan menerusi aplikasi kawalan tanpa wayar.

Tiada Lagi Kes Langgar Lari
Sepertimana yang disebut awal-awal tadi, kebanyakan pengguna memasang perakam video digital dalam kenderaan adalah demi melindungi keselamatan dan langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Perakam BP 3.1A FHD membolehkan anda merakam insiden-insiden yang berlaku termasuk kemalangan dan menjadi bahan bukti kukuh dengan rakaman yang jelas.
Lazimnya, kes langgar lari mengambil masa untuk mencari pesalah. Dengan adanya perakam video digital BP 3.1A yang berkebolehan merakam dengan jelas, anda dapat mengesan pesalah dan punca yang mengakibatkan kemalangan berlaku. Bukan itu sahaja, perakam video digital ini juga boleh membantu pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang jenayah di sekitarnya seperti kejadian kes ragut dan pukul.

Perakam video digital BP 3.1A FHD
Spesifikasi
Resolusi : 2MP FHD 1920 x 1080, 30 fps
Frekuensi : 50Hz, 60Hz
Keluasan Sudut Pandang : 140°
Pemapar skrin LCD 2″
Teknologi Super Capacitor
Pengesan G (G-Sensor), Gegelung Rakaman (Loop Recording)
Aplikasi Kawalan Tanpa Wayar iOS dan Android
Bahasa : English, China (ringkas) China (tradisional), Jepun, Thailand
Penalaan ID Pemandu
Slot mikrofon dan speaker
Menyokong sehingga 64GB Class 10 kad mikroSD
Pemain-balik : Imej (JPG), fail Video (MP4)
Bekalan Kuasa : DC 12V-24V
Suhu Operasi : 20°C-60°C
Suhu Storan : -20°C-70°C
Saiz : 55 x 60 x 40mm
Berat : 70g
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
AMICI SDN BHD
No. 11, Jalan DBP 1,
Dolomite Business Park,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor
No Tel : 03-6189 8188
Whatsapp :+60 17-294 3338
Emel :blaupunkt.malaysia@blapac.com
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UC48hCTl_e8nMFRlCxZojDPQ
Web :https://www.blaupunkt.com/ase/
Web :https://www.amicimalaysia.com/
Facebook :https://www.facebook.com/blaupunkt.asia/
Facebook :https://www.facebook.com/BlaupunktCarEntertainmentMY/












