Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sanggup Berbelanja Demi Kepuasan

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-23
in SHOW OFF, UTAMA
0


Jika dilihat dari mata kasar, memang tiada apa-apa yang menarik tentang Satria 1.3 berwarna hitam ini. Tidak banyak perubahan dibuat pada struktur dan enjinnya. Hanya sport rim yang ditukar. Namun tidak dinafikan kereta ini kelihatan bersih dan dijaga rapi oleh si pemilik. Opss! Bukan itu yang hendak Kar HiFi sentuh. Sebenarnya ada sesuatu yang menarik tentang Satria 1.3 ini.

Mohd Suhaimi kini menjadi penggila setia In Car Entertainment (I.C.E) sejak beliau mengubahsuai sistem audio keretanya pada tahun 2005. Ketika itu, beliau baru sahaja menjadi pemilik Satria tersebut dan tidak banyak modifikasi sistem audio yang dibuatnya. Gara-gara kerana beliau masih belum bertemu dengan pusat aksesori yang benar-benar dapat memuaskan hatinya. Beliau yang menggemari muzik Remix dan Techno, menganggap satu kepuasan jika dapat mengubahsuai sistem audio yang sesuai dengan muzik yang mahu didendangkan.

Lagu ‘My Heart’ nyanyian Acha Septriasa dan Irwansyah dalam genre remix kedengaran begitu rancak dan kuat berkumandang dari kereta Suhaimi. Ada juga mata yang memandang kerana turut terdengar muzik yang dimainkan. Mungkin kagum, mungkin juga tidak suka kerana mengganggu ketenteraman awam. Suhaimi sedar situasi itu tetapi beliau cuma berbuat begitu untuk kepuasan sendiri. Jarang sekali beliau mengganggu ketenteraman awam.

Sesekali apabila melepak bersama kawan-kawan yang sekepala pada waktu malam, beliau memainkan sistem audionya. Itupun jauh dari kediaman orang ramai seperti di Tasik Titiwangsa. Untung nasibnya kerana keluarga agak memahami dan tidak pernah menyekat minat Suhaimi. Tidak hanya mengharapkan pendapatan semata-mata, modal RM10,000 dikeluarkan untuk memodifikasi sistem audio kereta adalah hasil pendapatan sampingan!

Setelah bertemu dengan sebuah pusat aksesori pakar dalam pemasangan dan pelarasan sistem audio, beliau yakin untuk lakukan pengubahsuaian. Khidmat nasihat diberikan S & L Vision Auto Acc telah mendorong Suhaimi untuk mengubahsuai audio keretanya menggunakan SPL (Sound Pressure Level), sesuai dengan muzik kegemarannya. Bagi SPL kadar diukur pada jumlah kuasa yang tinggi dan untuk menghasilkan sistem sedemikian bukanlah mudah.

Komponen yang lebih mahal, berjenama dengan bilangan perkakas audio yang banyak sahaja akan menentukan kehebatan kuasa sesebuah sistem seperti ini. Begitu juga dengan teknik pemasangan, pemetaan komponen, penyesuaian dan penalaan harus diberi perhatian. Suhaimi memilih produk sistem audio jenama Stellar kerana baginya jenama ini tahan lasak dan memang menjadi jenama kesukaannya. Harga tidak menjadi penghalang. Bagi Suhaimi, biar mahal asalkan berbaloi. Mahal sedikit tidak mengapa, yang penting hati puas! Betul tak?

Sistem audio Satria 1.3 ini menggunakan jenama Stellar kecuali pemain utama dari jenama Pioneer, DEH P7150OUB. Seperti biasa, head unit adalah komponen terpenting kerana di sinilah punca isyarat audio yang jelas dan berkualiti. Head unit Pioneer memang bersesuaian dengan kehendak Suhaimi. Isyarat dari unit tersebut diproses seterusnya dihantar ke pre-amp. Ia ditala mengikut pelarasan dikehendaki sebelum disalurkan kepada amplifier.

Amplifier ini bertindak memotong dan menapis frekuensi yang tidak dikehendaki dan membahagikannya mengikut saluran berasingan. Seunit amplifier 4 channel Stellar SD-3004E dipasang untuk mengendalikan speaker komponen 2 way yang dipasang di depan dan belakang bersama horn tweeter. Seunit amplifier monoblock Stellar 1300DF dipasang untuk memacu 2 unit woofer bersaiz 15” yang dipasang di belakang untuk sokongan bass. Sedikit hiasan lampu LED direka di bahagian ini supaya tampil lebih kreatif. Dari segi bunyi, ia memang gempak!

Jika tak biasa dengan muzik begini, boleh pekak telinga. Memang sarat Satria ini dengan sistem audio. Apa tidaknya? Suhaimi juga terpaksa menggunakan dua buah bateri kereta bagi menampung sistem audionya. Biar berhabis, yang penting si pemilik puas hati. Suhaimi juga dikira bertuah kerana ditawarkan menyertai pertandingan audio kereta anjuran MACE. Apa yang menarik, pemasangan dan pelarasan sistem audio yang dibuat telah ditaja pusat aksesori dan produk audio kegemarannya, S & L Vision Auto Acc dan Stellar.

Tidak rugi pusat aksesori dan jenama ini menaja kereta Suhaimi kerana beliau berjaya meraih tempat kedua bagi sistem audio SPL. Selain trofi dan sijil, pengalaman menyertai pertandingan tersebut lebih berharga buat dirinya. Pengalaman dan input diterima Suhaimi semasa menyertai pertandingan menyebabkan beliau semakin bersemangat untuk terus menyertai pertandingan-pertandingan sistem audio pada masa akan datang.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah KarHiFi edisi pertama (Mei, 2009)

Previous Post

Tidak Perlu Risau Tentang Ruang

Next Post

Gabungan Produk Berkualiti Dan Kepakaran Pemasangan Serta Pelarasan Sistem Audio

Next Post

Gabungan Produk Berkualiti Dan Kepakaran Pemasangan Serta Pelarasan Sistem Audio

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved