Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Saling Lengkap Melengkapi

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Saya minat MPV lebih daripada orang lain dalam pejabat ini. Bagi saya, MPV adalah kenderaan paling ideal di Malaysia. Jika Thailand terkenal dengan trak pikap, Indonesia pula terkenal dengan MPV dan SUV. Berbeza di Malaysia yang mana pasaran kenderaannya agak bercampur aduk. Tapi kalau diukur dari garis pemilikan kenderaan moden, kita akui bahawa MPV semakin mendapat tempat di kalangan pembeli tempatan.

Memiliki sebuah MPV juga bukanlah halangan untuk pecinta ICE mengekalkan minat mereka. Kalau anda nak tahu di Jepun, banyak peralatan khusus dihasilkan untuk disesuaikan dengan kenderaan jenis ini. Woofer aktif di bawah tempat duduk yang kecil, woofer sisi yang boleh dilekatkan di dinding kenderaan, pepalang yang digantung pada bahagian pemegang tangan untuk menyangkut monitor TFT, speaker jenis satelit dan bermacam lagi, termasuklah woofer aktif yang dibuat pada lokasi tayar ganti.

Di Malaysia, rutinnya berubah pemilik MPV berkecimpung dalam dunia ICE. Tak dapat dinafikan, kami terpaksa benar-benar memilih kenderaan jenis ini kerana tidak banyak yang mampu menarik perhatian saya. Sekadar sistem yang terlalu ringkas memang rasanya kereta anda lebih bagus. Alkisah perjalanan ke Johor Bahru bulan lepas menjanjikan pengalaman menarik yang tak mungkin saya lupa. Inilah MPV idaman saya. Estima ACR50.

Estima ini dibina dari bahan-bahan berkualiti tinggi. Maksud saya komponen sistem audionya dipilih hanya dari peralatan yang premium, atau setidak-tidaknya sederhana premium jika dibandingkan dengan paparan lain dalam majalah ini. Pemain utamanya ialah Alpine 2-din IVA-W502E. Ketika diperkenalkan dulu, pemain ini satu-satunya dari Alpine yang bersaing dengan Pioneer 6050, zaman di mana 2-din DVD mula menerjah pasaran.

Pemasangan pemain ini dibuat pada bahagian konsol tengah. Ia bertugas memproses isyarat DVD dan juga FM sementara itu, signal yang sama turut dihantar kepada seunit monitor Alpine berdiamater 10” yang digantung pada siling kereta untuk paparan penumpang belakang. Untuk pemproses CD pula, MPV ini menggunakan pemain berasingan iaitu CDA 7990R yang dipasangkan di bahagian konsol bawah. Dahulunya, bahagian ini ialah tempat simpanan barang dan juga pemegang bekas air. Dengan kerja custom yang kemas, ia kelihatan sesuai duduk di situ bersama pemproses Alpine.

Pemproses audio PXA-H701 ini kalau dalam istilah ‘home teater’ diibaratkan ‘mixer’ berkebolehan. Kecil tapi fungsinya memang tidak pernah diragui. Mungkin sebab itu juga JBL sibuk mempromosikan MS-8. Pemproses dari H701 ini bukan sahaja berguna untuk memproses audio, malah juga untuk memudahkan talaan pemilihan media. Apabila susunan peralatan utamanya dah sebegini ‘mewah’, apa yang boleh anda harapkan dibuat untuk speaker dan barisan amplifier?

Lihat di bahagian belakang. Estima ACR50 adalah antara MPV di pasaran yang direka dengan ruang but jenis ‘slope’. Ini bermakna, tempat duduk baris terakhir boleh dilipat terus ke dalam kawah tersebut untuk memastikan rantainya rata dan memaksimakan kapasiti liter di belakang. Sudah tentu ia membuatkan pembina sistem audio bergembira dengan rekaan begitu yang membolehkan mereka menukarkannya dengan ruang simpanan amplifier.

Amplifier yang kelihatan di dalam but ini ialah 2 unit Genesis Profile 4 Ultra. Kalau mengikut kemampuan spesifikasinya, ia hanya berupaya menjana 100 watt RMS pada setiap channel tanpa bridge. Mungkin kecil bagi peminat audio tegar tetapi untuk pembina sistem SQ, amplifier ini bagus untuk menguasakan speaker komponen jenis sensitiviti tinggi. Seunit lagi amplifier yang kelihatan ialah amplifier 2 channel Phonocar siri Otto.

Estima ini dibina dengan sistem pembesar suara 3 hala menumpu pada bahagian hadapan kenderaan. Bahagian pillar A MPV lazimnya direka dengan seunit cermin tiga segi kecil untuk memberi perspektif pandangan sisi yang lebih luas. Bagaimanapun ia diubahsuai dengan ciptaan perumah custom bagi membolehkan seunit mid range Dominations D53 Neo dipasangkan bersama tweeter Dominations D28 . Cantik dan kemas betul posisi dan pemasangannya.

Di bahagian panel pintu pula ialah 2 unit mid 6” Dominations CFS4. Speaker ini dipasangkan secara luaran dengan seunit mounting khas untuk membolehkan magnet di belakang mendapat jarak lega yang lebih bebas berbanding pemasangan terus pada mounting pintu. Jalinan sistem pendawaian untuk speaker mid bass ini datangnya dari amplifier Genesis Profile 4 Ultra.
Tapi di mana nak dipasangkan woofer ini?

Seperti yang saya ceritakan di awal tadi, MPV ini tidak mahu mengorbankan ruang belakangnya dengan kotak woofer yang besar, justeru langkah penyelesaian diambil dengan membuat perumah khas di lorong kiri dan kanan tempat duduk hadapan. Bahagian ini kosong dan kebiasaannya dipasangkan dengan konsol simpanan barang. Sebaliknya sebuah perumah khusus dibuat untuk menempatkan seunit woofer 10” Dominations ES10 yang dipasangkan terus menghala ke bahagian lantai. Idea yang bijak. Menguasakan woofer ini ialah seunit amplifier 2 channel Phonocar Otto PH8140 berkuasa 260 watt.

Tidak banyak contoh projek sebuah MPV yang ideal seperti Estima ini. Dari pemilihan peralatan, komposisi pemasangan dan juga teknik pendawaiannya Estima ini boleh dianggap contoh terbaik yang boleh anda jadikan panduan. Sebuah MPV biasanyanya dijudulkan dengan tajuk ‘people mover’ – membawa penumpang. bukan itu sahaja, ia patut selesa membawa sedikit bagasi dan tidak mengecewakan dari segi keselesaan. Bila anda punyai set-up begini, ia bukan sekadar penggerak manusia yang cemerlang, ia mungkin jadi sebuah panggung bergerak dengan kualiti bunyi dinamik dan harmoni. Perjalanan jadi lebih bermakna!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 25

Previous Post

MDNtoish

Next Post

Dilengkapi Gril Baru Yang Lebih Besar, Tampil Lebih Agresif

Next Post

Dilengkapi Gril Baru Yang Lebih Besar, Tampil Lebih Agresif

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved