Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Saiz Bukan Satu Masalah

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-11
in SHOW OFF, UTAMA
0


Cabaran sebenar pada kereta ini bermula dari saat pertama saya melihatnya. Ia satu jenama baru yang diperkenalkan beberapa bulan lalu ke pasaran tempatan. Walaupun hanya baru setahun jagung, ternyata produk Zerobass ini mampu mengejutkan pesaingnya di pameran dan pertandingan audio. Trofi yang dikutip setakat ini jelas membuktikan bahawa ia bukanlah produk yang boleh dipandang sebelah mata.

Masalahnya kereta Kancil ini terlalu standard di luarnya. Payah juga saya nak mulakan artikel bagaimana dan dari sudut apa ia harus ditelah. Ketika ini, idea memang terhad pada sistem audio itu sendiri di mana untuk melihat dari sudut kosmetik, Kancil ini betul-betul mengutip markah kosong. Ia sebuah Kancil standard yang benar-benar asli. Satu-satunya benda asing yang dapat dilihat pada bahagian kosmetik kereta ini ialah pelekat Zerobass di atas hud depan dan juga di cermin belakang.

Berapa serius Kancil ini menjadi kereta demo pihak Zerobass?

Mungkin itulah persoalan yang sebaiknya diajukan pada kereta ni. Barangkali penggunaan ‘term lab’ boleh menjawab soalan itu tetapi bagi ruangan bicara penuh sistem audio ini, saya akan huraikan sejumlah besar kuasa yang dihasilkan olehnya. Saiz kereta ini sendiri cukup kecil dan mustahil untuk dimuatkan dengan sejumlah kuasa mutlak. Tapi bilangan tidak semestinya penting, kualiti sebenar bass yang dihasilkan kereta ini cukup untuk menyedarkan separuh kawasan perkarangan Stadium Bukit Jalil. Sebagai bukti, pengawal keselamatan datang kurang seminit ketika audio kereta ini dipasangkan, sedangkan kedudukan pondok pengawal lebih 500 meter dengan dihadang sebuah Stadium Nasional!

Pembinaan Kancil ini bermula dengan Pioneer DEH1950. Pembinaan sistem SPL penuh padanya menyaksikan saluran pemain CD ini merupakan output premier yang semata-mata berfungsi membaca cakera padat sahaja. Semua frekuensinya diproses oleh pre-amp berasingan untuk tiga kelompok speaker yang berbeza.

3 unit Pre-amp ZB-EQ7 digunakan untuk menyalurkan isyarat. Peringkat pertama, tapisan ini menuju kepada empat unit subwoofer Zerobass ZB 15-SPL yang dipasangkan pada but belakang dengan pembuangan bahagian tempat duduk belakang sepenuhnya. Bagi mendapatkan dentuman bass yang padu, 2 unit amplifier monoblok Zerobass ZB-6800 digunakan untuk memandu keempat-empat subwoofer tersebut. Ingat tentang kemenangan yang diperolehi kereta ini seperti yang saya maklumkan di awal artikel tadi?

Ya. Kemenangan bukan hanya bergantung kepada saiz dan jumlah kuasa. Dalam dunia pertandingan SPL, perbezaan teknik pemasangan sangat kritikal untuk memastikan catatan desibel terbaik pada paparan alat ‘term lab’ yang digunakan. Format pertandingan lazimnya dipiawai pada mikrofon dedahan asas yang diletakan pada posisi tetap di belakang bonet. Ketinggian dari tanah dan jarak mikrofon inilah yang perlu diberikan perhatian lantas membuatkan pereka SPL mencipta pelbagai dimensi pemasangan yang mampu ‘menipu’ mikrofon tadi.

Penghadang bersilang yang diletakkan di antara mid dan subwoofer, jarak pemasangan dan saiz kelegaan magnet bila dipasangkan pada kereta selalunya mempengaruhi jumlah kuasa tadi. Pihak Zerobass telah menggunakan formula terbaik mereka untuk memaksimakan output kuasa yang dihasilkan.

Selain subwoofer, keluaran bahagian mid bass tidak dipandang ringan. Sebanyak 8 unit mid bass 6.5” Zerobass ZB-66PX diintegrasikan bersama 4 unit horn tweeter Zerobass ZB-SH8. Pembahagian corak pemasangannya diasingkan dengan 2 set berbeza. Set pertama ialah 4 mid dan 2 tweeter pada boot lid. Pemasangan dibuat pada perumah buatan kayu dengan bentuk kekotak asas. Tiada hiasan tambahan malahan warna asasnya juga ialah hitam. ‘Straight to the point’.

Set kedua iaitu 2 pasang mid dan 1 unit tweeter masing-masing diletakkan di bahagian but dalam kekotak khas yang ditampal terus pada badan kereta. Sama fungsinya seperti gugusan mid yang awal tadi, kesemua gandingan speaker ini dipacu oleh 3 unit amplifier iaitu ZB-804X yang berkeluaran 2 saluran setiap satu.

Di penghujung projek, pihak Zerobass masih mengekalkan kereta ini sebagai sebuah Kancil malah tanpa sport rim pun. Dalam dunia audio, konsep kereta begini bukanlah asing. Kereta standard dengan dentuman memekakkan satu kampung, atau kereta nampak bahaya tapi bunyi macam radio transistor. Jadi yang mana satu pilihan anda?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 26

Previous Post

Dilancarkan Di Amerika Syarikat, Harga Bermula RM58K Dengan 2 Warna Baharu

Next Post

Supercar Dengan Berat Kurang Dari 2,000 Lbs

Next Post

Supercar Dengan Berat Kurang Dari 2,000 Lbs

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved