Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Saga BLM Adam Digital Rossi

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sebenarnya dah agak lama juga saya tak turun ke padang melihat sendiri pameran autoshow. Kebetulan pula pada bulan lepas ada acara dunia permotoran yang berlangsung berdekatan dengan kawasan rumah. Saya pun turun mengambil peluang untuk melihat himpunan kereta yang banyak. Antara ratusan kereta yang memenuhi tapak acara, pastinya kereta yang berwarna-warni dengan modifikasi menarik sangat sesuai dijadikan penghias majalah. Di sini, saya terserempak dengan Saga BLM ini.

Memang merecik dengan warna-warni hasil pelekat imej Valentino Rossi VR46. Kalau Rossi nampak ni, mesti dia mintak tumpang dan melekat sekali rambut kerintingnya dalam kokpit Saga yang dah diubah jadi sempit dengan bahan-bahan gentian kaca juga komponen audio.

Ini adalah kereta yang kerap dilihat kelibatnya dalam mana-mana pameran audio dan autoshow tempatan. Sekali imbas pun dah boleh agak betapa serius pemiliknya membina sebuah kereta yang dijadikan sebagai bahan pameran. Ya. Dah tentu anda tidak mahu bawa kereta yang tinggal 2 sentimeter kedudukan bumpernya dengan jalanraya, betul tak?

Datang dari Utara tanahair, kereta ini mendapat khidmat pengubahsuaian daripada UTI Audio Sg Petani. Ia telah menjalani pengubahsuaian yang ekstensif dengan pembuatan hampir 90 peratus kerja kreatif dengan bahan gentian kaca. Bahagian luar kereta Proton Saga BLM ini telah dipasangkan dengan kit custom seperti bumper depan, belakang dan skirting tepi.

Dari sebuah kereta kecil, ia seolah-olah disuntik steroid bertukar menjadi ‘sado’ atau sasa. Rim 18 inci dipasangkan dan sistem suspensi jenis udara diganti memastikan kereta ni “melekat” ke tanah sewaktu diparkir. Apa yang menjadikannya lebih garang ialah tema seni Valentino Rossi yang membalut kesemua bahagian badan dan tidak melampau kalau kami katakan, ia paling gila yang pernah kami lihat.

Bahagian dalaman pula menerima kerja yang dua kali lebih gila. Kesemua bahagian belakang dirombak semula dengan kemasukan sistem audio. Bahagian depan, papan pemuka diubahsuai, sepasang kerusi bucket kuning dan kerja-kerja fibre glass yang menyeluruh.

Manakala, sistem audio kereta ini meliputi pemasangan unit utama Pioneer. Kebanyakan komponen audionya terletak di bahagian belakang but dengan kelihatan 4 unit mid bass 6.5” inci dari jenama King Dom yang dipasangkan bersama 2 unit tweeter Quantum Audio. Kesemua mid dan tweeter ini dikuasakan oleh seunit amplifier 5 saluran RPM. Amplifier yang sama turut bertugas untuk menguasakan beberapa lagi unit mid bass yang dipasangkan di bahagian dalam kereta Saga BLM ini.

Pada bahagian kokpit, seunit mid bass 6.5” dari Performance dipasangkan pada kedua-dua panel pintu. Ini diikuti di kedua-dua panel pintu belakang yang dipasangkan dengan seunit mid bass 6.5”. Di bahagian tempat duduk belakang atau kokpit belakang pula, Uti Audio telah memasang dua unit lagi mid bass 6.5” King Dom dan kesemua mid bass ini dikuasakan oleh amplifier 5 channel tadi.

Ruang but belakang turut menempatkan 2 unit woofer Adams Digital berukuran 12” setiap satu. Jelas, audio yang meletup tidak menjadi keutamaan kerana 2 unit woofer yang dikuasakan seunit amplifier monoblok jenama RPM tadi tidaklah segagah van audio di petak pameran.

Sebagaimana yang disebut awal tadi, bahagian kokpit belakang bukan sekadar diisi dengan dua unit mid bass King Dom malah turut menempatkan pelbagai jenis monitor TFT dari pelbagai saiz. Untuk menempatkannya, kesemua bahagian asal kereta ini telah dikosongkan dan digantikan dengan platform buatan custom. Ia menggunakan konsep warna hijau – sama seperti di bahagian lain yang menggunakan bahan gentian kaca.

Kereta modifikasi penuh begini sebenarnya sudah tidak meriah sebagaimana 10 tahun lepas. Generasi pengubahsuai kereta hari ini tidak ramai yang cukup serius membikin kereta untuk autoshow. Jadi dengan adanya kereta begini, kami mengharapkan pameran dan pertandigan kita kembali meriah.

Previous Post

Oldskool Street IV

Next Post

Very Important Axia

Next Post

Very Important Axia

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved