Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Rise of The Machine

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-06
in SHOW OFF, UTAMA
0

Rise of The Machine

Banyak orang tidak tahu bagaimana nak mula meningkatkan sistem audio. Paling parah bila tiada langsung info dan meletakkan kepercayaan kepada jurujual di kedai aksesori sahaja. Kalau nasib baik, kedai yang dituju memang berpengalaman dan boleh mencadangkan apa yang patut. Namun biasalah, banyak peniaga lebih mengutamakan keuntungan dan ‘memerangkap’ pelanggan dengan janji-janji manis. Kononnya sistem yang baik boleh dibina pada harga murah. Akhirnya, peningkatan demi peningkatan dicadangkan dan belanja menjadi semakin banyak dan terus meningkat.

Kemudian, rasa tertipu dan beralih ke premis lain. Sekali lagi, bergantung kepada nasib. Kalau nasib malang lagi maka dapatlah sistem cap ayam yang lain. Bayangkan kalau dah berhabis beribu ringgit namun hasil akhirnya macam tak tukar speaker sahaja. Memang kecewa. Jadi pesan saya pada yang baru nak bermain audio, pilihlah kedai yang betul. Untuk mencari kedai yang tepat, perlukan rekomendasi dari kawan-kawan dan mereka yang pernah ke situ.

Kesibukan tugasan harian menyebabkan pemilik kereta tidak ada masa untuk mengkaji dan mencari kedai yang betul. Semuanya berdasarkan cadangan teman-temann untuk ke premis aksesori dan audio Cahaya Auto Accessories & Air-Cond di Taman Semarak, Nilai. Nyata pelaburannya tidak sia-sia kerana pemilik Cahaya Auto mengaturkan yang terbaik untuk kereta ini.

Bermula dengan pemain cakera padat tunggal Nakamichi NA200R, pelarasan untuk output luarannya disambungkan kepada 2 unit pre-amp. Pre-amp 7 band yang digunakan adalah dari Horizon HR-7Q dan Caliber CPE-707A yang mampu menyelaras semua frekuensi tanpa perlu memutarkan menu di papan pemain utama. Penggunaan 2 unit pre-amp ini bertujuan memisahkan frekuensi tinggi dan rendah kepada 2 laluan pendawaian yang sekaligus memudahkan penalaan dilakukan.

Pada pengamatan saya, pihak Cahaya Auto memang suka setting begini dan seperti yang pernah disebutkan dalam artikel sebelum ini, teknik pemasangan banyak bergantung kepada kecenderungan installer. Ada yang suka banyak laluan, sementara ada yang gemar kepada sistem lebih ringkas. Apa juga pilihannya, keputusan terbaik ialah mendengar sendiri hasil bunyi akhir yang dihasilkan.

Unit pre-amp pertama mengeluarkan isyarat untuk desibel rendah mengekstrak bunyi dari woofer. Sebanyak 4 unit woofer Horizon 12” dipasangkan dalam but perumah buatan khas. Bukan sahaja susunannya teratur terapi perapian pemasangannya layak dipuji. Kekotak ini dibalut dengan fabrik hitam dengan selinder udara dicat warna kuning. Ia memberi kontras yang menarik pada bahagian but untuk penampilan yang lebih menawan.

Woofer ini mendapat kuasa dari 2 unit amplifier monoblock Horizon. Amplifier kelas D dengan kuasa output sehingga 1200 watt PMPO membekalkan sejumlah kuasa yang diperlukan tanpa sebarang masalah distortion. Laluan pendawaiannya dibuat secara ‘bridgeable’ bagi setiap unit monoblock tadi. Dalam keadaan biasa, mono yang kecil akan menghasilkan masalah beban pada amplifier itu sendiri, lebih-lebih lagi jika woofer memerlukan kuasa yang banyak, namun bagi pemasang yang sudah arif dengan produk mereka, ia mampu diselesaikan dengan corak pemasangan dan penalaan yang betul. Disamping unit monoblock ini ialah 2 unit amplifier 4 channel Horizon yang ditugaskan untuk memacu lebihan unit speaker yang dipasangkan.

Di bahagian boot lid ialah 4 unit mid bass dan 2 unit horn tweeter Horizon. Penggunaan unit speaker dari satu jenama ini nyata memudahkan pemasangan dan juga talaan memandangkan spesifikasi setiap yang dipasangkan itu sudah tertera di atas kertas dan dicadangkan oleh pengeluar. Ia seperti peningkatan enjin dengan alatan dari satu pengeluar, lebih seragam dan mudah untuk ditala.

Baki mid bass dan tweeter terletak di bahagian kabin Wira yang terdiri daripada 2 unit mid di bahagian panel pintu hadapan dan 2 unit dome tweeter di bahagian dashboard. Manakala 2 unit mid lagi diletakkan pada board speaker belakang. Punca kuasanya juga mendapat khidmat dari satu lagi unit amplifier 4 channel Horizon yang kesemuanya diplotkan di bawah kerusi hadapan dan juga di sebalik penyandar kerusi penumpang belakang.

Saya diperdengarkan demo bunyi dari Wira ini. Ia sesuatu yang anda ingin bina dalam kereta sendiri. Mungkin biasa tetapi mampu menyerlahkan kuasa yang dihasilkan dari sistem audionya jika berada di mana-mana pertandingan. Sewaktu sesi fotografi ini, saya tidak sempat bertemu pemiliknya kerana ia dipandu isterinya. Ya, pertama kali saya jumpa isteri yang bawa anak kecil datang sesi fotografi. Memang sporting!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 38

Previous Post

Perodua Myvi, Axia Dan Bezza, Kenderaan Terlaris Negara Setakat Tahun Ini

Next Post

Next Post

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved