Mungkin tidak serancak dulu tetapi dunia audio kereta masih lagi ada peminat dan penggiatnya yang masih aktif. Tidak kiralah sama ada di utara Malaysia mahupun di Sabah, semangatnya tetap sama. Berkongsi minat yang sama iaitu bermain audio dan dalam masa yang sama mengukuhkan lagi ukhuwah yang sudah lama terjalin.
Baru-baru ini atau lebih tepat lagi pada awal bulan Jun lalu telah berlangsungnya program Hari Keluarga Labuan Car Audio Blaster yang menghimpunkan ahli-ahli Labuan Car Audio Blaster. Walaupun diadakan cukup ringkas tetapi ia tetap meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.
Tepian pantai menjadi lokasi pilihan dan bersesuaian dengan tema santai bersama ahli-ahli Labuan Car Audio Blaster dan keluarga masing-masing. Selain meluangkan masa dan menyediakan hidangan, kesempatan ini juga digunakan oleh ahliahli kelab mendendangkan kekuatan serta keunikan sistem audio masing-masing. Biarpun ringkas tetapi cukup bermakna.