Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Reborn Of A King

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-07-10
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kenapakah Sylphy ini dijulang sebagai raja walhal penampilannya sangat biasa dan agak membosankan? Kalau anda nak tahu, Sylphy ini merupakan juara yang berjaya mempertahankan kecemerlangan di pentas pertandingan sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Pernah menghiasi majalah Kar HiFi, ia kembali dengan lebih hebat, lebih bergaya. Masih lagi menggunakan perkhidmatan emas QQQ Audio World, Sylphy ini kelihatan matang berbanding sebelumnya. Ditambah pula tranformasi dari sistem SQ 2-way kepada 3-way, membantu memperkukuhkan gelarannya sebagai Raja.

Jika ingatan anda masih samar-samar, inilah Sylphy yang pernah menggegarkan dunia ICE dengan muncul sebagai juara di pertandingan EMMA serta merangkul 7 piala dari 8 kategori yang dipertandingkan. Ha! terkejut. Itu adalah rekod yang dipegangnya dan masih belum tersentuh pun oleh mana-mana pencabar.

Kembali dengan sistem bunyi yang diperhebat, sekaligus menjanjikan kejuaraan mudah dalam tangan. Lihat sahaja pemain utama yang digunakan untuk mengepalai keseluruhan sistem audio Sylphy ini. Dahulu pemain utamanya adalah Pioneer P80RSII, ditukar pula dengan satu-satunya pemain utama dari Pioneer yang sukar ditandingi kualitinya; Pioneer DEX-P99RS seperti yang pernah direncanakan ketika kali pertama Sylphy ini diabadikan dalam Kar HiFi. Ia merupakan kombinasi binaan sistem 3-way yang serasi dan bolehlah dikatakan sebagai paling optima!

Kalau diteliti, tiada banyak perubahan dilakukan. Set sistem audionya masih mengekalkan kelengkapan dari jenama Hertz diiringi seunit amplifier Audison. Dua jenama yang dikenali dengan kualiti high-end. Pilihan tepat bagi mendefinisikan setiap perincian bunyi yang dihasilkan. Beberapa penambahan aksesori audio dilakukan untuk melengkapkan ia sebagai sistem 3-way.

Di bahagian kokpit diduduki terlebih dahulu 2 unit tweeter Hertz HT25. Dipasangkan di bahagian kiri dan kanan pillar A, diikuti 2 unit mid Hertz HL70 yang mana setiap satu digandingkan bersama tweeter dalam perumah kustom buatan khas. Tujuan binaan perumah sedemikian adalah demi mewujudkan staging tepat, menyalurkan keharmonian bunyi. Bagi melengkapkan sistem SQ 3-way, 2 unit woofer 6” Hertz HV165 dipasangkan di kedua-dua panel pintu.

Sepertimana yang dinyatakan sebentar tadi, tidak banyak perubahan dilakukan. Begitu juga subwoofer. Baiklah, adakah anda masih ingat lokasi subwoofer untuk kereta Sylphy ini? Tidak. Ia bukan berada di bahagian bonet. Bahagian bonetnya tidak tersentuh pun dengan sistem audio ini. Jadi, dimanakah sebenarnya lokasi subwoofer?

Tidak dapat dinafikan, Sylphy ini merupakan salah satu sistem audio yang sangat kemas sehingga sukar untuk menjangka di manakah kedudukan subwoofer. Ditambah pula dengan tiada langsung kehadiran gugusan wayar berselirat. Hanya pemasang pakar seperti QQQ Audio World mampu menghasilkan keajaiban sebegini. Bahagian kick panel di bawah kompartmen penumpang adalah lokasi subwoofer Hertz ES200.

Ruang terhad seperti Sylphy membuatkan QQQ Audio World perlu berfikir di luar kotak. Berusaha memberikan impak audio terbaik tanpa mencederakan keadaan asal sesebuah kereta. Selain dari itu, apa yang paling penting adalah pemacu yang menguasakan keseluruhan speaker untuk sistem 3-way ini. Di sinilah khidmat seunit amplifier Audison digunakan.

Walaupun seunit tetapi ia sudah cukup membekalkan kuasa dan memacu kesemua speaker. Ini kerana unit amplifier yang digunakan pula bukan calang-calang, sebaliknya amplifier 5 channel Audison LRX5.1K. Mengikut jejak langkah subwoofer tadi, amplifier ini turut diletakkan di lokasi tersembunyi. Di bawah tempat duduk penumpang. Pemasangan yang sangat kemas dan teliti membuatkan tiada sesiapa pun perasan.

Sesuatu yang boleh dibanggakan, walau tampil sederhana tanpa sebarang eksterior ataupun interior ekstrem, mempertaruhkan sistem 2-way atau 3-way, ia sentiasa menang bergaya di mana-mana pertandingan. Sekaligus melayakkan gelaran Raja yang diberikan. Selagi ada kereta ini di tapak pertandingan, tidak berpeluanglah kereta lain merasa kemenangan. Hmm, siapa mampu pujuk agar pemiliknya berehat sebentar dan beri laluan kepada kereta-kereta lain? Hahaha…mustahil!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah KarHifi edisi 38

Previous Post

A Winning Dual-System

Next Post

TEROWONG MENORA DAPAT 4 KAMERA AWAS. KURANG RISIKO KEMALANGAN

Next Post

TEROWONG MENORA DAPAT 4 KAMERA AWAS. KURANG RISIKO KEMALANGAN

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved