Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Rancangan Yang Sempurna Dan Usaha Yang Gigih, Pasti Ada Ganjaran

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-13
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kesan ekonomi dari penurunan harga bahanapi dan impak domino industri minyak dan gas boleh dirasai dengan ketara pada hari ini. Paling jelas, kenaikan harga barang keperluan yang tak tahu bila akan berhenti. Jika anda jenis yang dah berkeluarga menanggung anak-anak sekolah lagilah boleh rasa dengan segala keperluan perlu disediakan tak kira apa juga situasinya.

Senario ini juga memberi impak terhadap industri audio. Sejak beberapa tahun yang lepas, pameran dan pertandingan audio semakin suram. Pengikut atau pempamer hanya terdiri dari mereka yang tegar atau bergantung terus pada keberterusan hidup dalam perniagaan sama ada secara langsung atau tidak.

Kadang-kadang saya pun tak faham dengan pembangunan dari industri ni, pusat beli belah tumbuh setiap hari tapi kedai yang dibuka macam nak tak nak hidup je kan? Yang tambah pelik lagi, walaupun dengan mall yang sepi begini, developer yang sama masih naikkan lagi bangunan di sebelahnya, ada apartment, lot pejabat dan juga pusat beli belah lagi!

Di sini kami bertemu dengan spesis modifikasi Accord hitam. Dari luar nampak biasa sahaja, tak ada apa yang menariknya. Kesempurnaannya terletak pada sistem audio yang ditingkatkan untuk kategori SQ. Kereta ini dibina oleh pusat aksesori Frings Audio yang terletak di 23 Jalan Jenaris 1, Taman Desa Seri Jenaris, 43000 Kajang Selangor. Bukanlah nama baru dalam industri cuma projek audio pelanggan mereka tidak semeriah dahulu katanya.

Projek Accord ini bermula dengan pemain utama Alpine dari model Alpine CDA-137EBT. Bagi kebanyakan Alpine dan sekutunya, pemproses Alpine PXA-H800 adalah ‘senjata’ paling berkesan sebagai alat pemproses sekunder yang sangat tepat. Ia mudah ditala dan pemilihan speaker adalah satu bonus.

Unit bentangan speaker hadapan kabin kereta ini terdiri daripada set mid bass dan tweeter dari Audible Physics Ram 2.6A. Mid bass Audible Physics 6.5” dipasang dengan penebat khusus, perumah buatan khas dengan kelongsong yang memegang erat posisi keliling speaker. Ia kemudiannya dipasang pada lokasi asal tempat di mana speaker asal Accord ini berada.

Jaluran pendawaian berkualiti dipilih bagi penyambungan pada unit amplifier 4 channel Mercury MCR-4200. Amplifier yang sama juga berkongsi kuasa pada 2 unit tweeter Mercury yang dipasang pada pillar A di kiri dan kanan. Perumah pillar ini juga dibuat dengan kerjatangan halus untuk memberi tebatan bunyi dan tujah hala bunyi yang tepat.

Konsep SQ tidak akan lari dengan penyudah seunit woofer untuk menyokong clarity bunyi yang dihasilkan di dalam kabin. Cabarannya ialah memastikan bunyi ini dapat bersatu dengan harmoni bersama frekuensi tinggi yang dihasilkan. Accord ini dipasangkan dengan woofer 12” Woofer Flux Nex12.2 dengan dibekalkan kuasa oleh amplifier monoblock Mercury MCR800.1.

Dalam pertandingan bukan hanya kombinasi dinamik bunyi dan talaan ini sahaja yang mencatat markah. Kemasan dan hiasan juga mendorong juri memberi mata tambahan. Justeru kebanyakan SQ yang anda jumpa akan membuat kemasan penuh di bahagian but. Dengan usia dan konsep asal Accord ini juga tidak sukar untuk menambah kesempurnaannya menerusi set kekotak dan kain velvet hitam. Woofer dipasang di bahagian sisi dalam kekotak kayu buatan khas mengikut kontor but. Amplifier di bahagian dinding but dan unit H800 disimpan dalam kotak berbalut lapisan perspex di bahagian sisi.

Biar apa juga keadaannya, saya percaya konsep audio SQ begini akan bertahan dalam industri. Audio ibarat hobi, dan bagi sesetengah orang mereka sanggup menahan lapar dahaga demi hobi. Tanya saja kaki pancing misalnya?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 78

Previous Post

Model Plug-in Hybrid Pertama Dalam Versi Spider

Next Post

Kia Carnival Hi Limousine Dilancarkan Di Korea Dengan Kabin Mewah Dan Bumbung Lebih Tinggi

Next Post

Kia Carnival Hi Limousine Dilancarkan Di Korea Dengan Kabin Mewah Dan Bumbung Lebih Tinggi

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved