Hampir 80 buah kereta dan lebih 100 penyertaan, penganjuran pusingan kedua atau Heat 2 Of EMMA Singapore Championship 2022 mencatatkan kejayaan tersendiri. Diadakan pada 4 September lalu, pelbagai ragam dan juga sistem audio yang dipasangkan pada kereta para peserta. Menawan hati dan semestinya, menambat halwa telinga!


Selain dihidangkan dengan pelbagai ragam sistem audio, tarikan utama pertandingan EMMA Singapore ini pastinya tropi yang ditempa mengikut setiap pertandingan. Bagi memastikan setiap penganjuran EMMA ini berlangsung dengan lancar, bukan sahaja penganjur dan juga para penaja tempatan, malah semua peserta berusaha memberikan yang terbaik.


Sebanyak 80% kereta yang dipertandingkan merupakan dari kategori Sound Quality dan selebihnya, berentap dalam ESQL dan juga kategori khas yang dikenali sebagai Party Van. Penganjuran kali ini juga menyaksikan dua kereta EV; Tesla dan BYD mengambil bahagian buat julung kalinya. Pemasangan yang hebat diserikan dengan sound quality yang cemerlang ini telah diadili oleh para juri dari Indonesia, Filipina dan juga Vietnam.

































