
Sejak kebelakangan ini, susah benar nak jumpa kereta dengan sistem audio yang betul-betul padu dan boleh buat kepala angguk-angguk sama dengan irama muzik dialunkan. Namun begitu, krew Kar HiFi bersama Bro Erman sangat bertuah kerana berpeluang bertemu seorang pemilik kereta Honda CRZ dengan sebuah sistem audio yang bukan biasa-biasa. Sudut luarannya sahaja nampak biasa tapi sistem audionya… mantap!
Menurut Kevin, sistem audio yang dipasangkan ke atas keretanya ini bukan bertujuan untuk memasuki mana-mana pertandingan sebaliknya mengikut pilihan dan memenuhi citarasa pemiliknya. Jadi, penampilan yang kelihatan biasa dari luarnya memang bersesuaian dengan tujuan kereta ini yang dijadikan sebagai kereta kegunaan harian.
Bermula dengan head unit, paling canggih di pasaran, 4 x 64. Lazimnya, head unit yang banyak berada di pasaran adalah 1 + 16 atau 2+32. Kedua-dua ini tiada tandingan dengan head unit 4 x 6 yang dikatakan paling canggih dan paling laju yang turut didatangkan dengan DSP binaan-dalam. Bagi ciri keselamatan pula, Kevin memilih Mohawk AHD Camera dengan kualiti gambar 1080p, lebih jelas dan terang.
Bagi bahagian audio pula, Kevin menggunakan speaker komponen Mohawk M5. Memandangkan Kevin mempunyai citarasa yang unik dan tersendiri, beliau hanya memerlukan mid bass. Kenapa hanya mid bass? Kevin gemar muzik yang memberikan lebih fokus kepada suara penyanyi dan disebabkan itu beliau memilih Mohawk full range MS2SQ kerana ia dapat memberikan apa yang beliau mahukan, suara penyanyi kedengaran jelas. Kalau dilihat pada belakang speaker ini tiada bass. Walaupun bersaiz 1.5-inci sahaja. Walaupun kelihatan jauh lebih kecil, namun ia dapat memberikan fokus terhadap suara penyanyi.
Sepertimana komponen speaker lain, set ini juga dilengkapi crossover tetapi Kevin memilih untuk tidak memakainya dan ini menyukarkan kerja-kerja penalaan. Justeru, beliau memilih DSP yang mampu mendapatkan talaan bunyi yang tepat. Bagi tujuan itu, Kevin menggunakan DSP Lenovo. Beliau memilih DSP dari Lenovo ini kerana berkualiti tinggi dengan teknologi canggih. Diikuti penampilannya yang kemas dan cantik. Bergerak ke bahagian belakang, Kevin telah menggunakan woofer Comp RT berukuran 10-inci dari Kicker.
Pemilihan woofer ini bersesuaian dengan keretanya yang kecil. Walaupun saiznya kecil tetapi bass yang dihasilkan benar-benar mantap. Bagi menguasakan woofer ini dengan amplifier 1200 watt dari Kicker yang juga bersaiz kecil. Seterusnya, bagi memastikan semuanya dapat menghasilkan bunyi yang luar biasa dengan kuasa yang dibekalkan, Kevin menggunakan kabel yang juga dari Mohawk kerana ada plug and play. Semua soket adalah plug and play yang tidak memerlukan kerja-kerja pemotongan wayar. Sekiranya anda menggunakan kereta baharu, soket plug and play dari Mohawk banyak membantu dan tidak perlu takut risiko pembatalan waranti.
Semua produk audio yang digunakan untuk menjayakan sistem audio pada kereta Honda CRZ ini sudah cukup mantap tetapi ada perkara paling penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Pemasangan damping (peredam bunyi). Paduan bunyi yang terhasil akan menghentam besi pada panel pintu menjadikan ia kurang enak didengar di telinga. Bak kata bro Erman, bunyi macam tin kosong. Bagi mengelakkan bunyi tin kosong ini terjadi, pemasangan sound proof adalah penting.
Apa yang lebih menyeronokkan, bro Erman telah menguji sistem audio yang dipasangkan pada kereta Honda CRZ ini bagi mendengar sendiri hasilnya. Anda turut boleh sama-sama mendengar hasilnya yang betul-betul mantap. Bak kata bro Erman, “walaupun dalamannya biasa-biasa tapi bunyi memang padu, luar biasa. Memang high end punya bunyi.”

Bagi makluman, kereta Honda CRZ ini telah menerima sentuhan master sifu industri audio di Malaysia yang juga pemilik Jazz Tech Audio Accessories & Tint Shop iaitu saudara Nick Cheong. Beliau berpengalaman lebih sepuluh tahun dan memang pakar dalam ESQL (EMMA Sound Quality League), berpengetahuan luas dalam bidang audio dan berkemahiran tinggi dalam pemasangan audio.

Jika berminat untuk memasang sistem audio dengan setup yang sama seperti kereta Honda CRZ milik Kevin, boleh kunjungi;
Jazz Tech Audio Accessories & Tint Shop
No 13-G
Jalan Temenggung 21/9
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras
43200 Cheras, Selangor
Nick Cheong 016-959 0160
atau
Sekiranya anda mahukan produk-produk keluaran NTC Audio, boleh hubungi;
New Technics Car Audio Sdn. Bhd.
Lot 2-40, Jalan SU 7,
Lion Industrial Park, Phase 2,
Persiaran Tengku Ampuan, Section 22,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 5192 0911 / 013-455 4444
Emel : info@ntcaudio.com
Website:
https://www.ntcaudio.com/
Facebook :
https://www.facebook.com/MohawkCarAudio/
Facebook :
https://www.facebook.com/KickerMalaysia/
Facebook :
https://www.facebook.com/NewTechnicsCarAudio/
Lazada :
Shopee :
https://shopee.com.my/shop/64458542/
Tik Tok :

























