Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Projek Audio Dan Modifikasi Kereta Yang Cukup Serius

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-22
in SHOW OFF, UTAMA
0


Kadang-kala, projek pembinaan sistem audio untuk pertandingan bukan saja menitik-beratkan soal kualiti bunyi semata-mata, tetapi kebelakangan ini, soal estetika pun dah jadi perkara penting. Kadang-kala, 1/3 daripada kos membina sistem audio kereta diketepikan untuk membina perumah custom yang bukan saja berfungsi, tetapi jugak memberi impak yang cukup hebat dari segi visual.

Salah seorang ahli kelab Aramaitii telah menukar Perodua Myvinya daripada kereta untuk dibawa ke pasar kepada sebuah disko bergerak. Hebatnya sistem audio Perodua ini ialah teknik pembikinan perumah-perumah untuk kesemua aksesori audio dan videonya yang memberi ilusi seolah-olah pemandu dan penumpang sedang duduk di dalam kapsul roket.

Ayuh lihat apa aksesori audio yang digunakan. Untuk unit utama, pemilik Myvi ini menggunakan pemain Pioneer. Pemain yang mampu memain semula pelbagai jenis format audio ini menjadi teras kepada keseluruhan sistem audio yang bakal diisi ke dalam Myvi ini.

Dari situ, isyarat bunyi disalurkan kepada dua unit amplifier 4 saluran RDS RA454 yang bakal digunakan untuk memberi kuasa kepada barisan speaker. Anda tidak perlu menjadi pakar di dalam bidang audio untuk mengagak yang kereta ini bakal mempunyai banyak speaker berdasarkan pada jumlah amplifier yang digunakan. Dengan 8 saluran yang boleh digunakan, Myvi ini menggunakan 12 unit speaker mid bass RDS R Series 6PA yang masing-masing berdiameter 6”.

Speaker-speaker mid bass tadi dibahagi-bahagikan ke bahagian depan, tempat duduk belakang dan di dalam but belakang bagi menghasilkan bunyi yang boleh didengar dengan jelas di dalam kereta dan di luar kereta. Empat unit speaker mid bass dah dipasang pada pintu depan dan empat lagi di pintu belakang, kesemuanya diletak di dalam perumah custom yang juga menempatkan dua unit horn tweeter RDS RA80N dan dua unit monitor TFT 4”.

Baki empat lagi mid bass diletak pada pintu belakang, juga dalam perumah custom yang hampir sama rekaannya dengan pintu depan, dengan dua unit horn tweeter dan empat unit monitor TFT 4”. Empat mid bass terakhir ini diletakkan pulak di bahagian deck lid dan di dalam but belakang Myvi ini, yang kini mempunyai perumah custom yang memenuhi setiap inci ruang letak barang di belakang. Empat unit horn tweeter juga diletakkan di kawasan ini bagi mengimbangi penghasilan bunyi frekuensi tinggi dan sederhana.

Perumah custom di ruang but belakang juga telah digunakan untuk menempatkan dua unit woofer RDS R Series 12SD yang masing-masing berdiameter 12”. Kuasa ledakan bunyi bass yang dihasilkan sang kembar ini dikuasakan oleh seunit amplifier jenis monoblock Agako AK 6500DL yang cukup berkuasa tinggi. Selain daripada aksesori audio di perumah custom bahagian deck lid dan but, perumah ini turut menempatkan seunit monitor LCD 21” bersama-sama lima unit monitor TFT yang berganding bahu dengan sistem audio di dalam menghasilkan persembahan yang lengkap dengan visual video.

Persembahan visual di dalam Myvi ini tak berakhir di ruang but belakang, tetapi di ruang dalamannya, Myvi ini kelihatan seolah-olah sebuah roket yang bersedia untuk berlepas. Selain monitor TFT yang melekat di pintu-pintu kereta, installer telah membina sebuah menara custom bagi menempatkan 8 unit skrin TFT. Di bahagian depan iaitu di headliner kereta pula terdapat 6 unit monitor disusun seolah-olah skrin untuk kawalan pesawat pejuang, lengkap dengan toggle switch gaya jet pejuang. Di bahagian penumpang depan, seunit TV LCD 21” ditanam di dalam papan pemuka dan skrin ini selain mendapat input video daripada unit utama, ia juga menerima input daripada seunit konsol permainan Xbox 360! Dua unit lagi monitor TFT dipasang di bahagian glove box Myvi dan agak menghairankan, di bahagian bawahnya terdapat seunit pemain CD 1-din (tunggal) dari Pioneer yang disambung juga kepada amplifier utama kereta ini.

Sistem audio Myvi ini ditala untuk Sound Pressure Level atau SPL tetapi dengan persembahan video yang cukup hebat. Pembinaan perumah custom di dalamnya dikatakan cukup hebat dan kreatif di mana setiap aksesori audio dan video dipasang dengan kemas dan sempurna.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 57

Previous Post

Siapa Sangka Waja Ini Milik Seorang Wanita?

Next Post

Setiap Kereta Audio Ada Kisah Tersendiri

Next Post

Setiap Kereta Audio Ada Kisah Tersendiri

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved