Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pioneer’s Fairlady!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Gambar kereta ni dah terperap dalam cakera keras saya hampir setahun. Seingat saya, ia dihantar pada saya penghujung tahun lepas. Kebanyakan ‘batch’ gambar ketika itu dah lama dicetak dengan artikel, namun kereta ini menunggu giliran lama sebab satu masalah – diagram!Sehingga pertemuan kembali krew kami dengan pasukan pembinanya Sound Gateway, barulah kami dapat mereka-bentuk semula sistem binaan dengan lebih jelas. Realitinya, kereta ini adalah kereta demo yang digunakan Pioneer Malaysia untuk demonstrasi produk ICE mereka. Jujur untuk saya cakap, kalau berbicara tentang Pioneer, orang dalam industri biasanya lebih kagum dengan pemain utama mereka yang canggih itu. Tapi bila bercakap tentang aksesori seperti speaker, amplifier dan pemproses, minta maaf. Ramai yang beralih kepada jenama bukan Jepun.

Jenama sebenarnya memainkan peranan penting dalam melahirkan formulasi hebat sistem audio yang berkualiti. Syarikat-syarikat besar secara serius menghasilkan banyak produk bagus menerusi jurutera yang bijak pandai. Ia berkenaan soal wang dan kuasa. Lihat sahaja dulu, siapa yang nak pakai jenama Sony? Tapi semenjak konglomerat tersebut membuat penjenamaan semula dengan memperkenalkan siri Xplod, Sony mula mendapat tempat di hati pencinta ICE.

Tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan kualiti produk bertaraf dunia, Pioneer melabur berbilion ringgit untuk mengembangkan pasarannya. Kalau di Jepun, Pioneer dikenali dengan Carrozzeria dengan produk unik seperti speaker kompak, satelit dan aktif memang cukup popular di sana. Bagaimanapun, rekaan inovatif ini gagal menawan dunia.

Bagaimana pula dengan Fairlady ini? Kereta ini dibina khusus dengan satu tujuan. Menyerlahkan kombinasi pemasangan yang radikal dan fungsi jenama itu sendiri dalam peningkatan sistem audio OEM. Projek khusus Fairlady ini bermula dengan pemain Pioneer AVHP4350DVD. Pemain berukuran 2-din ini dipasangkan dengan kemas menggantikan ukuran asal Fairlady ini, sempurna di posisinya. Pemain ini disambungkan dengan pemproses pelbagai saluran Pioneer DEQP7650. Pemproses ini datang dengan dekoder binaan-dalam seperti (DTS, Dolby Digital, Dolby Pro Logic II dan Linear PCM)

Sebelum dihantar ke rangkaian speaker, isyaratnya diperkuatkan dengan 4 unit amplifier yang berbeza fungsi. 2 unit amplifier 4 channel Pioneer GM6300F digunakan untuk memandu kesemua speaker (kecuali woofer). Ia bermula dengan speaker tengah (centre speaker) Pioneer TSCX900 yang diletakkan di bahagian tengah papan instrumentasi. Pemasangan speaker seperti ini biasanya bertujuan untuk menyokong bunyi keliling yang dihasilkan ketika pemain memainkan DVD.

Bahagian pintu hadapan dikedapkan terlebih dahulu sebelum dipasangkan dengan mid bass Pioneer TSM171PRS. Set ini sebenarnya adalah unit komponen yang dipisahkan iaitu tweeter Pioneer TST031PRS yang dipasangkan di bahagian pillar A. pelarasan pemproses DEQ tadi sangat membantu bilamana pendawaian 4 channel ini dilakukan secara berasingan menghasilkan pembahagian frekuensi yang solid.

Amplifier 4 channel Pioneer GM6300F yang kedua ditugaskan untuk membekalkan kuasa secukupnya kepada speaker satelit Pioneer TS-STX99 di belakang. Speaker jenis ini sebenarnya tidak begitu popular kerana faktor harganya yang mahal dan fungsinya terhad. Trend speaker begini lebih popular di Jepun yang biasanya dipasangkan pada MPV dan juga kereta kompak berbumbung tinggi. Carrozzeria Jepun juga banyak melabur pada produk begini tetapi jualan luar negaranya tidak memberansangkan.

Kereta ini dipasangkan sepenuhnya oleh pihak Sound Gateway yang terletak di Kuchai lama Kuala Lumpur. Di kalangan peminat SQ dan audio premium pasti biasa dengan nama Sound Gateway yang merupakan antara pengedar peralatan eksotik seperti Phoenix Gold dan pemain kelas tinggi. Pemasangan yang dibuat di premis ini juga melibatkan bahagian arkilik yang dipotong teliti di bahagian hud belakang. Arkilik ini melitupi bahagian luar 2 unit woofer 10” Pioneer TSSW1041D. Woofer bersaiz sederhana ini mendapat bekalan kuasa daripada 2 unit amplifier 2 channel Pioneer GM5300T.

Satu-satunya peralatan bukan Pioneer yang dapat dilihat ialah sepasang monitor Necvox yang dipasangkan pada perehat kepala penumpang depan. Kalau mengikut spesifikasi pengeluaran, Pioneer turut membuat monitor TFT jenis ‘stand alone’ cuma ia tidak dipasarkan di luar Jepun. Justeru, installer telah mengambil langkah mudah dengan memasang skrin luaran dari jenama lain.

Keseluruhan binaan kereta ini menaikkan bukan sahaja imej Pioneer tetapi harus dijadikan contoh demo kepada syarikat lain. Apa yang diperlukan ialah kerja kemas dan tema yang bercitarasa. Maksud saya, kalau peralatan audionya boleh mencecah ratusan ribu, apalah sangat kalau beli sebuah kereta sport untuk dijadikan platform, bukan?

Previous Post

Honda Mega Show

Next Post

MALAYSIA SHARKY CX5 CLUB MEGA TT 1.0

Next Post

MALAYSIA SHARKY CX5 CLUB MEGA TT 1.0

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved