Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pertandingan Audio, Meriahkan Ekspo Festival Glowing Tulip

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2023-03-29
in BULETIN, UTAMA
0

Tidak pernah mengecewakan, geng audio sentiasa menceriakan suasana. Begitu juga ceritanya di Taman Jubli Emas di mana berlangsungnya Ekspo Festival Glowing Tulip yang diadakan dari 16 Februari sehingga 12 Mac lalu. Pelbagai aktiviti telah disediakan bagi menghangatkan lagi festival bunga tulip bercahaya ini.

Salah satu program yang berjaya mencuri perhatian bukan sahaja para peminatnya, malah menjadi tarikan para pengunjung yang membanjiri tapak ekspo ini ialah Competition Car Audio System (Pertandingan Sistem Audio Kereta). Dianjurkan oleh Pantai Merdeka Car Community (PMCC), program ini mendapat sambutan luar biasa khususnya dari pencinta dunia audio sendiri.

Sebanyak 42 buah kereta audio telah menyertai pertandingan audio kali ini yang diadakan pada Sabtu bersamaan 11 Mac, dimulakan sekitar pukul 5.00 petang dan melabuhkan tirainya lebih kurang dalam pukul 12.00 malam. Bukan calang-calang kereta yang dihantar untuk menyertai pertandingan audio ini. Kehebatan dan kemampatan bunyi audio, memang memukau bukan sahaja para pengunjung tetapi juga juri yang dilantik untuk menilai setiap kereta yang dipertandingkan.

Kehadiran para peserta yang mempertandingkan kehebatan sistem audio masing-masing ini secara tidak langsung menceriakan lagi suasana ekspo yang sedia ada meriah dengan sinaran bunga-bunga tulip. Sebelum mengakhiri pertandingan pada malam itu, pihak penganjur turut menyediakan acara Cabutan Bertuah dengan hadiah tajaan barisan penaja yang terdiri daripada Espien, Army Audio, PMCC dan Deeza Begedil (Deepau Panc).

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya memikat hati juri sekali gus muncul sebagai pemenang. Tidak kurang juga kepada para peserta lain yang kurang bernasib baik. Boleh cuba lain kali. Ucapan tahniah juga kepada para pemenang cabutan bertuah yang tidak pulang tangan kosong pada malam itu. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur yang berusaha memastikan program pertandingan audio berjalan lancar. Semoga lebih banyak pertandingan audio kereta dianjurkan di masa akan datang!

Previous Post

Next Post

Bukan Crossover Tetapi Grand Tourer

Next Post

Bukan Crossover Tetapi Grand Tourer

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved