Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pengeluaran Terhad, Bakal Tampil Dengan Debu Digital Pixie

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2023-04-07
in BULETIN, UTAMA
0

Sekali imbas, kereta ini kelihatan seperti sebuah Hyundai Ioniq 5 normal yang biasa terutamanya di beberapa bahagian. Jika dilihat dengan lebih dekat, anda dapat menyaksikan sedikit sinaran keajaiban Disney. Disebabkan itu jugalah, kereta ini dinamakan sebagai Hyundai Ioniq 5 Disney100 Platinum Concept.

Walaupun ia sebuah kereta konsep, peminat Hyundai yang berminat untuk memiliknya masih boleh membelinya. Adakah semua ciri-ciri istimewa yang ada pada kereta konsep ini dikekalkan itu masih belum pasti. Namun, Hyundai menjanjikan untuk berkongsi maklumat mengenainya kemudian.

Bercakap tentang ciri-ciri istimewa, ia bermula dengan rim dengan gaya yang diinspirasikan dari Disney. Secara tidak langsung, ia menunjukkan lebih banyak pilihan dari apa yang dihidangkan dari sebuah kereta konsep ini. Bahagian eksterior telah disaluti warna Gravity Gold dan ‘jenama’ Disney100 dapat dilihat dengan jelas. Badge atau lencana ini juga boleh ditemui di bahagian dalam sama ada di head rest dan juga konsol tengah.

Tunggu, keajaiban masih belum berhenti setakat itu. Kereta Disney100 Platinum Concept turut dilengkapi dengan skrin lampu yang mencetuskan animasi berkerlipan sekitar headlight dan juga tail light. Lebih istimewa lagi, lagu ikonik Disney akan berkumandang setiap kali anda menghidupkan enjin EV ini. Bukan itu sahaja, permulaan animasi pada skrin interior ini juga dihiasi dengan logo Disney100 dan dedebu pixie animasi.

Jika anda lihat di bahagian atas, akan ada lebih banyak dedebu pixie di atas moonroof. Sekiranya ada mahukan ‘pertunjukan’ lampu interior, akan ada macam-macam warna yang dimainkan.

Bagi makluman, ini merupakan pertama kali Disney membuka pintunya kepada para pereka studio dan memberikan akses kepada karakter ikonik untuk sebuah kolaborasi artistik dengan pengeluar kereta. Ioniq 5 merupakan flagship kenderaan elektrik penuh dan amat berbangga untuk berkongsi versi edisi terhad yang pastinya memberikan pengalaman tidak mampu dilupakan oleh para peminat Disney.

Hyundai bakal mempamerkan Ioniq 5 Disney 100 Platinum Concept di New York International Auto Show bermula dari April 7!

Sumber : Motor1, Carscoops

Previous Post

Bercuti Ke Pergunungan Bersama Ford Ranger

Next Post

Catat Jumlah Pengeluaran Dan Jualan Melebihi 30,000 Kenderaan Pada Mac

Next Post

Catat Jumlah Pengeluaran Dan Jualan Melebihi 30,000 Kenderaan Pada Mac

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved