Bertempat di Mydin Mall Bandar Jasin Bestari telah menyaksikan himpunan sebanyak 85 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Aruz dari seluruh Malaysia. Penganjuran kali kedua Gathering Aruz Extreme Autosow 2023 ini melibatkan sebanyak 11 buah kelab.
Antara kelab yang turut menyertai program ini termasuk Kelab Aruz Kuala Lumpur, Kelab Aruzian Selangor, Kelab Aruzr, Kelab Aruz Ladies, Kelab Aruz Utara dan Komuniti Aruz Utara. Tidak ketinggalan juga, Komuniti Aruz Pahang (KUAP), Komuniti Aruz Terengganu (KUAT), Komuniti Aruz Kelantan (KUAK), Komuniti Aruz Granite Gray dan Kelab Aruz Melaka sebagai tuan rumah.
Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan dalam pertandingan Autoshow yang disediakan iaitu Best Aruz Modified, Best Sportrim Best Aruz Ladies dan Best Aruz Standard. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil Pengurusan Mydin Mall Bandar Jasin Bestari dan pengurusan STV Thunder penaja utama program ini Miss Lee BG turut hadir memberi sokongan kepada setiap peserta yang bertanding.
Bagi makluman, program yang diseliakan Abang Putra ini turut dimeriahkan lagi dengan celoteh pengacara program iaitu Puan Fiza Adam dari Kelab Aruz Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini. Tidak lupa juga kepada para peserta, anda semua memang terbaik!