Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia membawakan program Ford Ranger Getaways ke Pulau Pinang pada 18 Jun 2022. Program ini bakal memberikan pengalaman istimewa kepada pemilik Ford Ranger kerana menggabungkan kembara jalan lasak (off-road) dan juga makanan kegemaran rakyat Malaysia, durian.
Program ini diadakan selepas program Pengalaman Latihan Ranger/Raptor yang berlangsung dengan jayanya di Sepang, di mana para pemilik dapat merasai keupayaan sebenar trak pikap berprestasi milik mereka. Ford Ranger Getaways merupakan sebuah platform digital yang diwujudkan untuk menawarkan para pelanggan dengan pengalaman unik ‘Live the Ranger Life’ melalui pelbagai pilihan pengembaraan yang menarik.
“Ini merupakan segmen pertama di Malaysia di mana para pengguna dapat membuat tempahan melalui platform digital, untuk memberi para pelanggan, rakan dan keluarga peluang berkumpul dan mewujudkan kemesraan bersama individu yang mempunyai minat yang sama. Secara tidak langsung, ia dapat menyokong aktiviti pelancongan tempatan yang terkesan akibat pandemik yang melanda,” kata Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford.
Bermula Dengan ‘Off-Road’ Ke Bufet Durian
Perjalanan jalan lasak dua dalam satu ini dijadualkan bermula pada 18 Jun di Ford Juru, Pulau Pinang, di mana para peserta akan berkumpul bersama pemilik Ranger yang lain beserta teman mereka yang mempunyai minat pengembaraan yang sama.
Para peserta bakal menghala ke Jeti Batu Musang dan berpeluang menguji keupayaan Ranger milik mereka melalui pelbagai jenis laluan atas jalan dan luar jalan, dengan bimbingan para pelatih profesional. Laluan yang bakal ditempuhi termasuk mengharungi air, pemanduan trek hutan, mendaki batu dan banyak lagi.
Setelah menempuhi cabaran 4×4, para peserta akan kembali ke Balik Pulau, destinasi terkenal durian, bertempat di Green Acres Orchard, yang ditempah khas buat pengembaraan ini. Disamping lawatan sekitar kebun tersebut, para peserta dapat berehat dan menikmati bufet durian tanpa had termasuk menikmati makan tengahari yang menyelerakan.
Pengembaraan ini menawarkan pakej berharga RM976 untuk setiap kenderaan dengan cadangan maksimum seramai 4 orang. Tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman web SDAC-Ford di platform Ford Ranger Getaways.
Pengalaman Di Luar Jangkaan
Berdasarkan maklum balas yang diberikan para peserta Latihan Ranger/Raptor di Sepang, mereka telah melalui pengalaman melebihi jangkaan terutamanya dari segi membiasakan diri akan keupayaan kenderaan masing-masing. Walaupun program berlangsung di Sepang, sebahagian para pengguna setia luar kawasan sanggup datang sejauh Ipoh, Kuantan dan Johor Bahru untuk mengambil bahagian dalam latihan.
Direka untuk menawarkan platform interaktif dan berharga kepada pemilik Ranger dan Ranger Raptor untuk merealisasikan keupayaan sepenuhnya gaya hidup dan prestasi pikap mereka bersama individu yang mempunyai minat yang sama, sesi intensif sehari bersama pelatih profesional menawarkan pengalaman latihan lain daripada yang lain. Antara modul yang ditawarkan termasuk senario pemanduan luar jalan dan jalan raya di Litar Antarabangsa Sepang dan sekitar daerah Sepang.
Lebih Banyak Ford Ranger Getaways Untuk Disertai
Terbuka kepada semua pemilik Ranger dan Ranger Raptor, Ford Ranger Getaways merangkumi semua kategori bagi menyediakan peluang kepada semua rakyat Malaysia yang berkeinginan untuk mengembara dalam negara, sama ada bersendirian, bersama rakan atau ahli keluarga atau sekadar ingin berjumpa individu yang berkongsi minta yang sama.
Selain daripada pengembaraan yang melibatkan aktiviti luar jalan dan aktiviti pelancongan secara berjadual tetap, terdapat juga aktiviti yang boleh dibuat mengikut kesuaian waktu dan kemudahan pemilik. Mereka hanya perlu membuat tempahan dan hadir bersama Ranger dan teman mereka.
Para pecinta alam boleh menyertai pemanduan santai ke Desaru, Johor untuk mengalami pengembaraan bertemu haiwan ternakan atau penerokaan hutan hujan pra-sejarah di Bukit Bendara, Pulau Pinang.
Kepada mereka yang berkeinginan untuk memandu kapal terbang boleh menyertai Simulator Penerbangan Kokpit Lengkap Airbus A320 dan mengembara di langit virtual di Kuala Lumpur. Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih mencabar, mereka berpeluang untuk menjadi juruterbang sehari dan melihat pemandangan luas Kuala Lumpur dengan mengemudi kapal terbang setinggi 1,500 kaki di bawah pengawasan juruterbang terlatih.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ekspedisi yang mencabar dan menarik dan jika ingin membuat tempahan bagi Ford Ranger Getaways, boleh layari sini https://shop.sdacford.com.my/getaways.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang SDAC dan Ford, sila ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube Ford Malaysia atau layari www.sdacford.com.my.