Kar Hifi
Parasol
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Penampilan Tak Sempurna Tak Apa, Yang Penting Hati Suka

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Melaka adalah negeri ketiga terkecil di Semenanjung Malaysia selepas Perlis dan Pulau Pinang. Walaupun kecil, ekonominya bagus kerana dijana oleh sektor pelancongan yang merupakan pendapatan utama selain sektor pembuatan. Bercakap tentang Melaka, ia adalah destinasi popular bagi warga Singapura bercuti di sini. Kalau hujung minggu dan kelepasan am, kereta dengan nombor pendaftaran KL dan Singapura lagi banyak dari kereta bernombor M. Terima kasih kepada peninggalan sejarah dan antara tempat penting yang diiktiraf UNESCO World Herritage Site.

Melaka terkenal dengan lagenda Hang Tuah dan juga 1511 Portugis. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu tentang sejarah Melaka kerana ia sebahagian daripada kurikulum wajib sejarah. Kasihan kami orang Negeri Sembilan, patutlah bos saya tahu perkataan “ekau” dan “den” sahaja. Saya lagi tak tahu berbahasa daerah, kalau bos bukan orang Melayu tak mengapalah, kan? Tapi saya tak reti nak mengajuk langsung, bunyi macam orang Jawa cakap Kelantan.

Walaupun bahasa Melaka ni terkenal dengan agak kasar pada pandangan orang luar, percampuran budaya menjadikan ia hampir sama sahaja dengan orang KL. Budaya yang boleh dikongsi juga ialah kegilaan orang Melaka membina sistem audio untuk dilagakan sesama kelab dalam pertandingan yang sering diadakan. Samada sekadar aktiviti lepak audio di Tanjung Bidara dan Tengkera, mahupun memekak di tengah-tengah bandar. Aktivitinya tidak jauh berbeza dengan kaki audio di bandar besar yang lain.

Sekarang mari kita bercerita tentang Perodua Kembara hasil kerja tangan pihak SS Auto Accessories. Terpaksa saya berterus terang bahawa saya tak tahu dari sudut mana nak mula. Kembara bukanlah kereta yang saya suka. Kecuali di sebelah tempat penggambaran ni ada sebuah gerai menjual cendol. Yang itu saya suka. Masalahnya ini sebahagian dari kerja, bukan? Jadi saya terpaksa juga memahami laluan diagram yang dilakar dengan tulisan tangan. Sebenarnya lebih kelihatan seperti tulisan hiroglif Mesir, susah nak dibaca.

Sistem ini bermula dengan pemain utama Pioneer FH-P6050UB. Saya rasa budak lepas PMR pun tahu kereta ini berkonsep SPL dengan melihat kepada susunan woofer di belakangnya. Bila ia adalah SPL, kepentingan talaan nisbah frekuensi amat penting sebelum kuasa boleh diagihkan kepada speaker. Justeru sebuah crossover Stellar SD2.3X dipasangkan terlebih dahulu sebagai permulaan.

Dari sini, isyarat dibahagikan kepada enam laluan. Prinsip asas SPL sudah pastilah bass yang kuat justeru dari asasnya, 3 laluan pertama sistem Kembara ini adalah kepada amplifier monoblok RDS Blue Devils BD-200D. Ia adalah unit amplifier kelas D dengan kemampuan mengekstrak kuasa 2000watt PMPO kepada woofer. Kuasa ini kemudiannya dibahagikan kepada enam buah woofer (dua setiap satu) bersaiz 12 inci jenama The Punch 124D. Bunyinya jangan tanyalah, rasanya susunan piala itu cukup menunjukkan kemampuan kereta ini.

Walaupun kereta ini banyak memenangi pertandingan audio SPL yang diadakan di sekitar Melaka dan Johor, sistem keseluruhannya tidaklah sukar difahami seterusnya dibina. Selain memiliki dentuman bass yang padu, paduan suara mid range tidak diabaikan. Dalam kelas penilaian desibel SPL, gandingan bunyi mid range adalah sesuatu yang wajib. Awas, kerana penyertaan sesebuah kereta boleh dibatalkan (disqualified) jika bunyi SPL yang diuji tidak bersepadu dengan muzik keseluruhan. Ujian dB adalah tentang kesepaduan muzik dan bukan bunyi dentuman bass semata-mata.

Kembara ini terdiri daripada lapan unit mid range 6 ½ inci The Punch TPA-65 yang dipasangkan di sisi luar kotak woofer tadi. Pemasangannya kemas dengan perumah khas dibalut PVC cerah. Speaker ini dibekalkan kuasa oleh dua unit amplifier 4 channel Agako 4080 dengan pendawaian satu saluran bagi satu speaker, bermakna kurang distortion dan power lag yang minimum.

Namun ada seperkara yang menarik perhatian saya berkenaan konfigurasi keseluruhan sistem ini. Penempatan enam unit tweeter yang dijana amplifier Agako 4060 ini agak luar biasa kerana ia berada pada kedudukan yang terlindung di sebalik 2 frekuensi rendah dan sederhana. Dalam pemahaman mudah, ia ibarat menyuruh Noraniza Idris menjerit tanpa mikrofon di sebelah pembesar suara Zouk. Mungkin pihak SS Auto Accesories ada helah tersendiri yang membolehkan ia berfungsi dengan baik. Ingatan saya terhadap bunyi kereta ini sebenarnya tidak berapa jelas kerana kami agak terburu-buru sewaktu sesi penggambaran, maklumlah musim hujan.

Sistem Kembara ini bukan sahaja dibina dengan platform mudah, tetapi mengendalikannya juga amat senang. Pemain Pioneer dan penala crossover Stellar SD2.3X tidak dipasang di bahagian konsol tengah, sebaliknya satu bahagian perumah khas dibina di bahagian kerusi belakang. Ia menghadap keluar pintu dan membolehkan operator menyesuaikan talaan mengikut keadaan. Walaupun ini adalah teknik biasa yang boleh dilihat dalam pertandingan, tetapi pihak SS Auto Accesories mahukan ia lebih menarik dengan menghiaskannya dengan papan arkilik dan juga lampu LED serba hijau di kelilingnya. Satu usaha kecil yang besar fungsinya.

Keadaan kosmetik Kembara ini mungkin tidak sempurna, tetapi saya percaya, sebuah sistem audio yang bagus tidak akan bergantung pada sebuah badan kereta dalam klasifikasi autoshow. Lagipun ia sebuah 4X4 yang memang kelihatan bersahaja dengan kosmetik begini. Mungkin itu alasan paling konkrit yang boleh saya beri.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 18

Previous Post

Yang Kecik Tak Semestinya Comel, Ganas Si Kecik Ni Luar Biasa

Next Post

Usia Berdekad Tanpa Sebarang Cela

Next Post

Usia Berdekad Tanpa Sebarang Cela

KATEGORI

  • UTAMA
  • SHOW OFF
  • BULETIN
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI

POPULAR

  • Nilai Bidaan Tertinggi RM202,670 Bagi Plat RAJ 1
  • Suanphak Car Club Luaskan Jaringan Persahabatan
  • Brotherly Love
  • Kenapa Kebanyakan Kereta Warna Hitam Atau Dan Putih?
  • MDNtoish
  • Bukan Semata-Mata Kerana Minat
  • Ini Eminent Sound Master Bukan Eminem Rap God!
  • Brother's, The Largest Auto Accessories Outlet

CAPAIAN

  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved