Varian terbaharu Hyundai Tucson untuk tahun 2022 yang lebih berani dan lasak telah pun diperkenalkan di Amerika Syarikat. Dikenali sebagai XRT, ia tampil dengan rekaan yang lebih lasak berbanding model standard. Kesemua model Tucson XRT adalah berdasarkan trim SEL sedia ada dengan pakej Convenience tetapi dilengkapi pengubahan visual. Antara yang menarik perhatian, fascia depan dan belakang dengan perincian lasak berserta kemasan black matte.
Hyundai turut melengkapi Tucson XRT ini dengan wheel arch cladding baharu dan cladding tambahan pada bahagian panel rocker. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sepasang cermin sisi warna hitam monotone dan rim aloi 19-inci dengan muatan off-roader. Menambahkan lagi sisi agresif SUV ialah cermin sisi hitam, lampu, pemijak sisi, sarung kusyen di bahagian interior berwarna hitam dan macam-macam lagi.
Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, XRT ini berdasarkan Tucson SEL dengan pakej Convenience ini termasuk beberapa ciri seperti hands-free smart liftgate, 10.25-inch, Hyundai Digital Key, pad pengecas tanpa wayar, lampu interior ambien, cermin pandang belakang auto-malap, stereng dan tombol yang dibalut dengan kulit, kawalan suhu dwi-automotik dan panel pintu. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh dilaraskan, kerusi yang dengan fungsi pemanasan, radio satelit SiriusXM dan pakej BlueLink Connected Care.
Boleh didapati dengan SUV standard, enjin 4-silinder inline 2.5-liter dengan 187 hp pada 6,100 rpm dan totk 178 lb-ft (241 Nm) pada 4,000 rpm. Ditawarkan dengan serta tanpa HTRAC AWD.
Sumber : Carscoops