Secara jujurnya, tiada orang beli kereta baharu dengan memasang niat untuk mendapatkan sistem audio yang terbaik. Sekurang-kurangnya, belum lagi pernah jumpa mana-mana pembeli kereta yang datang ke bilik pameran kereta dengan bertanyakan sistem audio mana lebih bagus.
Sebaliknya setiap kali kereta baharu diserahkan kepada pembeli, perkara pertama yang mahu diubah dan dimodifikasi adalah sistem audio bagi menggantikan stok dari kilang atau set audio subsidi kilang yang sering digunakan kebanyakan orang dewasa ini terutama sekali sifu dan otai dunia audio dalam kereta.
Disebabkan terlalu banyak lambakan jenama audio yang ada di pasaran membuatkan golongan yang baru nak berjinak-jinak ini sering terperangkap di antara pengaruh jenama dan kualiti sebenar produk keluaran jenama terbabit. Berikut antara jenama yang dipercayai dan paling laris di pasaran seperti disenaraikan oleh Magnetic Magazine.

Pioneer
Ini bukan anggapan setahun dua tetapi ramai penggemar dan pengikut audio bersetuju yang Pioneer mengungguli senarai dalam memberikan sistem audio dengan kualiti terbaik dalam kereta. Dengan pemain utama keluaran Pioneer, anda boleh menikmati muzik berentak techno, rock kolej, folk punk dan juga indie rock ketika memandu. Jika dibuat perbandingan dengan sistem audio lain, terlalu banyak ciri-ciri tambahan yang diselitkan Pioneer di setiap pemain utamanya.
Tambahan pula, Pioneer menawarkan pilihan yang lebih luas dan merangkumi produk mengikut jenama kereta seperti Honda, Ford, Chevrolet, Toyota dan Jeep juga turut menggunakan jenama ini. Setakat hari ini, tiada lagi komen negatif yang melampau terhadap sistem audio Pioneer.

JBL
Bercakap tentang kemampuan memiliki sistem audio berkualiti tinggi, speaker keluaran JBL adalah salah satu pilihan yang ada. Malah, syarikat ini dikatakan bakal meluaskan lagi perkhidmatannya khususnya untuk ‘fine-tune’ yang memberikan beberapa penyelesaian yang kompak. Selain itu, produk keluaran JBL sangat sesuai untuk kenderaan bersaiz kecil.
Bukan itu sahaja, JBL turut menyediakan beberapa barisan speaker untuk kenderaan lain. Terdapat beberapa kelengkapan audio yang ditawarkan JBL. Antara produk yang dikeluarkan JBL termasuk amplifier, pemproses, speaker dan subwoofer. Jika anda mahukan speaker mid range yang mampu memberikan kualiti seperti yang dicari, anda boleh harapkan JBL.

Kenwood
Sebagaimana dinyatakan Magnetic Magazine, Kenwood sering dipanggil sebagai jenama yang dibangunkan mengikut standard sistem audio di Amerika Syarikat. Setiap tahun, pasti ada produk baharu yang dikeluarkan di pasaran oleh Kenwood. Kenwood mengungguli pasaran dengan kemampuan teknologi potent dengan sistem bunyi dan komponen yang berasingan. Fleksibiliti yang ditawarkan memberi kelebihan kepada syarikat dalam mencari pelbagai lapisan pelanggan dan pengguna kereta yang mencari sistem bunyi kualitatif.
Terdapat divisyen dalam barisan produk keluaran Kenwood. Malah, anda akan menemui komponen berasingan kepada kenderaan dalam meningkatkan kualiti sistem audio. Antaranya termasuk multimedia, sistem navigasi, pemain utama, speaker, amplifier dan kamera. Kesemua ciri-ciri ini memberi kelebihan kepada peminat tegar audiophile dalam mencari talaan kustom. Apa yang perlu mereka lakukan? Bandingkan speaker komponen dan pilih yang terbaik.

Sony
Salah satu jenama terawal dan syarikat tertua (paling lama), Sony mempunyai reputasi memberikan sistem audio yang terbaik kepada mana-mana kereta yang diinginkan pembelinya. Jika anda mahu menggunakan speaker dari Sony, anda boleh jumpa di dalam kereta, gajet peribadi dan juga di rumah. Anda boleh menemui kegunaan audio yang pelbagai dari jenama Sony setiap hari.
Sony mempunyai beberapa barisan produk dan bukan sahaja untuk kegunaan dalam kereta. Ia juga digunakan dengan meluas sebagai sistem audio di rumah dengan membina ‘home theater sendiri untuk menonton filem kegemaran dengan bunyi audio yang padu.
Sumber : Magnetic Magazine











