Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pemburuan Yang Tiada Henti

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-12-24
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tidak dinafikan setiap kereta mempunyai pengikut yang tersendiri. Semuanya terserah kepada kehendak dan pilihan hati masing-masing. Namun begitu, ada juga ketikanya pilihan terpaksa dibataskan mengikut situasi. Hal ini dapat dinilai melalui pilihan yang perlu dibuat oleh dua individu yang memakai status berlainan. Jelas sekali pilihan individu bujang dan individu sudah berkahwin dipisahkan menerusi beberapa faktor tertentu.

Sudah pasti seseorang yang sudah berkahwin tidak dapat mengutamakan minat sebaliknya kesesuaian untuk mengangkut seisi keluarga dalam sebuah kenderaan. Maklumlah, kereta kompak bersaiz comel tidak mampu menampung enam orang penumpang dalam satu-satu masa. Pada ketika ini, individu tersebut perlu membuat pilihan yang tidak selalunya menepati kehendak peribadi. Antara pilihan yang sedia terbentang untuk dimiliki terdiri dari kenderaan jenis sedan, SUV dan juga MPV.

Namun begitu, jika dilihat pada trend yang sedang melanda dunia hari ini, MPV menjadi pilihan paling utama serta mengenepikan pilihan lain dengan begitu mudah. Ia turut dapat dilihat dengan kesungguhan dua nama besar jenama kereta nasional yang memperkenalkan MPV keluaran masing-masing. Proton dengan Exora, manakala Perodua dengan Alza.

Walaupun begitu, masih terlalu awal untuk mengukur hayat yang bakal diteruskan oleh kedua jenis model ini. Apa tidaknya, kedua-dua model ini terpaksa bersaing dengan jenama terkenal dunia. Khususnya jenama kenderaan dari Jepun dan Korea yang menguasai pasaran antarabangsa khasnya di Malaysia. Antara model yang menjadi pilihan pembeli Malaysia semestinya dari Honda seperti yang dimiliki oleh penghias ruangan show-off edisi kali ini, Saifuddin MZ.

Jika diperhatikan dengan teliti, pastinya tiada siapa dapat membaca atau menjangka model sebenar kereta di sebalik modifikasi ekstrem yang dipakaikan ke atas tubuh Honda Stream ini. Ditambah pula dengan celoreng-celoreng sticker berbentuk geometri, siapa sangka ia adalah sebuah MPV. Biar benar? Ya, inilah keberanian yang ditampilkan oleh Saifuddin bereksperimentasi dengan sebuah MPV. Persoalannya, adakah modifikasi ekstrem sedemikian berbaloi dilakukan ke atas MPV yang sepatutnya berfungsi mengangkut seisi keluarga dan bukannya sistem audio?

Tiada yang benar mahupun salah dalam kamus seorang penggila I.C.E. Apa sahaja demi memenuhi kehendak jiwa I.C.E. Dan pemburuan tersebut adakalanya diekori dengan sebuah pengorbanan. Ini dapat dilihat dengan jelas pada bahagian belakang yang dikorbankan untuk mengabadikan sistem I.C.E Honda Stream ini. Jika datang lebih dekat, jelas sekali paparan visual LCD bermahajaralela diikuti interior yang kemas dan mempesona. Namun, semua itu bukan jawapan sebenar bagi pemburuan bass yang diburu Saifuddin MZ pada Honda Stream ini.

Ukuran yang paling penting sekali bermula dari pemain utama. Saifuddin memilih pemain utama jenama Pioneer untuk memikul amanah memancarkan isyarat kepada jentera I.C.E yang gah ini. Pemain utama siri DEH, pemain CD DEH – P5750MP dengan kelebihan memainkan semua format yang turut dilengkapi amplifier mosfet 50 w x 4. Sekaligus dapat menghasilkan bunyi dengan lebih lancar.

Isyarat tersebut kemudiannya diproses pula oleh pre amp dan elektronik crossover. Unit yang dimaksudkan ialah pre amp Kicker KQ5 dan elektronik crossover Zeuz Z-X1. Tugas menala telah diserahkan sepenuhnya kepada pre amp ini yang mampu mengasingkan frekuensi dengan tepat.

Bagi memastikan isyarat yang diterima menghasilkan bunyi yang mantap, Saifuddin telah menggunakan 6 biji woofer Caliber berdiameter 12 inci. Unit tersebut diletakkan pula di dalam perumah yang telah direka khas dari fiber glass. Perumah yang disapu dengan warna merah menyerlahkan keberanian serta nampak menarik dan unik. Ia turut memuatkan beberapa jentera I.C.E yang lain termasuklah 6 biji mid bass 6 ½ dan 2 biji tweeter.

Woofer ini menerima bekalan tenaga dari amplifier monoblock Caliber CA-1700.D. Dua unit amplifier ini bertanggungjawab memacu enam woofer. Manakala kesemua mid bass dan tweeter pula diperkuatkan dengan dua buah amplifier 2 channel Caliber CA-1520. Jika anda tercari-cari di manakah baki mid bass dan dua lagi tweeter, kesemuanya telah diisi pula di bahagian dalam kereta bagi mengisi keseimbangan bunyi yang tidak semata-mata tertumpu pada bahagian belakang kereta.

Jika anda memasang niat untuk melakukan modifikasi ke atas MPV milik anda, sanggupkan anda merisikokan telinga anda? Antara pemburuan bass ataupun bebelan si isteri yang tidak puas hati kerana terpaksa berkongsi ruang dengan sistem I.C.E anda. Mana satu pilihan anda? Bass Hunter ataupun best nagger(bebelan)? Fikir-fikirkanlah kerana kuasa memilih adalah milik mutlak anda. Tepuk dada, tanya selera…

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 8

Previous Post

Microlino 2.0 Bakal Memasuki Pasaran Pada Tahun 2021?

Next Post

Volkswagen Beri Jaminan 12 Tahun Bebas Karat

Next Post

Volkswagen Beri Jaminan 12 Tahun Bebas Karat

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved