KL Carnival City yang terletak di Bukit Jalil pernah dimeriahkan dengan program permotoran termasuk yang dianjurkan KL Audio Team. Mega Autoshow, Audioshow KL Audio Team 2K17 yang mendapat sambutan amat menggalakkan ini turut dianjurkan dengan kerjasama KL Carnival City dan Stance Brotherhood untuk segmen Stance Gathering.
Pelbagai aktiviti diadiakan untuk memenuhi aturcara yang dimulakan dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 12 tengah malam ini. Antara aktiviti yang telah disediakan pihak penganjur termasuk TT Santai Car Club, Autoshow, Audioshow, Stance Gathering, Split Fire dan Sukaneka. Program yang menyemarakkan lagi dunia permotoran ini juga telah menerima tajaan dari King Lubricant, Toms Sticker, Bambush dan Nice Body Kit Center.
Sebanyak 100 buah kenderaan autoshow, 80 buah kenderaan audioshow dan 400 buah kenderaan stance telah menyertai program ini. Manakala sebanyak 300 buah kereta telah terlibat dalam segmen Car Club Gathering. Antara kelab-kelab yang turun memeriahkan lagi program ini adalah seperti Geng Alza Semalaya (GAS), WOCC, MAXCOM, UMC (Unser Malaysia Club) dan Bambush.