Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Peekaboo… Pick A Boo!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-07
in SHOW OFF, UTAMA
0

Peekaboo… Pick A Boo!

Konsep pengubahsuaian kereta di Jepun banyak mempengaruhi cara rakyat Malaysia membikin kereta mereka. Bukan sahaja di Malaysia, terma seperti tema JDM ini telah diterima hampir di seluruh pelusuk dunia dengan pelbagai cara yang cuba disesuaikan dengan fenomena tempatan. Misalnya negara-negara yang tidak mendapat bekalan half-cut, mereka mengunakan segala sumber yang ada, termasuklah mengimport peralatan baru yang sudah tentu mahal harganya.

Di sebalik penggunaan kit atau barangan asal JDM, terdapat satu cara murah yang diperkenalkan secara tidak rasmi oleh segelintir peminat kenderaan di Jepun. Menggunakan watak kartun anime yang terkenal, persona ini lahir dari penggunaan imej hidup yang dihasilkan menerusi pelekat. Kaedah cetakan pelekat ini dikhaskan pada tema tertentu menggunakan watak-watak anime yang biasanya boleh ditonton dalam stesen televisyen seperti NHK dan Fuji TV. Kumpulan TV terbesar Jepun ini jugalah yang telah menemukan titik minat penduduk Jepun yang membayangkan ilusi hero bertubuh tinggi dan sasa, heroin bermata bulat dan pendekar berleher jinjang dan berkaki tegap.

Ironinya, ia menjadi ikutan penggemar kereta pula. Tidak perlu pergi jauh, Perodua Myvi ini memberi petanda bahawa konsep anime yang lebih dikenali sebagai Itasha ini telah mula menular di kalangan peminat kereta tempatan. Konsep serupa ini diterapkan pada sebuah kereta yang aslinya memang keluaran Jepun, Toyota Passo atau Daihatsu Boon yang kemudiannya lahir sebagai Perodua Myvi.

Pengubahsuaian Myvi ini nampaknya lebih ekstensif dengan kehadiran sistem audio yang lengkap. Ia merangkumi sistem persembahan yang menggunakan platform SPL disamping tema pengubahsuaian custom yang serius. Penambahan sebilangan peralatan disusuli dengan kerja pemasangan dan susunan yang lari dari kebiasaan.

Sistem utama kereta ini terdiri daripada pemain utama DVD 2-din yang disambungkan kepada pemain Pioneer dengan fungsi media USB. Dari punca ini, laluan dibuat menerusi 3 unit pre-amp 7 band Kole Audio model QX 1-90EQ. Pre-amp ini dipasangkan dibahagian panel glove box, diubahsuai dengan menempatkan pemain Pioneer tadi bersama gugusan neon biru yang kemas buatannya.

Empat unit amplifier digunakan untuk memperkasakan sistem dimana dua unit amplifier monoblok Kole Audio QX-5000D menjadi platform utama membekalkan tenaga kepada empat unit woofer 12” Kole Audio di belakang. Kaedah pemasangan dengan membuang kerusi belakang menghasilkan lebih banyak ruang dan memberi ilham kepada pemiliknya menempatkan woofer tersebut jauh di dalam. Sudut ruangan tersebut dihias dengan corak tersendiri, lampu neon, arkilik, lapisan PVC dan sentuhan bahan yang diperbuat daripada kayu dibalut PVC.

Dua unit lagi amplifier 4 channel Kole Audio bertanggungjawab kepada keseluruhan gelombang mid dan hi. Setiap satunya menghantar kuasa kepada empat unit mid bass 6” dan empat unit bullet tweeter. Posisi pemasangan ini pula dibuat secara berasingan. Set pertama dipasangkan di atas tailgate sementara set susunan kedua di bahagian kokpit. Setiap pasangan mid dan tweeter ini dipasangkan pada setiap bahagian pintu kereta.

Audio ialah kombinasi unik, tapi modifikasi keseluruhan kereta ini ternyata lebih jauh lagi. Dari segi estetik untuk dinilai dalam pertandingan, ternyata bahagian dalaman kereta ini mampu menewaskan sesiapa sahaja. Penempatan tv LCD 28”, lampu gantung, neon dan LED merata-rata dan paling penting, ia dibuat dengan kemas. Nampak bahawa kerjanya dilakukan oleh profesional dan saya juga yakin, kereta ini digunakan khusus untuk pertunjukan sahaja.

Bahagian luar yang dipasangkan dengan pelekat anime tadi ditonjolkan lagi dengan rim 17” bersama suspensi hidraulik. Penting untuk memastikan kereta ini bukan hanya orang lihat sebab bunyinya yang berdentum dentam, tapi untuk penampilannya juga.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 43

Previous Post

Ketahui Bahaya Titik Buta Di Lebuhraya Berbukit

Next Post

Cutie Kitty

Next Post

Cutie Kitty

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved