Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melanjutkan kempen servis pertengahan tahunnya sehingga 30 Ogos ini khusus untuk para pelanggan yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Beberapa pelanggan terlepas peluang menikmati kelebihan kempen ini berikutan PKPD di mana mereka tidak dibenarkan bergerak melebihi 10km dari tempat tinggal dan tidak dapat menghantar kereta untuk diservis,” kata Pengarah Urusan HSDM, Encik Low Yuan Lung.
Menerusi kempen ini, para pelanggan yang menghantar kereta ke pusat servis Hyundai yang sah bakal menikmati diskaun sebanyak 15% ke atas alat-alat ganti terpilih dan juga 10% upah buruh. Manakala pemegang kad Hyundai Loyalty Card boleh menikmati sebanyak 25 diskaun untuk alat-alat ganti terpilih dan 15% untuk upah buruh. Antara alat-alat ganti yang terpilih untuk diberi diskaun adalah gasket, penapis minyak, menapis udara, palam pencucuh dan banyak lagi.
Bagi makluman, kad Hyundai Loyalty memberikan kelebihan ekslusif kepada pemegangnya yang diberikan secara automotik dengan setiap pembelian kereta Hyundai. Para pemegang kad berpeluang menikmati promosi bulanan termasuk diskaun 20% untuk produk KLIMA Fresh dan BlueChem.
Bagi maklumat lebih lanjut, hubungi mana-mana pusat servis Hyundai yang sah di seluruh negara atau layari laman sesawang Hyundai www.hyundai.com.my.