Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pantang Kalah Dengan Situasi, Pasang Apa Pun Mesti Jadi!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-12-01
in SHOW OFF, UTAMA
0

Malaysia dikejutkan dengan kejatuhan nilai ringgit yang semakin meruncing dan sangat membimbangkan. Keadaan ini sekaligus membuatkan ramai di antara kita mengambil langkah ekstrem dengan mengehadkan perbelanjaan serta berbelanja hanya untuk keperluan. Tidak dinafikan, ia merupakan satu langkah yang bijak. Namun, adakah ia bagus untuk perniagaan yang lebih mengkhusus kepada kehendak? Contoh yang paling dekat adalah perusahaan dan perniagaan yang berkaitan dunia permotoran terutamanya bidang audio kereta.

Bila-bila berlakunya situasi seperti ini, setiap pihak mengambil pendekatan berbeza. Jika para pengguna mula berbelanja dengan bijak, para peniaga turut mempunyai kaedah tersendiri dalam berhadapan keadaan ini. Paling kerap didengar adalah pengurangan kos termasuklah pemberhentian pekerja. Ini belum termasuk lagi hasil perkhidmatan yang diberi. Ada masanya, hasil akhir gagal mencapai standard yang telah ditetapkan. Namun kedua-dua itu tidak berlaku ke atas sebuah installer yang cukup dikenali khususnya untuk para pencinta audio sekitar Kajang, Frings dan Optima Kia K5 ini adalah salah satu buktinya.

Kia K5 ini merupakan generasi ketiga Optima yang dibangunkan oleh Kia Motors sejak tahun 2000. Ia telah menjalani proses pembinaan dan rekaan semula secara keseluruhannya serta berkongsi platform yang sama dengan ‘saudaranya’ Hyundai i40. Tampil lebih bergaya, Kia K5 ini adalah hasil rekaan Peter Spchreyer yang pernah berkhidmat dengan beberapa pengeluar terkenal seperti Audi dan Volkswagen. Kehadiran beliau dalam Kia Motors sekaligus mengangkat nama pengeluar dari Korea ini, seiring pengeluar-pengeluar terkemuka dunia.

Sebagaimana model lain dalam kelas yang sama, Kia K5 turut didatangi dengan sebuah sistem audio yang sudah pun lengkap. Bak kata orang, sedap telinga mendengar. Namun, bagi seorang pencinta tegar audio, ia masih belum mencukupi. Saya percaya, perkara sama turut berlaku kepada pemilik kereta ini yang mempunyai citarasa audio yang tinggi apatah lagi sistem pilihannya adalah SQ 3 hala. Bagi menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan, Frings memilih hanya jenama terbaik seperti Mercury, Alpine dan Audible Physics.

Bermula dengan pemain utama, Frings telah menggunakan pemain dari Alpine, IVA-D800 bagi menggantikan pemain asal. Berkemampuan memainkan pelbagai format media, IVA-D800 menghasilkan audio yang cukup berkualiti. Menambahkan lagi kecemerlangan data yang dihasilkan, Frings telah menggandingkan pemain ini bersama pemproses audio digital PXA-H800. Gandingan pemain dan pemproses ini bukanlah asing, malah seringkali menjadi pilihan khususnya untuk mereka yang mengutamakan kualiti bunyi dan juga setiap perincian instrumen agar kedengaran lebih jelas dan tepat.

Pembinaan sistem audio cemerlang ini diteruskan pula dengan pemasangan speaker pada bahagian kabin. Oleh kerana talaan yang dimahukan adalah SQ 3 hala, maka pemasangan setiap speaker pada posisi tepat adalah sangat penting. Isyarat terdahulu yang telah menjalani proses penyaringan pada pemproses audio digital PXA-H800 tadi dipecahkan kepada 3 laluan yang baru dan setiap satunya dikuasakan pula 3 unit amplifier. Sebanyak 2 unit amplifier 4 channel Mercury MCR-4200 dan seunit amplifier monoblock Mercury MCR-800.1.

Bagi bunyi berfrekuensi tinggi, dua unit tweeter Mercury K62 telah dipasangkan yang mana setiap satunya dikuasakan oleh amplifier 4 channel Mercury MCR-4200 tadi. Dua lagi saluran dari amplifier yang sama telah digunakan untuk memacu dua unit speaker mid range Audible Physics NZ3. Setiap satu unit tweeter dan mid range ini telah dipasangkan di kedua-dua belah bahagian kereta di mana mid range ditanamkan pada permukaan dashboard, sementara tweeter pula dipasangkan pada perumah khas di pillar A.

Seterusnya, dua unit mid bass telah dipasangkan di posisi paling stategik demi mengimbangi bunyi yang dihasilkan oleh mid range dan tweeter tadi. Dipasangkan di kedua-dua belah panel pintu dalam perumah buatan kustom, dua unit mid bass Mercury K62 ini menggunakan dua saluran dari seunit lagi amplifier 4 channel Mercury MCR-4200. Penggunaan audio dari jenama Mercury meneruskan dominasi dengan pemasangan seunit woofer 10” Mercury MCR-8010 yang dipacu oleh seunit amplifier monoblock Mercury MCR-800.1. Persoalannya, kenapa Mercury?

Balas saya, kenapa bukan? Mercury merupakan satu jenama yang menghasilkan audio high-end seiring jenama-jenama yang dikeluarkan oleh pengeluar Eropah. Pembinaan setiap satu produk di bawah jenama ini dihasilkan secara halus dan sangat teliti. Berbanding jenama keluaran Eropah, Mercury boleh dimiliki kerana harganya sangat berpatutan. Jadi, tidak hairanlah sekiranya jenama ini dipilih. Kualiti yang sama dan terbaik serta ekonomi. Bukankah dikatakan awal tadi, apa yang sekarang penting sekarang ini adalah, bijak berbelanja dan Frings membuktikannya!

Tidak cukup dengan kesempurnaan sistem audio yang siap dibina, Optima Kia K5 ini juga tampil kemas dengan hasil kerja tangan yang cukup halus dan juga menarik oleh Frings. Secara spesifiknya, di bahagian ruang letak barang. Susunan yang sangat kemas di mana setiap unit amplifier, pemproses audio dan seunit woofer telah dipasangkan pada perumah khas dan ditutup dengan kaca akrilik, sementara di sekelilingnya diberikan perincian khas dengan pemasangan lampu. Ya, bahagian ini seakan tidak terusik pun kerana ruangnya tetap luas dan boleh menyimpan barang-barang. Jadi, kereta ini bukan sahaja sesuai untuk melepaskan kegilaan terhadap bunyi audio SQ yang lunak, harmoni kerana ia juga tampil sangat klasik serta bergaya.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 68

Previous Post

Model Tunggal Viper GTS CS Yang Berjaya Disiapkan

Next Post

Sport Sedan Dari Peugeot Era 1990-an

Next Post

Sport Sedan Dari Peugeot Era 1990-an

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved