Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Opera Mobile

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-08-03
in SHOW OFF, UTAMA
0

Opera Mobile

MPV atau kenderaan pelbagai guna sering ditakrif sebagai kenderaan dengan tempat duduk yang memiliki ruang luas berbanding sebuah kereta penumpang. Majoritinya berbumbung tinggi, keluasan kaki, kepala dan bahu yang memuaskan. Di sebalik saiz ini, MPV memberi rasa pemanduan yang relaks kerana panoramik pemandangan hadapan dengan saiz cermin lebih besar. Pendek kata, semua berkenaan ruang.

Bila orang membeli MPV dan ruang dijadikan keutamaan maka sistem audio adalah pilihan terakhir untuk ditingkatkan. Tidak dapat dielakkan, pengubahsuaian sistem audio bermakna pengorbanan ruang. Kerana itu juga, golongan berkeluarga jarang sekali mengusik sistem audio dalam sebuah MPV walaupun pada hakikatnya sedikit peningkatan menjanjikan perubahan bunyi yang besar berbanding sebuah kereta. Ruang yang dicipta dalam 1 kotak (1 box design) tadi memberikan kelebihan pada mana-mana MPV untuk mendapat keharmonian bunyi dengan lebih mudah.

Toyota Estima ini adalah satu dari beberapa buah MPV yang berkunjung ke RS Pro Auto Accessories untuk mendapat sentuhan mistik kualiti bunyi. Jika anda perlu membina semula sistem audio Estima, baik mulakan dari awal. Kerana itu jugalah Estima ini saya lihat tidak bergerak di bengkel berbulan lamanya. Ianya kereta hobi salah seorang pelanggan RS Pro Auto Accessories yang hanya digunakan untuk pertunjukan dan pertandingan.

Pembinaan kereta ini dimulakan dengan pemain utama Alpine IVA-D800E dengan pemproses Alpine PXA H800 yang dihubungkan dengan kabel jenis optikal. Ia adalah unit sama yang sering dipasangkan pada sistem SQ binaan mereka. Unit pemproses H800 adalah antara yang terbaik dalam industri audio kelas SQ. Jadi bila anda ada seunit Alpine siri IVA, H800 adalah pasangan pemproses yang paling padan untuknya.

Sekarang masa untuk memilih amplifier sebelum bunyi diekstrak speaker. Saya memang faham sangat cara mereka membina kereta SQ. Melihat pada senarai kabelnya saja sudah jelas bahawa sistem premium ini bukanlah sembarangan. Amplifier dari Mercury dipilih yang mana terdiri daripada 3 unit amplifier 4 channel Mercury T-4080 dan seunit amplifier monoblock Mercury MCR-800.1. Unit sambungannya dihubungkan dengan kabel RCA berkualiti tinggi dari Tchernov kelas IC.

Ingat apa saya katakan tentang ruang tadi? Majoriti MPV moden direka dengan cermin V pada pillar A yang luas untuk membolehkan pandangan tidak terhalang bila kenderaan membelok. Ruang itu memberi kelebihan bila kerja customize dibuat pada pillar yang mana saiznya boleh dibesarkan untuk menempatkan dua unit tweeter dan mid range 4” dari Mercury. Kebebasan rekaan ini membolehkan speaker mendapat darjah pemasangan yang hampir tepat ke bahagian telinga pendengar. Bagi memberi keseimbangan, seunit tweeter dan mid range 4” serupa dari Mercury dipasangkan di bahagian tengah. Set ini dikuasakan amplifier berasingan, seunit amplifier 4 channel Mercury T-4080. Seterusnya, kabel dari Ai Net Alpine digunakan untuk mendapatkan kualiti paling optimum.

Amplifier 4 channel Mercury T-4080 ketiga, digunakan untuk membekalkan kuasa dan tapisan bunyi pada mid. Mid Mercury dipasangkan pada panel pintu yang memberi keluaran terus pada bunyi staging hadapan. Pada tahap ini, staging bunyi telahpun sempurna bila seunit woofer 10” dipasangkan di bahagian konsol tengah. Kelebihan sebuah MPV seperti Estima ialah ruang lantai tengah yang lebar membolehkan kotak woofer direka dengan menyembunyikan terus woofer di dalamnya. Ia kelihatan seperti buatan khas dari kilang berikutan binaannya yang kemas dengan sentuhan akhir bahan PVC yang senada dengan bahagian lain.

Komposisi bunyi dan alunan muzik bagaimanapun didapati tidak seimbang. Masalahnya ialah bunyi di bahagian belakang langsung tidak sampai kerana penumpuan sepenuhnya dibuat di bahagian kabin depan sahaja. Menyedari kekurangan ini, pihak RS Pro Auto Accessories menambah satu lagi set mid dan tweeter di kedua-dua bahagian cermin belakang. Ia dilekatkan pada pillar D dengan perumah buatan custom yang mana saya sendiri tidak perasan pada mulanya! Set ini berkongsi kuasa dengan amplifier 4 channel Mercury T-4080 yang memacukan speaker tengah di dashboard tadi. Pemasangannya kemas dan penalaan yang dibuat berjaya membahagikan setting bunyi paling dinamik untuk memastikan tiada rungutan diterima dari penumpang belakang.

Terima kasih kepada ruang sekali lagi. Rekaan Estima ini memang bijak di mana tempat duduk barisan ketiga dibina dengan ‘slope’ di lantai. Longkang ini digunakan sepenuhnya untuk menempatkan semua aksesori audio tadi dengan litupan perspex jernih. Pendek kata, apa sahaja bahagian bukan OEM yang terdedah telah dipasang dengan sebaik mungkin untuk menjadikannya bersatu dengan rekaan dalaman MPV ini.

Di penghujung projek, Estima ini kembali menjadi sebuah ‘people mover’ yang lebih sempurna. Idea asal nampaknya sampai tepat ke matlamat akhir. Ia kini jadi sebuah opera bergerak yang saya sendiri pun terfikir untuk membuat sepertinya kelak!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 37

Previous Post

PUSPAKOM ; Satu Nombor Untuk Semua Urusan Dan Pertanyaan

Next Post

Kereta Elektrik Vision-S Dari Sony

Next Post

Kereta Elektrik Vision-S Dari Sony

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved