Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Nampak Ringkas Tapi Kualiti Audio Ada Kelas!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-10
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dalam realiti dunia automotif sebenar, tidak ada sebuah pun kereta yang dibina semata-mata untuk tujuan audio. Kadang-kadang saya terfikir kalau-kalau ada pasarannya untuk kereta jenis ini. Apa yang saya maksudkan bukanlah sesuatu yang terdapat pada kenderaan mewah seperti Mark Levinson pada Lexus atau Bang & Olufsen pada kereta-kereta Audi. Kita berbicara perihal kereta-kereta penumpang massa seperti Perodua Myvi dan Proton Saga.

Katakanlah Perodua memberi pilihan kepada pembeli untuk memilih spesifikasi audio tertentu. Misalnya Myvi dengan 2 unit woofer 12” dan sistem 3 hala. Atau Saga dengan 4 unit woofer 10” dan mid yang dipasang terus pada tailgate belakang. Mungkinkah ada yang berminat nak membelinya?

Sukar untuk dijawab tapi jika dilihat pada pasaran audio aftermarket hari ini kita pasti bersetuju bahawa memang pasarannya besar. Namun sebesar mana berbanding keseluruhan TIV (Total Industry Volume) belum ada kajian yang pernah dibuat. Tetapi, di sebalik kos, kita perlu menerima realiti bukan semua orang sanggup mengorbankan ruang untuk audio dan sudah pasti berapa ramaikah yang perlukan dB yang tinggi dengan bunyi bass meletup-letup?

Ambil kereta Proton Iswara ini sebagai contoh. Model Aeroback keluaran tahun 2002 ini tidak boleh dijadikan idea sepertimana yang saya sebutkan tadi kerana ia dijual murah. Bila murah sudah tentulah dibeli oleh orang kebanyakan yang akan memandunya ke pasar, ke pejabat dan pulang ke kampung. Di manakah ruang bagasinya kalau but belakang dah dibina secantik ini?

Memulakan hayatnya sebagai sebuah kereta jalanan yang kemudiannya diubahsuai untuk pertunjukan hujung minggu. Kereta dari Johor ini salah satu contoh kreatif orang Selatan dalam hobi audio yang diketahui memang popular di sebelah sana. Semuanya bermula gara-gara menukar pemain kaset asal yang ketinggalan zaman kepada pemain Pioneer dengan fungsi CD dan slot USB DEH-1550USB. Dari sebuah sistem asas diubah menjadi projek yang lebih rumit.

Ruang belakang kereta ini dibongkar dan dimuatkan dengan sebuah kotak bersaiz 3 x 2 x 2 kaki persegi. Di dalamnya ialah 2 unit woofer Horizon HR-12D yang memastikan pemula sistem diselia oleh set yang berkuasa. Woofer ini dikuasakan seunit amplifier monoblock Performance sambungan terus. Kuasanya, jangan ditanya. Cukup untuk memekakkan telinga jika volum dinaikkan dengan kereta dipandu perlahan.

Menyempurnakan sistem ialah kemasan mid yang ditempek di kedua-dua sisi woofer tadi. Ia mengambil sepenuhnya ruang yang ada dengan perumah diperbuat dari bahan gentian kaca yang lebih fleksibel. Keempat-empat mid Horizon HR6.5P ini dikuasakan seunit amplifier 4 channel Mohawk Silver. Amplifier yang sama turut membekalkan aliran elektrik secukupnya kepada dua unit bullet tweeter yang diposisikan antara sebelah menyebelah dengan mid tadi.

Penggunaan warna putih pastinya sukar diselenggara tetapi jika pemilihannya tepat, kontras dengan badan kereta menjadikannya lebih menarik. Mendapatkan sistem bunyi yang bagus dan sedap mata memandang juga penting bagi orang-orang Johor ni. Apa yang saya perhatikan sepanjang menulis kereta dari Selatan, kebanyakan kereta di sini dibuat dengan profil tersendiri. Warna putih kulit berlawan dengan hitam. Beige yang diganding dengan warna coklat gelap.

Secara umumnya, kereta audio dari sana sebenarnya jauh lebih maju berbanding tempat-tempat lain di Malaysia. Mungkin pengaruh Singapura mudah berjangkit kerana kereta audio di Singapura lebih maju binaannya. Jika anda ke Johor pada hujung minggu, banyak kereta Singapura yang mendapatkan khidmat kedai aksesori di sana kerana kos workmanship yang murah di samping ketiadaan cukai perkhidmatan yang mengarut.

Syukurlah, Malaysia memang indah!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 47

Previous Post

Sebanyak 67 Kereta Binaan Khas Peminat Kereta Di Malaysia Berpeluang Tampil Di Siri Maya Hot Wheels Legends Tour

Next Post

Kini Lebih Comel Dengan Harga Yang Berpatutan!

Next Post

Kini Lebih Comel Dengan Harga Yang Berpatutan!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved