Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Myvi Alien Spaceship?

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-16
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bila ada geng, semua jadi dan ini adalah satu lagi kisah yang bermula dengan geng audio seperti yang dikongsikan oleh saudara Amirul Syazwan. Dikenali sebagai Wan LC, peminat audio dan pemilik kereta Myvi yang dilengkapi sistem audio ini boleh dikatakan masih lagi baru dalam dunia audio tempatan. Mula bergiat sekitar tahun 2013, nak kata baru taklah baru kerana dah 6 tahun juga beliau serius bermain audio. Semuanya gara-gara perkenalan beliau dengan sebuah geng audio yang aktif di Alor Setar.

Sejak itu sehingga ke hari ini, Wan LC bergiat aktif dan sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dunia permotoran termasuk audioshow dan autoshow. Hampir di mana sahaja, pasti kelihatan Wan LC bersama Myvi kesayangannya khususnya di bahagian utara. Bahagian interiornya mengingatkan saya kepada kapal angkasa dalam filem-filem Avenger yang dengarnya sudah pun mengatasi kutipan filem Avatar untuk menjadi filem terlaris sepanjang masa. Ok, lupakan saja sebab tidak penting melainkan peminat tegar MCU dan hanya orang yang berkongsi minat sahaja akan faham.

Bercakap tentang minat, Wan LC berjaya melakarkan impian dan minatnya ke atas Myvi ini. Bertugas sebagai kontraktor, Wan LC yang sudah berusia 31 tahun ini atau mengikut kategori pembahagian umur terbaharu bukan lagi golongan belia, beliau telah memilih untuk menggunakan Tom’s Sticker sebagai pelekat keretanya. Gabungan warna merah dan kuning tampil meriah dan bergaya tetapi kedua-duanya sinonim dengan negeri Selangor. Andai kata Myvi ini diletakkan di stadium ketika perlawanan bola sepak berlangsung antara Selangor dan tempat asal Wan iaitu Alor Setar, Kedah, masak dibuatnya.

Bertugas sebagai kontraktor, Wan LC tidak menghadkan kerja-kerja modifikasi hanya kepada sistem audio. Seperti yang boleh dilihat, seluruh bahagian Myvi ini telah dimodifikasi. Jika di bahagian luarnya Wan LC memilih logo Tom’s Sticker dan mengambil semangat naga, bahagian dalam pun tidak kurang hebatnya. Mengekalkan gabungan warna merah dan kuning, terdapat warna putih sebagai penambahan membuatkan ia kelihatan lebih menarik.

Jika anda pernah menonton filem Thor Ragnarok satu lagi filem Marvel Studios (maaf, demam MCU belum kebah), tema yang digunakan di bahagian interior ini mengingatkan saya kepada planet Sakaar. Penggunaan warna merah dan putih, kemas dan bersih. Konsol kereta Myvi ini juga unik. Macam disebut awal-awal tadi, tak ubah seperti kapal angkasa. Ditambah pula dengan pintu gunting atau scissor door dah memang ada gaya nak berlepas bila-bila masa.

Apa yang mahu saya tekankan, tidak ada kehadiran sebarang habuk mahupun wayar berselirat kelihatan. Jarang ada kereta yang bersih sempurna seperti Myvi milik Wan LC. Tidak cukup dengan itu, susunan aksesori audio yang dipasangkan pada panel pintu juga turut kemas teratur. Mengambil kira kedudukan posisi yang tepat, speaker yang ditanamkan pada panel pintu ini bukan sahaja dipasang untuk nampak cantik tetapi juga sedap didengar telinga.

Bagi menterjemahkan minatnya terhadap dunia audio kereta, Wan LC pasti telah membelanjakan dan melabur banyak duit dalam membina sistem audio dalam Myvi ini. Kesanggupan beliau mengorbankan keseluruhan tempat duduk penumpang di bahagian belakang yang dijadikan sebagai tempat meletak sebahagian sistem audio cukup membuktikan kesungguhan dan kecintaannya, bukan biasa biasa. Berbalik kepada sistem audio talaan SPL ini, Wan LC telah menggunakan pemain utama dari jenama MCXCM MCX-830C dan dibantu 2 unit pre-amp 7 band Audio Quart.

Seterusnya, isyarat dari 2 unit pre-amp ini dibahagikan kepada 3 unit amplifier yang terdiri dari 2 unit amplifier 4 channel dan seunit amplifier monoblock. Kedua-dua unit amplifier 4 channel ini bertugas untuk menguasakan 8 unit speaker jenama King Dom dan 6 unit tweeter dari jenama yang sama. Sebanyak 4 unit speaker dipasangkan di bahagian belakang, manakala baki unit lagi dipasang di keempat-empat panel pintu. Ini diikuti dengan 6 unit tweeter tadi, di mana setiap dua unit dipasangkan di bahagian belakang dan dalam bahagian dalam kereta, di kabin pemandu dan tempat duduk penumpang belakang.

Mengakhiri sistem audio Myvi ini adalah 2 unit woofer King Dom yang disimpan dalam sebuah peti kaca arkilik khas dan untuk menyerlahkan kewujudannya, pelekat berkilat-kilat telah ditampal di dinding belakangnya. Tidak cukup dengan itu, Wan LC menambahkan lagi hiburan dari segi visual pula. Kalau dikira dengan teliti, sebanyak 25 unit monitor telah dipasang hampir di setiap ruang yang ada di bahagian dalam dan seunit bersaiz 15 inci dipasangkan di bahagian belakang, di mana sepatutnya menjadi tempat duduk penumpang.

Sekiranya berminat untuk membuat pemasangan berani dan unik seperti Myvi ini, anda boleh kunjungi dan rujuk UTI Audio yang beroperasi di Sungai Petani. Pemasangan kusyen yang kemas dan cantik ini pula hasil Samad Kusyen yang juga dari Sungai Petani. Oh ya, pelekat kereta pula hasil kerja tangan Tom’s Sticker, Alor Setar.

Previous Post

Smarto

Next Post

Blaupunkt Peranti Perakam Video Digital

Next Post

Blaupunkt Peranti Perakam Video Digital

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved