Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

My Way, Malaysian Way!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-05
in SHOW OFF, UTAMA
0


Di petak pertandingan atau pameran Autoshow kita boleh lihat betapa rakyat Malaysia memang kreatif dalam hal-ehwal modifikasi kenderaan. Sesetengah orang berpendapat dunia modifikasi autoshow hari ini tidak semeriah dulu. Ada juga benarnya, tapi kalau dilihat pada perkembangan di sudut lain, terdapat beberapa kumpulan ‘tegar’ yang tak pernah berundur dari arena ini. Bukan itu sahaja, mereka berjaya mendidik generasi muda ke arah minat yang serupa. Justeru, boleh dilihat model-model baru mula dibikin di pentas autoshow tadi.

Kemunculan kereta-kereta begini sememangnya pantas menarik perhatian orang ramai. Sebab itulah saya sedaya upaya akan mencari lokasi terpencil untuk pengaturan masa fotografi. Pun begitu masih ada yang datang membelek dan kasihan pada jurugambar yang terpaksa bersabar. Dahlah hari sangat panas. Suhu di kereta menunjukkan 40 darjah selsius!

Kereta ini milik anak muda bertubuh kecil berbangsa India yang dikenali dengan panggilan Deva. Beliau dan beberapa orang rakannya telah mengikuti dunia modifikasi seawal tahun 2005 di mana kemuncak acara diadakan hampir setiap minggu. Nekad dengan semangat modifikasi terhadap Iswara Sedan yang tiada apa yang istimewa langsung ketika itu, Deva beralih dengan menggunakan resepi yang berbeza dari kereta autoshow yang lain.

Beliau memulakan di bahagian enjin dengan menggantikan enjin asal kepada enjin 4G61 Mirage. Enjin ini menerima beberapa pengubahsuaian yang sederhana dari sudut kosmetik dengan kerja pewarnaan di bahagian rocker cover, pendawaian dan juga engine bay. Hud depan juga dipasangkan dengan sebuah sunroof yang membenarkan haba enjin dilepaskan tanpa perlu membuka hud dari dalam kabin. Petik satu suis saja.

Sistem audio dimulakan dengan pemain utama JVC. Pemain asas dengan fungsi mainbalik cakera digital dan ringkas ini diintegrasikan bersama seunit pre-amp 7 band CPE-707A. Ia kemudiannya disambungkan kepada 3 unit amplifier masing-masing berkapasiti 2 saluran, 4 saluran dan seunit amplifier mono.

Amplifier 2 channel pertama Harmony Audio Technology digunakan sebagai pemproses kuasa untuk bahagian kabin. Ia menguasakan dua unit mid bass dan dua unit tweeter. Walaupun kecil tetapi ia sudah memadai untuk keseimbangan bunyi dalam kabin berbanding fokus utama sistem adalah di bahagian but belakang.

Empat mid bass dan dua unit horn tweeter America Sound dipasangkan pada perumah khas yang dilekapkan pada bahagian trunk lid Iswara ini. Bukan itu sahaja, susunan pembesar suara ini dipasang mengelilingi sebuah monitor Sony berukuran 24 inci. Ia dikuasakan oleh amplifier 4 saluran Harmony Audio Technology dengan kekuatan 1500watt.

Tema begini mungkin sudah biasa bagi kebanyakan binaan sistem audio namun begitu, ia bukanlah satu kebiasaan juga bilamana bahan gentian kaca digunakan dengan meluas, lebih-lebih lagi untuk sepasang perumah woofer American Sound 12” jenis coil berkembar yang dipasang bersama amplifier monoblok Autotek Super Sport cukup untuk menggegarkan tapak pertandingan terbuka yang disertainya.

Konsep pengubahsuaian Iswara ini sangat sinonim dengan tema pameran dan pertandingan. Praktikaliti bukanlah keutamaaannya dan memandunya di jalanraya terbuka adalah mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja. Bayangkan di bahagian bumper depan ialah sebuah monitor yang biasanya di situ ialah intercooler. Laju sikit, batu datang pecah berderai bila-bila masa!

Kerja solekan menyeluruh turut melibatkan kerja airbrush yang menyeluruh. Dari panel pintu dalamannya kepada bahagian badan luar. Tak cukup dengan itu, beberapa acuan makhluk menyeramkan diadaptasi menjadi replika. Kereta ini sebenarnya lebih berfungsi sebagai objek seni berbanding sebuah kenderaan.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 82

Previous Post

Model Ford Mustang Shelby GT350 Dan GT350R Model 2021 Bakal Dihentikan

Next Post

Epsilon DSP 6.4; Saiz Kompak, Penalaan Mudah Dan Bunyi Lebih Harmoni

Next Post

Epsilon DSP 6.4; Saiz Kompak, Penalaan Mudah Dan Bunyi Lebih Harmoni

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved