Setelah sekian lama, akhirnya dunia audio kembali meriah dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti berkaitan audio. Salah satunya, Audioshow Santai 2023 yang berlangsung di Pantai Kuala Perlis pada 20 Mei lalu. Dianjurkan oleh TDCM Perlis, ia merupakan kali kelima ia diadakan.
Bermula dari pukul 3.00 petang dengan sesi pendaftaran pada pukul 4.30 petang dan berlanjutan sehingga 12.00 tengah malam. Bagi menyemarakkan lagi penganjuran program ini, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai kategori dipertandingkan yang boleh disertai oleh para peminat audio.
Antara kategori yang disediakan adalah Audioshow (PADU), SQL, Lawan Link FM, Best Design, Best Lighting, Best Woofer, Best Mid dan Tweeter, Best Sporting, Best Team Audio dan Best Enjoy Event. Manakala team yang menghantar lebih dari 3 buah penyertaan dimasukan dalam sijil.
Antara team yang menyertai program kali ini adalah Espian Car Audio, Terengganu Audio, Soundrif Pendang, Faizaudio, Tokjai Audio Johor, SPL Audio Perak, Hong Thye Auto, Fang Seng Exspider, TDCM Utara, TDCM Johor dan Apit SK.
Walaupun dianjurkan secara santai, program ini tetap menerima sambutan yang amat menggalakkan dari para peserta. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang setiap kategori telah menutup tirai penganjuran Audioshow Santai Utara pada kali ini.