Kar Hifi
Parasol
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Modifikasi Yang Dilakukan Sedikit Demi Sedikit

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-12
in SHOW OFF, UTAMA
0


RX-8 bakal menjadi lagenda tidak lama lagi kerana pengeluaran komersialnya telah dihentikan sepenuhnya. Mazda mengambil keputusan menamatkan hayat RX8 sekaligus menamatkan lagenda siri RX buat masa sekarang. Jika model ini tidak ada kesinambungannya, nescaya RX8 akan menjadi buruan ramai untuk dekad-dekad akan datang sebagai barangan koleksi, sama seperti RX-7 Infini.

Memilih kereta yang betul untuk tujuan modifikasi audio yang betul mungkin cabaran besar. Tapi bukan semua orang fokus membuat audio semata-mata tanpa menghiraukan kondisi kenderaan. Bukan juga semua orang gemar menunjuk-nunjuk ataupun membuat sehabis baik dengan tema autoshow. RX-8 ini adalah contoh hobi kereta + audio yang digabungkan bersama dalam sebuah kereta sports yang digunakan untuk pemanduan harian.

Pemiliknya dikenali sebagai Fauzi. Ini adalah kereta idaman beliau sejak sekian lama dan tiada yang lebih indah bila berjaya memilikinya. Sedikit demi sedikit pengubahsuaian dibuat pada coupe 4 pintu ini. Pertamanya, suspensinya ditukar kepada jenis boleh laras GAB SS untuk mendapat kerendahan yang diinginkan. Tayar keluaran kilang digantikan dengan Dunlop bersaiz SP Sport 225/45/18.

Bahagian kokpit dipasangkan dengan 6 buah tolok bacaan tambahan yang bukan sahaja membantu monitorasi keadaan enjin rotari itu, tetapi melengkapkan bahagian kosmetik menjadikan ruang dalamannya kelihatan ‘sporty’. Beberapa konsiderasi dibuat untuk memasang bodykit berbeza tetapi berakhir dengan penambahan ‘lips’ dan ‘splitter’ sisi pada badan asal. Nampak dah cukup kemas.

Fauzi adalah salah seorang ahli kelab Leader yang aktif di Lembah Kelang. Pada waktu lapang, masa dihabiskan bersama anggota kelab untuk berbual dan bertukar pendapat dalam dunia kereta. Biasalah, kan? Bila dah ramai, beliau mula terpengaruh untuk mengubahsuai sistem audio pula. Apa yang bermula dengan sistem yang ringkas telah menular menjadi konsep audio lebih serius bila komponen demi komponen digantikan.

Sistem utama kereta ini masih menggunakan pemain asal yang dibuat dari kilang jenis bina dalam. Ada kemungkinan untuk menukar perumah luaran untuk memasukkan pemain ‘aftermarket’ tetapi kerjanya sukar dan sedikit sebanyak mencacatkan rekabentuk menarik konsol tengah kereta ini. Lagipun, pemain asal kereta ini kualitinya masih bagus untuk dikembangkan. Cuma fungsi pelarasannya agak terhad. Justeru, seunit pre-amp Carspec CX808 dipasangkan sebagai pelaras by-pass. Untuk memaparkan visual pada skrin tengah, Fauzi memasang seunit pemain DVD Sony MEX-DV1500U yang disorokkan di bahagian konsol tengah belakang yang mana saya hampir tidak perasan kewujudannya!

Kereta sports begini bukanlah jenis kenderaan yang anda pilih untuk mengangkut barang, apatah lagi dengan sistem audio terbina padanya. Seperti yang saya maklumkan tadi, praktikaliti menjadi tunjang utama Fauzi sebelum membuat sebarang keputusan dan hasilnya walaupun dengan 2 unit woofer 12” di belakang but, ruang kargonya masih berbaki untuk membawa barangan. Bahagian but ini dipasangkan dengan kotak khas yang menempatkan 2 unit woofer 12” Memphis yang dikuasakan oleh seunit amplifier monoblock Adams Digital dari siri Energy.

2 unit amplifier digunakan untuk menyempurnakan keseluruhan sistem. Amplifier 4 channel Audio System M-Line 75-4 ini diletakkan dalam but dengan plastik perspek. Setiap satu dari amplifier ini menyalurkan kuasa pada speaker komponen di bahagian depan kokpit dan juga boot lid. Bahagian depan kokpit terdiri daripada 2 unit speaker komponen Adams Digital siri Rubi, manakala di bahagian boot lid pula dianggotai 2 speaker komponen Audio System. Sebagai pengimbang bunyi bass, 4 unit tweeter digunakan. 2 unit dome tweeter Audio System di bahagian boot lid dan 2 unit tweeter Adams Digital di bahagian kokpit depan.

Pujian harus diberikan bila installer mampu membina set ‘mounting’ yang kemas di bahagian boot lid bersama dengan seunit monitor TFT 7” ditengahnya. Kemasan di bahagian ini nampak cukup serasi dengan penggunaan PVC gelap yang ‘menentang’ warna perak pada bahagian kereta. Kerja kemasnya seolah-olah memperlihatkan bahawa ia memang aksesori dari kilang yang dipilih sebagai opsyen belian.

Kata orang putih, kereta ni kelihatan ‘cool’ dengan penampilan dan juga kemasan audio yang sempurna. Ia masih sebuah RX-8 yang tidak ‘autoshow’ tetapi tidak malu untuk hadir mempersembahkan audionya. Kadang-kadang sederhana memang pilihan yang baik, kan?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 29

Previous Post

Pelindung Terbaik Dari Panas Dan Matahari Yang Dipercayai

Next Post

Bermula Dari RM166,108.00, Nikmati Pembayaran Bulanan Percuma Selama Enam Bulan

Next Post

Bermula Dari RM166,108.00, Nikmati Pembayaran Bulanan Percuma Selama Enam Bulan

KATEGORI

  • UTAMA
  • SHOW OFF
  • BULETIN
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI

POPULAR

  • Nilai Bidaan Tertinggi RM202,670 Bagi Plat RAJ 1
  • Suanphak Car Club Luaskan Jaringan Persahabatan
  • Brotherly Love
  • Kenapa Kebanyakan Kereta Warna Hitam Atau Dan Putih?
  • MDNtoish
  • Bukan Semata-Mata Kerana Minat
  • Ini Eminent Sound Master Bukan Eminem Rap God!
  • Brother's, The Largest Auto Accessories Outlet

CAPAIAN

  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved