Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Modifikasi Audioshow dan Autoshow Serba Lengkap

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-01-30
in SHOW OFF, UTAMA
0

Lama betul tak menulis, rasa kekok dan pagi semalam bos telefon suruh hantar satu artikel yang saya rakamkan gambarnya terlebih dahulu. Punyalah liat otak nak berfikir, dari pagi semalam membawa ke petang, kemudian malam dan sampai ke hari ini artikel belum lagi sampai perenggan kedua.

Jadi, inilah dia Proton Savvy milik Subra dari Puchong yang sepertimana dilihat, adalah modifikasi autoshow penuh dari dalam, luar dan juga sistem audio. Melihat pada rekaan luarnya juga sudah kita dapat jangka sejauh mana seriusnya modifikasi yang telah dijalankan.

Yelah, nampak airbrush Kabali atas bonet depan tu? Haa… ini yang dikatakan kreatif. Selalunya jarang yang dapat buat wajah manusia kelihatan seiras dengan teknik airbrush, tapi Savvy ini berjaya memaparkan mesej yang cuba disampaikan.

Proton Savvy ini menggunakan kit badan R3 yang digabungkan dengan hiasan custom warna hijau dan juga pelekat garisan hitam di seluruh badan. Rim asal juga telah digantikan dengan aloi 15 inci bercorak jejaring yang dihiaskan dengan warna yang sama, hijau.

Ruang dalamannya juga menerima penampilan baru. Ia mungkin tidak drastik dengan bahagian modifikasi gentian kaca tetapi susunan semula peralatan (bahagian belakangnya kini dah penuh dengan komponen audio), balutan semula panel pintu, kerusi, bumbung dan papan pemuka dan juga bahagian but belakang yang cukup meriah.

Kereta ini sudah dilengkapi dengan sistem audio untuk pertandingan dan juga pameran. Ia dimulakan dengan pemain utama Clarion 703×1 yang dipasangkan pada bahagian belakang untuk kemudahan kawalan sewaktu dipamerkan.

Begitupun, pemain tersebut hanya bertindak sebagai medium penyalur media sahaja. Pemproses sebenar dipertanggungjawabkan pada pemproses bunyi digital Awave yang disambungkan kepada pemacu bunyi (driver) Lite Driver yang dibahagikan kepada dua gelombang khusus.

Unit pemandu pertama bertugas memacu empat unit amplifier untuk gelombang sederhana dan tinggi. Bagi tujuan tersebut, empat unit amplifier Black General empat saluran B-2480 digunakan. Masing-masing memacu enam unit mid bass 6 inci Black General B1650PA dan juga empat unit tweeter Black General B825.

Kesemua speaker yang disebutkan ini dipasangkan pada bahagian but belakang dalam perumah gentian kaca yang direka khas mengikut kesesuaian saiz Proton Savvy ini.

Walaupun Savvy sebuah kereta mini yang kecil, kepakaran pemasangannya membolehkan kesemua komponen ini berfungsi secara harmoni. Mid bass dipasang pada bahagian sisi sementara horn tweeter dilekapkan pada perumah khusus pada bahagian boot lid. Kemas!

Menyempurnakan sistem SPL kereta ini ialah empat unit woofer Black General B330H yang mendapat bekalan kuasa daripada amplifier monoblok Black General B-2800.1.

Dan kereta ini pun siap. Bila dah siap saya pun senang hati. Nak keluar makan nasi ni, lapar pulak. Korang ada nak pesan apa-apa ke?

Previous Post

Saksi Yang Tidak Pernah Tidur

Next Post

Sistem Audio Kereta Di Luar Kebiasaan

Next Post

Sistem Audio Kereta Di Luar Kebiasaan

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved