
Adakalanya minat tidak timbul sendiri tetapi apabila sudah menjadi kebiasaan, lama-lama ia memupuk dan menyemai minat. Apa maksudnya? Tidak semua orang yang bekerja dalam satu-satu bidang mempunyai minat yang sama pada asalnya. Kadang-kadang, kerana tiada peluang untuk bekerja dalam bidang yang diminati memaksa kita terpaksa suka apa yang dibuat. Misalnya, ada penulis yang mengarang artikel audio kerana kerja dan bukannya minat tetapi lama-kelamaan, pekerjaan mempengaruhi kehidupan seharian dan mendorong penulis tersebut meminati audio.

Begitu juga dengan pemilik kereta ini yang pada asalnya, mahir dalam kerja-kerja pewayaran audio sistem. Lama-kelamaan, kemahirannya membuatkan beliau mula meminati audio kereta. Hasilnya? Beliau membina pula sebuah sistem audio yang memang kelihatan sempurna. Maklumlah, sudah ada kemahiran dan beliau lebih arif tentang sistem audio!
Nama
Hendra Bin Abd Hapid
Kereta Pertama
Perodua Kancil
Kereta Impian
Proton Satria

Kereta
Perodua Kancil 850
Head Unit
Pemain CD Alpine CDE-9874E
Equalizer
– 1 unit pre-amp Alpine
– 1 unit pre-amp Caliber CPE-606
– 1 unit pre-amp Max 5 Band MX-6.1

Amplifier
– 1 unit amplifier 2 channel Audio Quart
– 1 unit amplifier 4 channel Audio Quart Extreme Series AQ-A2580
– 1 unit amplifier monoblock Audio Quart AQ-A1000.1D
Speaker (hadapan)
– 2 unit speaker 6” Audio Quart
– 2 unit speaker 6” MTX
Speaker (belakang)
– 2 unit speaker Coucar
– 2 unit Audio Quart

Woofer
– 6 unit woofer 12” Autotek
Setting
SPL
Kenangan Pahit
Woofer kesayangan hangus
Kenangan Manis
menjuarai pertandingan Soundblaster di Kompleks Sukan Sandakan
Lokasi Impian
Jepun
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Mahir dalam pewayaran audio sistem, timbul minat
Pendorong
Rakan-rakan
Kelab
Sioolon, Blastercrew Sandakan
Pusat Pemasangan
(Milik sendiri) Bengkel Blaster Crew, Lot 1, Block B8, Bandar Labuk Jaya, 17 Labuk Road, 90000 Sandakan, Sabah. No Tel : 012 – 8186 117.























