Masihkah anda ingat, acara yang dinanti-nantikan peminat dunia permotoran? PACG atau Putrajaya Autoshow, Convoy and Gathering yang sering menggegarkan Putrajaya? Apa kata, kita lempar belakang dan sama-sama mengenang kembali kemeriahan acara ini.

Salah satu penganjuran yang dapat perhatian ramai adalah penganjuran pada tahun 2015. Ia berjaya menghimpunkan lebih 3000 orang sepanjang acara berlangsung.

Dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan diselaraskan oleh KW Motorsport Autoshow, acara dimulakan seawal 10.00 pagi dan berlanjutan sehingga lewat tengah malam. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi menghiburkan para pengunjung yang hadir.

Antara program dan aktiviti yang diadakan termasuk Autoshow yang dibahagikan kepada beberapa kategori; K-Car, Perodua Modified, Proton Modified, Extreme Open Car, National Car Standard dan macam-macam lagi.
Anda rindu tak nak sertai acara-acara begini lagi?



























