Lebih 600 penyertaan kelab kereta Saga Iswara telah memeriahkan penganjuran KW Autoshow Limbo Stance Gathering Saga Iswara yang berlangsung di Pasaraya Lotus’s Seremban 2 pada 27 Mac yang lalu. Dianjurkan oleh KW Motorsport Autoshow dengan kerjasama barisan penaja yang terdiri daripada Pasaraya Lotus’Seremban 2, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Koyoko Sdn Bhd, Kenda Tire, Yahyason Generation Media dan Kim Wah Sdn Bhd.
Acara ini telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Muhamad Taufek Abd Ghani (Ekspo Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan). Bagi memeriahkan lagi tapak acara seterusnya menghidupkan kembali dunia modifikasi kereta, pelbagai aktiviti telah disusun serta berjaya disempurnakan. Antaranya termasuk enam kategori autosho yang dipertandingkan bersama kategori lima terbaik. Diikuti empat kategori Limbo dan 5 Best Stance. Selain itu, 5 pemenang Best Car Club Supporter turut diumumkan;
1- Saga Iswara Malaysia Club (SIMC)
2- Saga Iswara Official Club (SIOMC)
3- Generasi Sagawara Malaysia Community (GSMC)
4- Geng Saga Buruk N9 (GSBN9)
5- Saga VVT Owner Club (SAVVTOC)
Sebagaimana dinyatakan awal tadi, sebanyak 600 penyertaan kelab kereta Saga Iswara telah diterima, manakala lebih 100 kereta autoshow dan limbo stance juga 21 kelab Saga Iswara menyertai segmen Gathering. Tidak ketinggalan, penyertaan dari 3 kelab Yamaha R25 hadir menyemarakkan lagi penganjuran acara dan sebagai tanda sokongan. Bagi makluman, antara kelab-kelab kereta Saga Iswara yang hadir datang dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Johor, Melaka, Lembah Klang dan juga seluruh Negeri Sembilan.
Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur KW Motorsport dan terima kasih barisan penaja yang banyak memberikan kerjasama sepanjang berlangsungnya acara ini. KW Motorsport bakal menganjurkan satu lagi program permotoran selepas raya nanti. Tunggu!