Salah seorang peminat audio kereta paling muda yang sentiasa berkongsi cerita dengan Kar HiFi, Samson Beh. Sewaktu gambar kereta ini dirakamkan, beliau baru sahaja berumur 18 tahun dan sudah 2 tahun bergiat aktif dalam dunia pertandingan audio kereta. Apa yang menarik dengan semangat yang ada pada Samson, beliau gigih berusaha untuk memuaskan kehendak hatinya.

Walaupun dari pandangan mata kasar, sistem audio ini tidak segah mana tetapi hasil bunyinya boleh tahan. Beliau juga pernah berkongsi, betapa kecewa dan ia menjadi salah satu kenangan paling pahit apabila duitnya tidak cukup untuk membina sistem audio seperti yang diidamkan. Kini, beliau tidak lagi aktif bermain audio kerana beralih arah dan lebih aktif bermain motor. Namun, pastinya beliau tersenyum apabila mengenangkan kenangan bermain audio di satu masa dahulu.
Nama
Samson Beh
Kereta Pertama
Suzuki Swift Sport

Kereta
Suzuki Swift Sport & Perodua Kancil
Head Unit
Pioneer AVH-P4250 DVD
Equalizer
– Ameron EQL 7.1

Amplifier
– 1 unit amplifier 4 channel Agako AK-404D
– 1 unit amplifier 4 channel Trans TRA-754
– 1 unit amplifier monoblock Cerwin-Vega K0-3635D

Speaker
– 2 unit mid speaker 6.5” MTX CTC-160
– 2 unit speaker Ameron AM62N
– 2 unit mid speaker 6.5” Mohawk MS6

Woofer
– 2 unit woofer 12” Ameron Comp 32
Setting
SPL
Kos Modifikasi
RM10,000
Kenangan Pahit
– Tak cukup duit buat modifikasi
Kenangan Manis
– Kereta kepunyaan dikatakan bagus
Lokasi Impian
– Amerika
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Kawan-kawan perkenalkan kepada ICE

Pendorong
Kawan-kawan
Kelab
Murky Team and Swift Club Taiping
Pusat Pemasangan
Unique Audio & Performance, 157 Jalan Simpang, 3400, Taiping Perak. No Tel : 012 – 531 5481.
Pencapaian
–
























