Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Meet The Adams Family

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-09-24
in SHOW OFF, UTAMA
0

Minat orang Malaysia dengan sistem audio kereta bukanlah sesuatu yang baru. Sejak masih kanak-kanak dulu pun, saya selalu mengikut arwah bapa saudara yang begitu meminati sistem audio kereta tetapi malangnya, modal dia agak kecil. Jadi dengan berbekalkan modal yang terhad, beliau memilih jenama aksesori audio yang mempunyai harga yang agak rendah bagi memuaskan minatnya. Pada zaman itu pun, jenama-jenama besar macam Rockford Fosgate, Alpine, Blaupunkt telah wujud di pasaran Malaysia dan sama macam zaman sekarang, tapi jenama-jenama ini hanya mampu dibeli oleh mereka yang berduit saja.

Pada zaman sekarang, terima kasih kepada minat yang mendalam terhadap sistem audio kereta yang mampu milik, semakin banyak jenama audio berkos sederhana mula muncul di pasaran Malaysia. Salah satu daripadanya ialah Adams Digital yang menghasilkan pelbagai jenis aksesori audio pada harga yang mampu milik kepada kebanyakan peminat audio di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, Adams Digital ialah produk buatan negara Denmark yang lebih terkenal sebagai pengeluar biskut butter.

Untuk membuktikan produk ini setanding dengan produk audio yang lebih mahal, pihak Adams Digital Malaysia telah mengubahsuai sebuah Toyota Vios dan aksesori dari Adams Digital telah digunakan sebagai teras sistem audionya. Unit utama yang digunakan untuk Vios ni ialah seunit pemain CD Pioneer DEH-7200SD untuk main-balik audio dan seunit pemain DVD TRX bagi tujuan main-balik video digital. Memandangkan kereta ini mempunyai dua unit utama yang berbeza, installer sistem audio ini menggunakan dua unit pre-amp Adams Digital AMP-6X0 dan seunit pemproses isyarat digital Clarion EQS746.

Dari situ, isyarat audio yang diterima dari unit utama dan pre-amp disalurkan kepada seunit amplifier 4 saluran Adams Digital ADS-80.4 dan seunit ampllifier 2 saluran Adams Digital ADS-80.2. Amplifier 4 saluran tu bertanggungjawab memproses dan menguatkan isyarat bunyi yang disalurkan kepada empat unit speaker mid-bass satu hala Adams Digital AX-600. Speaker-speaker berkenaan dipasang pada deck lid but belakang di dalam perumah custom yang dibina dari bahan gentian kaca.

Pada perumah custom tu jugak kelihatan dua unit horn tweeter Adams Digital EX-600 yang kuasanya dipacu oleh amplifier 2 channel yang saya cerita awal-awal tadi. Sistem audio jenis SPL atau sound pressure level tak akan lengkap kalau bunyi bass gagal dihasilkan dengan sempurna. Toyota Vios mempunyai ruang but penyimpanan barang yang agak luas dan ini memungkinkan installer sistem audio ini meletak 3 unit woofer 12” dari Adams Digital EX-3000. Sebuah perumah custom daripada kayu terpaksa dibina bagi menyokong beban woofer tersebut dan membantu menghasilkan bunyi bass yang padat.

Untuk memberi kuasa jitu kepada woofer tersebut, dua unit amplifier jenis monoblock Adams Digital dengan kuasa maksima 2500watt telah digunakan untuk memacu woofer berkenaan. Amplifier ini telah dibridge bagi menghasilkan kuasa maksima terkumpul sebanyak 5000 watt yang lebih dari cukup untuk memastikan bunyi bass yang dihasilkan berkuasa tinggi.

Kesemua amplifier yang digunakan telah disorok dengan kemas di dalam ruang kosong di bawah lantai but belakang kereta dan selapis perspex lut sinar digunakan bagi melindungi amplifier ini dan juga bertujuan memberi akses untuk orang ramai melihat produk dengan lebih jelas.

Sebagai sebuah kereta yang sering dipertandingkan, ubahsuai dari segi visual jugak agak penting bagi menarik minat orang ramai untuk melihat keretanya. Vios generasi pertama ni dipasang dengan bodykit custom manakala bahagian seperti bonet depan dan spoiler belakang dibalut dengan kemasan sticker karbon. Rim asal Vios ni pun dah diganti dengan rim Buddy Club P1 yang melengkapkan gaya yang dikehendaki oleh pemilik Vios ni.

Bagaimana pulak dengan prestasi sistem audio Vios ini? Baiklah, kereta Vios ni dengan aksesori audio Adams Digital baru-baru ini telah memenangi tempat ketiga di dalam kategori Amatur SPL dengan dua atau lebih woofer berdiameter 12 inci. Ini ialah bukti anda tak perlu menggunakan aksesori audio yang mahal untuk mendapat hasil yang terbaik.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 54

Previous Post

Green Hell, Edisi Khas Audi R8!

Next Post

Ghost Extended Baharu Dari Rolls-Royce

Next Post

Ghost Extended Baharu Dari Rolls-Royce

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved