Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Malam Yang Penuh Dengan Inovasi, Informasi dan Interaksi

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2025-04-15
in BULETIN, UTAMA
0

Suasana di Greenford Glasshouse Secret Garden, Klang bertukar menjadi pentas penuh gemerlapan dengan berlangsungnya acara Product Launching Haites X LOKA yang diadakan pada 10 April lalu. Bermula sekitar jam 6.00 petang, kehadiran para jemputan disambut meriah termasuk barisan tetamu kehormat, rakan kongsi perniagaan, serta para penggiat utama dalam industri audio dan teknologi automotif.

Para tetamu disambut mesra di kaunter daftar masuk sebelum diberi peluang melihat sendiri demonstrasi produk Haites dan sistem ekosistem LOKA yang dipamerkan di stesen demo khas. Suasana interaktif ini memberi ruang kepada para tetamu untuk mengenali keunikan inovasi yang dibawa oleh gabungan dua jenama ini.

Acara diteruskan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis, diikuti dengan pengenalan barisan tetamu kehormat yang diwakili oleh wakil masing-masing. Antaranya seperti CelcomDigi, GX bank, Zurich, My Service dan My Opal. Diikuti rakan kongsi utama yang banyak memberikan sumbangan terhadap kejayaan projek ini. Para hadirin berpeluang mendengar ucapan dari wakil Amtel dan juga AK Audio termasuk Dato’ Tee yang berkongsi kisah ringkas dan inspirasi di sebalik penubuhan AK Audio.

Seterusnya, para hadirin diperkenalkan tentang ekosistem LOKA dengan lebih terperinci oleh Young dan Wee, di mana mereka menerangkan bagaimana penyelesaian ini mengintegrasikan pelbagai sistem dalam satu platform pintar. Tayangan video produk Haites dan sesi soal jawab yang dikendalikan secara interaktif oleh Kenny turut menambahkan lagi elemen informatif dan menarik sepanjang acara berlangsung.

Kemuncak acara tiba dengan pelancaran rasmi produk dan upacara simbolik pemotongan reben oleh wakil dari Amtel dan AK Audio, yang diiringi dengan sesi bergambar antara dua pihak. Acara diteruskan dengan majlis penghargaan kepada 12 syarikat terpilih yang telah menunjukkan kerjasama cemerlang, disampaikan sendiri oleh Dato’ Tee di atas pentas.

Sebelum tirai malam dilabuhkan, para tetamu turut menikmati sesi makan malam sambil beramah mesra dalam suasana santai. Cabutan bertuah dan ucapan penutup oleh pengacara majlis menandakan berakhirnya satu malam yang bukan sahaja penuh dengan informasi dan pelancaran teknologi baharu, tetapi juga ikatan erat antara rakan industri. Pelancaran produk Haites X LOKA ini jelas membuktikan komitmen ke arah inovasi dan kerjasama strategik dalam industri automotif dan hiburan digital.

Previous Post

Mencipta Kenangan Indah di Copper Mansion

Next Post

Dari Speaker ke Street Style, Inilah Nadi Sebenar Dunia Audio Kereta

Next Post

Dari Speaker ke Street Style, Inilah Nadi Sebenar Dunia Audio Kereta

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved