Kar Hifi
Parasol
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Lima Langkah Awal Untuk Bina Sistem Audio Dalam Kereta!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2022-06-22
in BULETIN, UTAMA
0

Apa tujuan membeli kereta baharu? Boleh jadi macam-macam sebab tapi yang paling utama tentunya yang berkaitan prestasi, enjin, kecekapan bahan bakar dan juga keselesaan. Jarang orang membeli kereta atau bertukar dengan kereta baharu semata-mata kerana ingin memiliki sistem audio premium. Betul tak?

Bagi pencinta audio tegar, lain pula ceritanya kerana tiada pilihan lain dan kereta yang digunakan sekarang mempunyai fungsi lebih penting sebagai kereta keluarga. Tidak hairanlah ada yang sanggup mengeluarkan duit dan membeli kereta kedua untuk merealisasikan impian audio yang sudah lama didambakan.

Bagaimana pula yang baru hendak memasang sistem audio sebab termakan hasutan atau pengaruh rakan-rakan? Godaan bass yang berdentum-dentum, membuatkan mereka juga turut terjebak tetapi tidak tahu macam mana nak mula? Kalau ikut kawan yang betul-betul ada citarasa tepat tentang dunia audio, tak susah dan tak lari jauh pun kualiti yang dihasilkan sistem audio. Kalau yang syok sendiri, macam mana pulak tu?

Jangan kusut dan mengusutkan lagi keadaan kerana artikel ini kami kongsi lima langkah awal untuk membina sistem audio dalam kereta yang diharapkan dapat membantu!

Tidak perlu bajet tinggi untuk membina sistem audio dalam kereta. Proses membina sistem audio sebenarnya amat menyeronokkan. Jangan paksa diri untuk menyempurnakannya sekali gus, cukup buat ansur-ansuran kerana sepanjang proses membina sistem audio ini akan membuatkan anda belajar dan rasa perbezaan yang dihasilkan di setiap proses.

1- Ganti Pemain Utama Stok Kilang
Perkara paling utama yang perlu ditukar tentulah pemain utama yang datang dari kilang. Pilih pemain utama yang mampu menghasilkan sistem bunyi yang baik. Ia memberikan lebih kuasa yang bermaksud, bunyi yang jauh lebih bagus dihasilkan speaker pada mana-mana volume. Pastikan juga, pemain utama tersebut dapat memainkan lagu dari bluetooth, USB dan stesen radio tempatan.

2 – Dapatkan Speaker Baharu
Tidak dinafikan, pemain utama baharu mampu menghasilkan bunyi yang lebih baik berbanding pemain utama stok kilang yang didatangkan bersama kereta. Kalau anda benar-benar serius ingin menikmati audio yang lebih baik, merdu dan padu, tiba masa untuk bertukar dengan speaker aftermarket. Tak perlu terus pasang 4 speaker, gantikan dahulu speaker yang berhampiran dan juga kena dengan bajet. Take it slow, jangan terburu-buru!

3 – Bekalkan Lebih Kuasa Untuk Sistem Stereo
Selepas menggantikan atau menambah lebih banyak speaker, perkara yang perlu dilakukan adalah menambah kuasa dengan memasang amplifier. Kuasa tambahan yang datang dari amplifier ini akan membantu speaker memberikan potensi sebenar, bunyi lebih jelas dan lebih padu. Lazimnya, amplifier 4 channel sudah cukup untuk menguasakan speaker depan dan belakang. Jika berniat nak pasang subwoofer, tambahkan satu lagi amplifier yang berasingan.

4 – Lebih Bunyi Bass
Bagi kebanyakan peminat audio, memasang subwoofer menjadi detik-detik yang mampu memberi kepuasan sepenuhnya. Walaupun anda bukan penggila bunyi bass tegar, anda tetap menghargai penambahan sub dalam muzik yang didengari dalam lagu-lagu kegemaran.

5 – Amplifier Hanya Untuk Subwoofer
Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, kalau mahukan kuasa dan bunyi yang lebih sedap, anda perlu memasangkan satu amplifier yang berasingan. Amplifier monoblock khusus untuk mengeluarkan bunyi bass yang didambakan menerusi subwoofer. Jika subwoofer dipasangkan di tempat letak barang di belakang kereta, balut terlebih dahulu dengan penebat (banyak pilihan di pasaran) yang bertujuan mengurangkan getaran sekali gus menghasilkan bunyi yang lebih mampat.

Setelah selesai lima langkah ini, anda sudah bersedia untuk mengemaskini sistem audio ke satu peringkat lebih tinggi. Untuk itu, mungkin boleh bersambung di entri yang lain!

Previous Post

Kustom Kulture kembali untuk sambutan ulang tahun yang ke-10

Next Post

Fleksibiliti yang ditambahbaik dan keselesaan pemanduan, kini dibuka untuk tempahan

Next Post

Fleksibiliti yang ditambahbaik dan keselesaan pemanduan, kini dibuka untuk tempahan

CAPAIAN

  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved