Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

License To Transform

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-14
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sesiapa sahaja yang melihat kereta ini tahu bahawa ia telah menjalani proses modifikasi secara menyeluruh. Tetapi, apakah model sebenar yang tertanam di sebalik permodifikasian ekstrem ini? Pertama kali memandang kereta yang dimandikan animasi Transformer ini, segala urat yang disambungkan ke bahagian otak terus bercelaru. Benar! Memang keliru dibuatnya. Anda pula bagaimana? Dapatkah anda mengecam model asal kereta yang telah dipakaikan modifikasi tahap melampau ini?

Tanpa melihat keseluruhan dan hanya berbekalkan profil hadapan kereta ini, tekaan awal saya, kalau bukan Waja tentu sekali ianya Gen 2. Hakikatnya, model asal kereta ini ialah Iswara! Terima kasih kepada headlamp eagle eye dan bodykit iras BMW yang dipakaikan ke atas kereta ini sekaligus membuatkan tekaan saya tersasar. Secara tidak langsung, ia menunjukkan kehebatan pemilik kereta ini saudara Mohd Taib, mampu memperdayakan daya penglihatan sesiapa sahaja. Tahniah!

Pasti anda pernah mendengar pepatah ‘license to kill’ (lesen untuk membunuh), maka jenama Audio Quart ini pula lesen untuk transformasi. Buktinya, kereta Iswara yang dipenuhi dengan produk jenama ini. Bagi memberi keseimbangan kepada bunyi yang terhasil, modifikasi pada Iswara ini dilihat sebagai satu langkah bijak. Taklah dikata orang, bunyi saja gempak tapi kereta kampungan. Lebih hebat lagi, modifikasi yang dipakaikan pada Iswara ini pula mampu menafikan model sebenarnya.

Baiklah, tinggalkan dulu sesi puji-memuji dan terus kepada sistem I.C.E kereta ini yang kelihatan padat. Sama ada di bahagian ruang tempat letak barang mahupun bahagian tempat duduk belakang. Bagi memberikan definisi modifikasi yang lengkap dan sempurna, Taib membina dua sistem I.C.E dalam keretanya. Di bahagian belakang dan bahagian hadapan. Oh ya, tidak perlu teka talaan yang dikenakan kerana kedua-dua sistem ini, menggunakan talaan SPL, mendahulukan bass dan menghasilkan dentuman yang amat KUAT!

Jika anda pecinta I.C.E, pasti dapat membaca bahawa sistem yang dipakaikan ke atas kereta Iswara ini tidaklah rumit. Mudah kerana dianggotai set asas biasa termasuklah woofer, speaker, pre-amp, amplifier dan semestinya pemain utama. Ini juga yang dipakaikan kepada kedua-dua sistem dalam kereta ini. Mendahului senarai adalah pemain DVD dari Alpine, model IVA-D100E. Berfungsi dengan skrin sesentuh, memudahkan Taib untuk mengemudi pemanduan sambil memilih lagu yang diinginkan mengikut situasi.

Memandangkan Iswara ini mempunyai 2 sistem, maka lebih mudah jika diteliti satu per satu dan saya memilih untuk memulakannya dengan bahagian hadapan. Selepas mengalami proses pembacaan data di pemain utama, isyarat yang terhasil akan dihantar pula kepada pre-amp Audio Quart AQ-P778 yang mana kemudiannya akan dihantar pula kepada dua unit amplifier Audio Quart. Amplifier 4 channel AQ-854 dan amplifier monoblock AQ-7500D.

Berbicara tentang Audio Quart, jenama ini merupakan salah satu jenama yang mempunyai keluaran model terbanyak dalam masa yang amat singkat! Lebih membanggakan ianya dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini dan mendahulukan kualiti. Kebiasaannya jenama yang mengejar kuantiti akan kurang pada kualiti, tetapi itu tidak terjadi pada jenama ini. Hebat bukan? Kuantiti dan kualiti bergerak seiringan.

Amplifier monoblock digunakan untuk memacu 2 unit woofer 12” Audio Quart AQ-12100 yang dipasangkan secara terbalik dan diletakkan di bahagian ‘bekas’ tempat duduk. Bahagian asal terpaksa dikorbankan untuk memberi posisi terbaik kepada woofer. Supaya ia dapat menghasilkan bunyi bass paling maksima dan kedengaran jelas di dalam kereta. Ditambah pula dengan penggunaan fiber, semakin menjadi-jadi dentumannya. Manakala satu unit amplifier 4 channel digunakan untuk memacu 4 unit speaker komponen MTX Audio.

Bergerak kepada sistem kedua, sepertimana yang berlaku pada sistem awal tadi, data yang selesai dibaca dan diproses oleh pemain utama akan menghasilkan isyarat lalu dialirkan kepada pre-amp Audio Quart AQ-P778. Dari stesen ini, isyarat tersebut akan dibahagikan kepada 3 unit amplifier yang bersedia untuk memacu jentera speaker dan woofer. Amplifier ini terdiri daripada satu unit amplifier 4 channel Audio Quart AQ-854 dan 2 unit amplifier monoblock Audio Quart AQ-7500D.

Amplifier 4 channel bertugas dan memikul tanggungjawab untuk memacu jentera speaker yang terdiri daripada speaker komponen dan juga horn tweeter. Speaker yang digunakan Taib, masih lagi dari jenama Audio Quart dan digabungkan pula dengan jenama MTX Audio. 4 unit speaker komponen Audio Quart dan 2 unit speaker komponen MTX Audio. Amplifier yang sama turut memacu 2 unit horn tweeter Audio Quart, AQ-25HT. Seterusnya, 2 unit amplifier monoblock yang memacu 4 unit woofer 12”Audio Quart AQ-12100. Dalam memastikan tiada masalah dalam bekalan, Taib menggunakan 3 unit kapasitor E-202 3.0 Farad. Bijak betul!

Bagi memperolehi sistem I.C.E seperti yang dimiliki oleh Taib ini, memerlukan pengorbanan yang terlalu banyak. Bukan sekadar duit, malah masa dan juga ruang. Ruang yang dimaksudkan di sini, ada dua. Sama ada ruang untuk kereta mahupun, ruang untuk ‘menggila’ dengan kawan-kawan yang berkongsi minat sama. Anda bersedia untuk mengorbankan kedua-duanya? Buka dompet, tanyalah duit…

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 15

Previous Post

Voodoo Blue Toyota Celica

Next Post

Sistem Audio Kereta Di Luar Kebiasaan

Next Post

Sistem Audio Kereta Di Luar Kebiasaan

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved