Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kona 1.6 Turbo N Line Dan 1.6 Turbo Durbo Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-07-16
in BULETIN, UTAMA
0

Pelancaran Kona dengan varian 1.6 Turbo ini sekali gus menjadikan ia sebagai SUV segmen B paling berkuasa di pasaran. Kona 1.6 Turbo N Line akan menjadi model N Line pertama untuk Malaysia. Model N Line didatangkan dengan gaya dan ciri-ciri yang telah dikemas kini selain trim standard. Ia juga dikenakan dengan elemen sporty untuk gaya dan juga aerodinamik.

Dengan kuasa yang lebih, pengendalian lebih cekap serta tayar premium, menjadikan pemanduan setiap kereta lebih menyeronokkan. Diikuti dengan prestasi cemerlang, model N Line ini mengekalkan keseimbangan kombinasi di antara teknologi, keselamatan dan juga dalam masa yang sama, mementingkan keselesaan.

Dilengkapi dengan sistem keselamatan dan juga teknologi bantuan memandu Hyundai Smartsense, Kona menduduki rating tertinggi dalam Euro NCAP sebagai SUV segmen B paling selamat. Dengan kata yang lain, kedua-dua varian 1.6 T-GDi ini mencapai piawaian standard keselamatan tertinggi di Eropah.

Menurut Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors, En. Low Yuan Lung berkata, mereka yakin dengan pengenalan Kona N Line ini yang mampu menerajui segmen B-SUV bukan hanya dari segi penampilan tetapi juga prestasinya. Ramai yang meminati model N dan N Line dari jenama Hyundai ini dan ia satu respon yang cukup baik khususnya untuk Kona N Line yang lebih sporty.

Kedua-dua varian 1.6 T-GDi ini dikuasakan dengan Smartstream G1.6 T-GDi, enjin petrol inline 4-silinder turbocharged yang dipadankan dengan Smartsteam 7DCT – transmisi dwi-klac 7-kelajuan generasi kedua yang menghasilkan 198PS pada 6,000rpm dan tork 265Nm pada 1,600-4,500rpm. Enjin Smartstream menawarkan prestasi dinamik dengan pemanduan lebih lancar, lebih selesa untuk dipandu, mengurangkan pelepasan serta penggunaan bahan api yang lebih cekap.

Manakala untuk rekaan eksterior pula, Kona N Line tampil lebih menyerlah dari depan sampai belakang, warna berlapis dan rekaan roda diamond-cut. Bahagian interior pula menampilkan pakej warna N Line 1 ton, kulit hitam digabungkan dengan tempat duduk yang mempunyai pengaliran udara dan haba untuk pemandu dan juga penumpang di bahagian hadapan. Sebagai tambahan, jahitan merah, pedal metal dan logo N pada gear shift, stereng dan semua tempat duduk yang lebih sporty.

Jika berminat, anda boleh menempah Kona 1.6 Turbo N Line dan 1.6 Turbo secara atas talian menerusi platform baru Hyundai atau hubungi mana-mana bilik pameran Hyundai yang sah. Pelanggan juga boleh menghubungi talian servis pelanggan Hyundai 1-300-13-2000 untuk maklumat lebih lanjut.

Previous Post

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION baharu dilancarkan pada harga bermula RM247,670.97

Next Post

Hyundai Elantra N 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM126,000

Next Post

Hyundai Elantra N 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM126,000

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved