Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kombinasi Audio & K-Car Yang Menyeronokkan

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pertarungan untuk mendapatkan bahan terbaik bagi tatapan majalah ini tidak pernah berhenti. Cabarannya tetap ada di mana setiap bulan kami terpaksa memilih dengan berhati-hati jenis apa yang layak dijadikan paparan mukadepan. Kadangkala kami berdepan dengan ‘que’ yang cukup panjang kerana anda perlu tahu kami masih mempunyai kereta yang belum lagi disiarkan walhal gambarnya telah dirakam lebih setahun yang lalu!

Peluang turun ke Johor Bahru menemukan satu lagi jenis yang anda ingin lihat. Audio pada sebuah Kenari. Memang kombinasi yang bagus buat sebuah K-Car tinggi lampai dengan pintu belakang jenis bukaan tepi. Dimensi Kenari itu sendiri adalah satu kelebihan mutlak bagi sesiapa sahaja yang inginkan sebuah kenderaan asas yang menang dari sudut saiz.

Lalu, jenis Kenari yang bagaimana layak diketengahkan sebagai paparan mukadepan? Sebuah kereta yang dipasangkan dengan kit badan pelik? Mungkin, tetapi kali ini kami memilih sebuah kereta dengan 11 unit woofer. Ya. bukan salah angka, memang kereta ini dipasangkan dengan 11 unit woofer di mana 1 darinya bersaiz 15 inci. Dapatkah anda bayangkan bunyi yang dihasilkan? Silap haribulan, boleh musnah isi gegendang telinga. Memang sesuai pun dengan nama, si kecil yang memusnah.

Bagaimana untuk memasang sistem begini? Menempatkan speaker dalam jumlah sedemikian adalah satu cabaran besar apatah lagi menalanya bagi memastikan bekalan kuasa adalah cukup. Ini bagi mengelakkan terjadinya bilangan sahaja yang gah tapi bunyi seperti tong sampah.

Sebelum memasang woofer, perumah untuk menempatkannya telah diukur dengan teliti. Dalam keadaan lazim, ruang belakang digunakan secara maksima sehingga ke bahagian muka tailgate dengan mengambilkira fungsi barisan tempat duduk belakang. Tetapi jika anda mahukan woofer sebanyak ini adalah mustahil untuk mengekalkan kereta ini dengan kedudukan kerusi 5 penumpang. Justeru membuka tempat duduk belakang adalah jalan penyelesaian yang tepat.

Perumah untuk speaker ini dibuat pada jarak 20” lebih dalam dari posisi luar gate belakang. Pada peringkat awal, satu lapisan papan tebal telah ditempa sebagai platform asas untuk menempatkan 8 unit woofer 12” Stellar dengan mengelilingi satu sama lain. Ruang tengah ditinggalkan untuk 1 unit woofer 15” Stellar yang memang mempunyai tahap dentuman minima pada ruang terhad. Di antara woofer ini telah dibuat lubang kedap untuk mengalirkan udara dari sub dengan ukuran tertentu. Di bahagian bawah lantai pula, 2 unit woofer 12” Stellar lagi dipasang secara terbalik.

Kuasa? Kita akan bincangkan kemudian. Kita lihat dahulu bagaimana pula mid bass dipasangkan pada kedudukan ini.

Mid bass Stellar 6” berjumlah 12 unit dipasangkan di sekeliling woofer tadi. Pemasangannya adalah satu cabaran kerana ruang yang ada pada platform papan pertama tidak lagi mampu memuatkannya. Foo Hai telah menggunakan teknik ‘side mount’ untuk semua speaker tersebut yang mana perumah khusus ditempa di bahagian sisi hud dengan unjuran sangat rapat. Maksud saya, benar-benar rapat sehinggakan 8 unit horn tweeter terpaksa diposisikan pada lokasi paling sukar. Tidak cukup dengan itu, Foo Hai juga memasang seunit monitor LCD 7” menjadikan ruang belakang Kenari ini cukup sendat!

Sekarang kita tinjau kuasa yang diperlukan untuk memastikan speaker yang dipasang tadi tidak hanya sekadar hiasan. Bermula dengan woofer, 2 unit amplifier Stellar M.2400 digunakan untuk memandu setiap 3 woofer 12”, 2 unit amplifier yang sama memandu baki 4 unit woofer 12”. 1 unit woofer 15” pula telah menggunakan satu channel khas dari M.2400 berasingan kerana dengan ukuran dwi koil suara dan magnet seberat lesung batu adalah mustahil untuknya berkongsi kuasa dengan mana-mana pembesar suara yang lain. Secara keseluruhannya, 5 amplifier digunakan untuk barisan woofer sahaja. Dahsyat!

Anehnya, 12 unit mid bass yang dipasangkan tadi menggunakan satu unit amplifier sahaja iaitu unit 3502 dan tweeter menggunakan amplifier yang sama dari unit berlainan. Kedengarannya mungkin pelik tetapi apa yang dibuat pada sistem kereta ini memberi tumpuan sepenuhnya pada frekuensi rendah bass. Oleh yang demikian, talaan pada mid dibuat hanya separuh dari kemampuannya malah frekuensinya dihalakan pada 150hz ke atas.

‘Ketua’ bagi keseluruhan sistem Kenari ini dipilih dari 2 unit pemain Pioneer DVH-3950MP dan DEH-P7450MP. Semua frekuensi bacaan dan talaan muzik dipindahkan kepada pre-amp Stellar SD-7PQ dan pre-amp Bass Attack BA-88 sebelum disalurkan pada unit speaker tadi. Tidak banyak yang hendak saya ceritakan mengenai pemain ini kerana ia tidak mempunyai ciri menarik. Bagi sebuah sistem SPL, membeli pemain berfungsi canggih adalah perkara terakhir yang akan dibuat. Ia tidak perlu. Apa yang penting ialah isyarat lurus dan seterusnya ia berkenaan dentuman dan kuasa speaker.

Keseluruhan pembinaan Kenari ini adalah tentang SPL, sesuatu yang terang lagi bersuluh. Untuk menghasilkan kereta sebegini bukanlah mudah malah berdepan dengan masalah konsistensi kualiti akhir. Biasanya, sistem dengan watt besar berhadapan dengan dilema produk yang gagal bertahan lama. Lebih memeritkan lagi bila timbul masalah dan anda tidak tahu di mana puncanya. Sistem begini perlukan kerja keras, kepakaran dan kesabaran kerana jika tidak, projek akan berhenti separuh jalan. Oh. Ya. pertandingan audio kita ada kategori ‘fun’ atau tidak?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 21

Previous Post

SUV Tempatan Yang Ditawarkan Pada Harga Bermula RM79,200

Next Post

Dimulakan Secara Rasminya Di Pekan Dengan Pengeluaran Sebanyak 6,000 Unit Setahun

Next Post

Dimulakan Secara Rasminya Di Pekan Dengan Pengeluaran Sebanyak 6,000 Unit Setahun

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved