Pasaraya atau pusat beli belah yang cukup dikenali di kalangan para penggiat dan pengusaha modifikasi kereta adalah KIP Mart kerana sering menyediakan program-program yang melibatkan dunia permotoran. Baru-baru ini, sebuah lagi cawangan pasaraya ini telah menganjurkan Autoshow.


Diadakan pada 7 April lalu, KIP Mart Masai telah bekerjasama dengan Creative Network dan menganjurkan KIP Autoshow 2019. Bagi memeriahkan lagi penganjuran program ini, pihak penganjur turut menyediakan pelbagai aktiviti dan kategori untuk disertai para peserta.


Antara aktiviti yang sempat disediakan dan diadakan oleh pihak penganjur termasuk pertandingan autoshow yang dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Perodua Modified, Proton Modified, Oversea Car Modified, Best JDM, Best Cutting Sticker, Best Wrapping Sticker, Best Wrapping + Cutting Sticker dan juga segmen Cabutan Bertuah.






































