Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kia, The Optima Horizon

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-07-22
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kia, The Optima Horizon

 

Pada sekitar tahun 2005 dulu, saya hampir membeli kereta Kia Optima. Semuanya sebab kecewa dengan seorang penjual Honda Accord yang membatalkan transaksi di saat akhir. Masa tu saya ingat lagi, saya baru menjual Civic dan ketiadaan kereta dalam seminggu gara-gara urusan dengan Accord yang tidak jadi.

Ke hulu-ke hilir mencari kereta yang nak dibeli dan akhirnya berhenti di sebuah pusat edaran Kia melihat kereta ini. Masa tu, kereta banyak stok dan boleh dapat dalam tempoh 2 hari bekerja saja. Spesifikasinya menarik, CBU, enjin, sunroof dan pelbagai ciri yang tak ada pada kereta dalam kelasnya. Jual pun tak mahal, masa tu kalau tak silap sekitar RM100 ribu sedangkan masa tu Perdana V6 pun lagi mahal!

Tapi akhirnya saya tidak beli sebab, saya jenis yang tidak suka pakai sesebuah kereta dalam tempoh yang lama. Beli Kia baru ni alamatnya memang tempah penyakit jawabnya. Harga kereta Korea zaman ini masih tidak mesra pengguna. Lihat sahaja di laman web jual beli sekarang berapa harga jualan model terpakai macam ni.

Susut nilai yang teruk bukan bermakna kereta itu tidak bagus. Banyak faktor, antara punca utamanya ialah permintaan yang rendah. Bila permintaan rendah, ia beralih kepada mereka yang benar-benar mahukan kereta untuk nilai wang yang dibayar. Sama kesnya dengan pemilik kereta ini. Wang yang dibayar utuk memiliki sebuah Optima terpakai sama dengan nilai sebuah Viva sahaja. Jadi tunggu apa lagi?

Sejak memilikinya setahun lalu, pemilik Optima ini telah memilih untuk menggunakannya sebagai kereta harian untuk satu tempoh masa yang lama. Tidak menunggu lama, beliau mengambil keputusan untuk meingkatkan kemampuan sistem audionya. Ia bermula dengan penukaran pemain asal, kemasukan woofer 12” dengan kotak aftermarket dan speaker yang diganti entah dari jenama apa.

Setelah bergaul dengan kelompok peminat audio JB, seleranya semakin membesar. Rombakan mula dibuat dengan memasang pemain Pioneer AVH4350DVD dengan kelajuan bit yang lebih baik dan juga fungsi DVD yang terkenal itu. Dari pemain ini, ia disambungkan kepada pre-amp Performance PQ-4 yang dipasangkan di bahagian bawah konsol dashboard. Agak tersorok tetapi masih mudah dicapai untuk penalaan.

Pre-amp ini membahagikan destinasi audionya kepada 3 unit amplifier iaitu Horizon HR80.4, HR60.2 dan Performance PF2400. Amplifier Horizon HR80.4 yang berkemampuan dengan keluaran 4 saluran, bertugas memantapkan keluaran bunyi untuk 2 unit speaker komponen Horizon 6” untuk panel pintu hadapan dan 2 unit lagi yang dipadankan pada papan speaker belakang untuk menyokong bunyi dalaman.

Ruang but kereta ini nampak elegan dengan penggunaan bahan PVC putih yang meluas. Woofer asal 12” yang dipasangkan sebelum ini telah digantikan dengan woofer 12” Horizon HR12DD yang dipasangkan dalam kekotak baru yang lebih kedap bunyi. Woofer ini dikuasakan oleh amplifier Performance PF-2400. 2 unit mid bass dan tweeter di dilekapkan bahagian kotak woofer di bahagian but tadi yang mendapat bekalan kuasa dari amplifier Horizon HR60.2.

Dekorasi di bahagian but ini sangat kemas dengan penggunaan konsep yang agak unik. Di bahagian lantai but ialah 2 unit lapisan cermin yang membalikkan imej dari woofer tadi. Justeru, secara ilusinya kelihatan banyak woofer padahal, hanya 2 unit sahaja. Di tengah lantai tadi ditanam dengan botol minuman dan dilapisi cermin jernih-satu modifikasi lazim yang dibuat oleh pencinta VIP.

Di sudut kiri dan kanan but juga dilengkapi dengan arca botol minuman dan juga gelas yang menyerlahkan imej VIP yang cuba dibawa. Akhir sekali, penggunaan lampu LED yang samar dipadankan pada garis binaan kekotak dan rantaian plet cermin tadi.

Kereta ini tidak ekstrem, tiada yang menarik jika dilihatkan dengan bentuk luarannya ringkas tanpa bodykit yang keterlaluan. Tetapi, sebaik anda melihat butnya, ia boleh dihargai dan anda dapat menilai bahawa kereta-kereta audio tidak semestinya perlu dibina dengan bodykit setaraf kapal angkasa. Orang putih kata neat, clean and Mean Machine!

Previous Post

Diskaun Sehingga 50% Kepada Petugas Barisan Hadapan Dari Petronas Autoexpert

Next Post

Enjin 3 Silinder Supercaj Ferrari

Next Post

Enjin 3 Silinder Supercaj Ferrari

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved