Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kesempurnaan Pada Kualiti Bukan Kuantiti

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-20
in SHOW OFF, UTAMA
0


Para pembaca sudah semestinya dapat meneka sistem jenis talaan apa yang dibina pada kereta ini. Sebagaimana kelazimannya, kereta sedan premium sebaris jenama Hyundai ini seringkali dipadankan dengan sistem audio talaan SQ tak pun, SQL. Pemikiran tipikal atau memang itulah hakikatnya.

Benar. Jangkaan anda tidak salah kerana sesiapa sahaja sudah pastinya menjangkakan yang sama. Malah, ada antara pembaca tidak kurang juga warga dunia audio sendiri menganggap, membina sistem talaan SPL pada kereta premium adalah satu perbuatan sia-sia. Secara peribadinya, ia terserah kepada kehendak hati masing-masing dan tidak perlulah terkokong dalam pemikiran stereotaip. Sudah tiba masanya, para penggemar dan pemasang audio berfikiran lebih terbuka dan jangan mewujudkan kelompok tertentu kerana dunia audio sendiri tidaklah besar mana. Betul tak?

Kembali semula kepada kereta Hyundai Avante yang segak dilayangkan sapuan warna cat hitam ini, sistem audio yang dipikulnya pula bukanlah calang-calang. Barisan amplifier sahaja sudah cukup jelas memberitahu tahap keseriusan pembinanya dalam dunia audio. Ya, jenama yang mengisi Hyundai Avante ini bukanlah sembarangan malah seunit amplifier keluarannya boleh menelan belanja beribu-ribu. Ground Zero buatan Jerman ini menjadi pilihan si pemilik Hyundai Avante dan di situ terserlah tahap kecintaannya terhadap audio dalam kereta miliknya.

Tidak cukup dengan itu, pemain utama yang dipilih untuk mengepalai sistem ini pula datangnya dari jenama terulung dan boleh dikatakan mendahului di pasaran. Jenama yang dimaksudkan adalah Pioneer dan ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Kalau sudah aksesori audio pun berjenama Ground Zero, pastinya pemain utama pun tidak kurang hebatnya juga dan pemain yang digunakan adalah Pioneer AVH-X8550BT.

Bagi mengekalkan prestasi cemerlang, installer telah menggunakan pemproses ODR Pioneer yang lazimnya didatangkan satu set lengkap dengan pemain utamanya. Isyarat yang dihantar sebelum ini akan diproses dan menghasilkan kelancaran yang berganda dan dialirkan pula kepada 3 laluan yang dikuasakan oleh 3 unit amplifier. Laluan pertama didahului oleh amplifier Ground Zero 2 channel dan ia memacu woofer 10” dari German Maestro. Oh, satu lagi jenama buatan Jerman? Mungkin peminat sejati Jerman?

Berganjak pula kepada laluan kedua yang dikuasakan seunit lagi amplifier 2 channel juga dari Ground Zero. Berbeza dengan tadi, unit amplifier ini memacu 2 unit woofer 6” yang dipasangkan di panel pintu di kedua-dua bahagian hadapan. Menyempurnakan sistem audio di bahagian kabin atau lebih tepat lagi di bahagian dalam kereta ini, seunit tweeter dan seunit mid digunakan dan dipasang pada tiang-A. Set yang sama dipasangkan di tiang A seterusnya dan sekaligus melengkapkan sistem audio talaan SQ 3 hala. Oh ya, untuk gugusan yang ini pula, seunit amplifier 4 channel Ground Zero telah dipertanggungjawabkan.

Hyundai Avante yang dipenuhi dengan jenama German Maestro dan Ground Zero ini adalah satu lagi contoh, yang ringkas tetapi lengkap dan dek kerana keringkasan inilah membuatkan ia muncul beberapa kali sebagai pemenang di medan pertandingan. Hebat? Tentu sekali!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 60

Previous Post

Bukan Terlebih Muatan Tapi Bass Terlajak Kuat!

Next Post

Dilengkapi Integrasi Telefon Pintar, Android Auto Dan Apple CarPlay

Next Post

Dilengkapi Integrasi Telefon Pintar, Android Auto Dan Apple CarPlay

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved