Adakah anda ingat lagi, dua acara gergasi dunia permotoran Malaysia telah bergabung dan diadakan buat julung-julung kalinya sekitar tahun 2013? Ya, acara yang dimaksudkan adalah HIN & Mean Machines yang pastinya tidak dilupakan para pencinta dan pengikut tegar acara ini untuk satu tempoh masa yang lama.

Diadakan di One City Mall USJ, acara gergasi ini telah berlangsung selama dua hari berturut-turut dengan pelbagai aturcara disediakan termasuklah segmen popular untuk kedua-dua acara Hin dan Mean Machines ini. Antara yang mendapat sambutan hangat dari para pengunjung sepanjang berlangsungnya acara ini seperti Exotic Weekend, Top Modified Cars, Livestage concert, HIN Sound Style Awards, Dynowars Heroes, HIN Girlfriends Parade, Hot Import Bikes, RC Championship dan macam-macam lagi.

Pelbagai jenis kereta dengan ragam modifikasi dapat ditemui di tapak acara ini. Ini secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada mereka yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia modifikasi kereta.
























